Masa bayar yuran, aku pun tanya kaedah membaca yang digunakan...kebanyakan tadika gunakan kaedah fonetik tapi rupanya tadika integrasi tu guna kaedah express-i...ternganga juga aku kaedah apa tu dan rupanya teacher dia pun baru jumpa kaedah tu bila masuk ke tadika itu. Dapat aku bayangkan teacher diorang ni pun mungkin di tahap masih belajar dengan kaedah tersebut. Disebabkan pertama kali dengar aku pun google. Apa yang aku dapat:
Kaedah Membaca Express-i
Merupakan kaedah pengecaman suku kata. Melalui kaedah ini, pelajar tidak perlu mengenal huruf atau mengetahui sebutan fonetik. Jadi ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Contohnya untuk membunyikan 'ja', mereka hanya perlu membunyikan 'ja' dengan melihatnya sahaja. Teknik imaginasi dan lenggok bunyi digunakan bagi membantu pelajar mengingat suku kata tersebut. Senang cerita, pelajar perlu ingat.
Disebabkan aku tidak berapa mahir dengan kaedah pengajaran tersebut, makanya aku beli buku Bacalah Anakku. Dalam buku Bacalah Anakku disertakan cd bagi memudahkan pengajaran. Jika buka You tube pun boleh. Dari start cuti hari tu aku ajar Aziz setiap Isnin hingga Jumaat selama sejam. Alhamdulillah sudah ada peningkatan. Harap hati mama kuat nak mengajar sebab si abang ni kuat menangis...marah sikit nangis...aduhai anak.
Kaedah Fonetik
Melalui kaedah ini, hanya bunyi huruf yang dperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ]. Begitu juga bagi membunyikan suku kata. Sebagai contoh ba+ta terus disebut [ ba ] + [ ta ] seterusnya disebut [ bata ].
Berkenaan Buku Bacalah Anakku
Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca.
* Sistem Fonetik
* Suku kata mudah
* Bermakna dan berulang
* Dua warna
* Berima
* Kurang Gambar
Namun berdasarkan pengalaman, ada juga pelajar yang tidak berjaya dengan kaedah ini namun sebabnya aku kurang pasti. Jika tidak boleh juga, bolehlah guna kaedah membatang atau mengeja. Kaedah mengeja memang dari dulu digunakan dan aku pun pandai membaca sebab cikgu aku dulu guna kaedah mengeja...hehe. Selepas habis kelapan-lapan buku Bacalah Anakku ni, aku nak beli Read Easy pula...siaplah Aziz kena marah dengan aku. Apakan daya, orang lain tak payah ajar anak, hantar tadika dah pandai baca tapi tu lah...aku kena juga mengajar diorang...tak boleh beri 100% tugas mengajar pada tadika...mana ada cikgu boleh beri 100% tumpuan pada sorang-sorang murid kan...
Ps: Awal-awal belajar membaca dengan aku, Aziz siap ngigau baca buku masa tidur...nak gelak aku tengok...
#mamasayanganak-anakmama...
Itu dulu...bye...
No comments:
Post a Comment