Dalam pantang pun boleh shopping?...terpaksalah sebab hari Isnin abang dan kakak nak sekolah tadika tapi baju basahan tak banyak. Sehari 2 pasang pakaian kena sediakan sebabnya mereka sampai petang. Dari pukul 8 sampai pukul 4 tapi ayah diorang ambil pukul 6.30 petang. Sian anak-anak aku lama di tadika. Kereta satu je, kalau tak bolehlah aku ambil mereka pukul 4 tu.
Aku shopping di mana? Shopping sini-sini je, dekat Pasaraya MU depan NSK. Tak kuasa nak pergi jauh-jauh. Aku kan masih berpantang so kenalah jaga juga kan walau hakikatnya macam dah habis je pantang gayanya. Aku angkat Ammar sesaja je. Ok dekat sini janganlah korang cari pakaian berjenama...memang tak adalah kan. Aku pilih2 pun tak tengok jenama apa. Aku pun tak tahu cuma not badlah pakaiannya. Kualiti masih ok dengan harga yang berpatutan. Aku ambil banyak helai tadi rm190...bolehlah kalau nak shopping setakat baju basahan anak-anak kan...tapi kalau jenis tak kesah dengan brand, boleh je dapatkan baju jalan anak-anak dekat situ. Ada yang cantik-cantik juga dengan harga yang ok...waktu memilih tadi sangat ok sebab budak berdua tu ikut aku. Ammar dan baby dalam kereta dengan ayah diorang. Pilih-pilih suruh diorang try...
Dekat situ banyak lagi benda lain contohnya macam mainan. Huh mereka dah pegang mainan tapi aku suruh letak balik dengan alasan nanti ayah belikan...mama tak ada duit. Hehehe...sampai kereta maunya ayah mereka nak layan...sebenarnya bukan tak nak belikan...banyak dah mainan dekat rumah dan lagi satu, diorang bukan jenis cermat. Main je lah game ayah dah belikan tu...
Bye...
No comments:
Post a Comment