Esoknya kak edok anak beranak datang dan petangnya Mak, along dan Ary pula sampai. Kali ni Ammar aku tinggalkan dengan diorang. Ni hari ke lima Aniq tetapi kali kedua ambil darah. Ya Allah...bacaan terlampau tinggi iaitu 284. Doktor suruh kerapkan menyusu...bila letak di fb tentanb jaundis Aniq, ramai yang bagi petua.
Petua yang aku buat hanya beri anggur hitam tapi tak beli lagi. Oh ye disebabkan bacaan tinggi, takut mudarat pada baby, doktor suruh pergi klinik Bandar Botanic pada malamnya. So malamnya ajak mak sekali untuk pegang baby dalam kereta. Aku pegang si Ammar. Bacaan 225. Aku sedikit lega. Fuhh xpayah kena tahan wad tapi kena pergi klinik kesihatan esok pula. Hari berikutnya bacaan 284. Aku dah rasa stress. Balik tu menangis, suh si hb cari anggur hitam n susu anmum lacta. Petang tu juga aku bagi beberapa titis ke mulut Aniq sambil banyak-banyak susukan dia. Kadang-kadang perah paksa dia minum. Setiap 1@2 jam. Resultnya?bacaan 283...sikitnya turun...aku gandakan usaha bagi pg dan petang pula anggur tu. Perah dalam 2 sudu kecil tu masuk botol dan beri Aniq dalam 2 sudu kecil tu. (Macam kejam he kan...maafkan mama ye Aniq...demi untuk mengurangkan jaundismu)...untuk pengetahuan, kalau jaundis ni tinggi boleh effect kat otak dan tukar darah.
Hari berikutnya bacaan di klinik kesihatan 272. Banyak turun ni so aku dah xbagi anggur tu...maknanya adalah dalam 4 ke 5 kali je bagi. Ni bacaan jaunsdis Aniq seterusnya dari start kena...
208- meru
284- meru
225- Bandar Botanik
283- meru
272- meru
243- Annika
237.2- Hospital klang
174- meru
143- meru
Sebenarnya ubat kuning@jaundis ni bagi susu bebanyak je tapi agak perlahanlah kan dan kena banyak sabar. Bila baby banyak berak tu bagus untuk buang kuningnya tu. lagi banyak berak lagi bagus. So total Aniq kena cucuk 9 kali tapi eh yang last cucuk tu entah kenapa tak tahu salah siapa. Sampai 4 kali Aniq kena cucuk sebab tak keluar darah. Sian anak mama...dan pengalaman yang xdapat dilupakan ialah pengalaman di Hospital Klang...hoho. Sampai pukul 10.30 dan habis pukul 4 petang. Terpaksa pergi situ sebab hanya Hospital Klang sahaja yang buka pada hari Ahad. kalau tau keadaan sesak macamtu, mama tak kan pergi. Boleh ke?Tak boleh-tak boleh...takpe mama penat, janji anak mama mendapat pemerhatian yang secukupnya dan sihat. Kalau aku kayaaaaa...tetiba...lagi satu, ambil darah dekat tangan...dan sampai sekarang kesan darah tak hilang kat lampin Aniq. Diorang kata Aniq agresif. Ye aku dengar Aniq nangis meraung kat dalam bilik cucuk. (mak2 tak dibenarkan lihat semasa proses mencucuk)...kalau kat klinik biasa boleh je tengok...huhu... Apapun...Alhamdulillah...anak mama dah bebas kuning. Doktor cuma pesan banyakkan menyusu. Sekarang ni memang Aniq kuat sangat menyusu sampai mama kurang tidur malam. Sejak bersalin pun dah kurang tidur. Siang dan malam ye. Tidak mengapa...ini namanya anugerah.
sekian...babai...
No comments:
Post a Comment