Hari ni dah raya ke berapa?Lupa dah...kiralah sendiri. Hari ni aku tak pergi ke mana-mana. Kak ipar pun kata nak buat open house minggu depan. Aku ingat hari ni. Sebenarnya ada je open house mak kawan aku di Kuala Selangor tapi tak pergilah memandangkan Ammar dan Aniq batuk dan selsema...Hari Jumaat hari tu aku mc sebab demam. Kebetulan si baby
pun demam makanya aku jagalah baby dekat rumah. Orang besar ni kalau demam tak adalah risau sangat, makan ubat kemudian dapat tidur baiklah...aku siap dapat antibiotik lagi sebab tekak merah tapi kalau baby ni takut sikit. Sekarang pun macam-macam aku dengar. Kalau ditakdirkan untuk kena penyakit maka sakitlah dia.
Semalam ada jamuan sekolah abang dan kakak. Dibuat di masjid. Aku siap order seri muka untuk dihantar ke masjid. Bukan wajib pun cuma dialu-alukan ibu bapa bawa makanan. Suka abang dan kakak dapat jumpa kawan-kawan diorang.
Ini kira first time kakak bertudung bagai bila di luar. Kalau tak, di sekolah ajelah...
Makanan memang banyak...sampai terlebih kenyang... Jamuan dibuat di dewan.
Lepas Zohor pula aku sekeluarga ke rumah Kak Zu...open house. Kak Zu masak nasi lemak dan mi bandung...sedaplah...layan gambar dulu.
Dari kiri...Kak Hana, Kak Zu ( dengan babynya 3 bulan ), Kak Umi dan Kak Lin. Lawa skirt Kak Hana pakai tu...nanti aku nak tanya dia beli di mana.
Inilah geng bas sekolah...eh bukan!Geng xoxo. Asyik tak kecukupan ahli je bila bergambar. Seronok sangat duduk nyembang macam ni sambil-sambil mengunyah. Tupperware hijau depan aku tu isinya kerepek pisang. Anak aku dengan anak Kak Umi asyik ngulang-ngulang je makan termasuk mak-maknya sekali. Amni siap bawa bekal lagi. Dia menurun daripada siapalah spesis bawa bekal ni. Moga-moga ukhuwah yang terjalin ni berpanjangan. Love uollss..
Ok bye...