Semalam birthday aku...wah aku dah semakin menghampiri angka 40...oh xbestnya tapi kenalah terima hakikat kita ni makin bertambah usia. Nombor makin besar. Ok hari ni aku dapat keluar shopping ke mall selepas berpantang. Wah macam dapat apa, sukanya aku bukan main. Aku bawa Aziz je sebab yang lain tidur.
Si baby aku dah susukan sebelum pergi tadi dan aku ada standby susu dalam peti ais kot- kot dia terbangun nak susu. Ayah dia jaga. Terima kasih ya abang tolong jaga bebudak. Aku nak beli barang untuk sukakan diri aku. Rasa macam dah lama je tak shopping dengan suami. Bila dah ada anak ni banyak sikit kekangannya. Mula- mula nak suruh dia hantar tapi anak aku yang Ammar tu batuk muntah-muntah kenalah pantau. Apa yang aku beli di Setia City Mall. Inilah dia...wallet baru sebab memang dah lama tak beli wallet. Bertahun dah. Tak lama pun pilih sebab syaratnya wallet tu kena warna merah dan banyak slot card je. Yang lama nak cari kedainya. Ialah aku bukan selalu pergi situ kan...
Saya suka...saya suka...kawan-kawan pakai Charles & Keith pun aku nak pakai. Huh...
Pergi situ je terus aku keluar SCM...aku menuju Tesco nak cari penimbang. Punya penat cari yang ada dah tak senonoh keadaannya so lari pergi Guardian. Dapatlah penimbang tu. Katanga tahun 2015 ni tahun jaga kesihatan. Haruslah ada penimbang. Murah je penimbang ni.
Bila timbang...ayoyo...nape turun sikit
sangat ni...huwaaaa
Sebab pencuci muka dah habis.
Aku belanja Aziz air cincau. Tàk ada pula aku ambil gambar budak ni pakai cap hari ni. Ikut je mama dengan tak banyak karenah. Nak ajak makan sian pula di rumah tinggal lelama...sempat tadi aku masakkan sup ayam dan nasi dan basuh cadar yang kena muntah Ammar. Siannya anak mama, nanti aku cerita.
Sekian...