Hari ini 1/12/2013 genap ankku yang ke3 berusia 1 bulan...nak cerita sikit tentang kelahiran dirinya. untuk yang ang ke3 ni, aku memilih bersalin di Salam medical centre...sebab macam2 pulak dengar tentang UMRA. Tak payahlah cerita...aku start check kat Salam waktu usia kandungan 8 bulan...dengan Doktor Siti. macam2 dengar pasal Doktor Siti Mariam ni. Semua yang baik2,..dan terbukti semasa montly check up dan ketika aku nak bersalin...bacaan ayat suci al Quran memang menjadi rutin.
31 hb 11 hari Khamis macam biasa aku check up pregnancy macam biasa...bukaan dan 5 cm katanya. minggu lepas 3 cm disuruh balik. Kali ini, Doc Siti xbagi balik walau aku xsakit cuma lendir banyak keluar sahaja. Doc hanya bagi aku keluar untuk makan sahaja. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Aku dan suami pergi makan di Restoran Mak Jah kemudiannya aku minta dia hantarkan aku ke sekolah...banyak benda aku nak settle di sekolah...samapai sekolah jam 1 tgh...ramai rakan marah2 supaya aku balik sahaja...mereka takut aku terberanak kat sekolah.hehe...namun waktu ni aku masih xrasa sakit...aku siap masuk ke kelas menguruskan fail murid2ku...dan solat Zohor...pukul 2 lebih...suamiku ambil dan kami terus ke hospital...dalam kereta PA doc telefon dan suamiku kata dalam perjalanan...hehe...dalam hati aku dah cuak...jantung bergerak laju sekali tapi aku cuba tenangkan diri...sampai hospital, Kak Seri dah tunggu dan terus bawa aku ke labour room...suamiku tunggu di luar dan dibawa ke bilik untuk menunggu.
waktu tu pukul 2.40 ptg. aku menjalani CTG, diberi ubat berak dan bertukar baju...aku fikir, waktu itu aku mmg betul2 perlu bersedia...pukul 3.30 ptg, nurse pecahkan ketuban. Suami aku dibenarkan masuk. Tangan aku dicucuk untuk dimasukkan air. Juga diberi antibiotik kerana aku GBS. Start pukul 3.50 ptg, aku start sakit. Bermua dr itu, setiap 5 minit, kesakitan pun datang...tak lekang bacaan ayat Kursi di dalam hati. Setiap kali sakit, aku pegang sisi katil dengan kuat...pukul 5.00 ptg, doc masuk dan check bukaan...bukaan aku sudah 8 cm...nurse bergegas menyediakan peralatan dengan cepat...3 org nurse bersama Doc Siti berada di sisi. Suamiku hanya diam. Mungkin pertama kali melihat aku bersalin...aku mmg nak suruh dia tengok.hehe...Doc dan nurse suruh aku teran...angkat kepala dan pandang dada...teran sekuat hati...maka pukul 5.07 minit,lahirlah puteraku yang ke2 dan anak yang ke3....anak yang ke3 paling mudah dan menyenangkkan. Syukur alhamdulillah...Terima kasih ya Allah. seminggu selepas itu, anakku diberi nama Ammar Zakwan Bin Mohd Zaki...alhamdulillah ya Allah...kali ini aku xberpantang di kampung...suami mengambil cuti 2 minggu dan selebihnya aku pandai2 sendiri jek...anak dah 3 kan...hehe...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIkhFqP1hFJ11v4J8pckqS0FRGupZnVxI5UfFQX-WX3MXDmbA5QdIYcJwcnmquvFZDQtThZDT4SbU3u5Tljq-9uQJRjIYMnx9ehCDYZknGtn530SWOV6Vj3qm3o6Bp7xzcZSxd2CYjgo4/s320/ammar.jpg)
moge jadi anak yang soleh ye...amin...
sekian dulu...babai....