Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, February 13, 2015

Progress Abang@Aziz

Aku suka sebab Aziz dah boleh sebut apa yang dia belajar di sekolah. Hari ni dapat aku rakam dia nyanyi lagu Rukun Iman. Aku risau Aziz tak dapat apa-apa semasa di sekolah sebab cikgu-cikgu dia cakap dia ni pendiam...tak nak buka mulut pun. Samalah dengan Amni adik dia tu tapi alhamdulillah, masuk bulan 2 ni nampaknya ada sedikit perubahan. Aziz dah mula berzikir dan nyanyi lagu Rukun Iman. Hari ni dia cakap dia belajar doa masuk tandas.

 Sebelum ni kalau tanya belajar apa mesti jawabnya tak belajar apa-apa. Makan apa di sekolah mesti jawabnya tak makan apa-apa. Kalau di rumah dialah hero tapi kalau dengan orang luar susahnya la hai nak bukak mulut. Kalau makcik-makcik dia tanya pun macamtu, tak adanya dia nak jawab. Sengih je lah...

Ni video ketiga...aku suruh ''abang nyanyi kuat sikit''


Ni video kedua

Video ketiga paling ok...video pertama dan kedua suara tak keluar. Video kedua aksi tangan je lebih, suara halus beno. Mama doakan Abang mudah faham dan ingat apa cikgu ajar. Begitu juga dengan Amni...

Hari ni Amni tak ke sekolah akibat buat perangai pepagi tadi. Anak aku yang sorang ni memang tak boleh ditegur. Kita tegur, dimarahnya kita balik. Hari ni melepek je lah dia dekat rumah. Sebenarnya dia ni pun kurang sihat macam Ammar. Batuk dan selsema budak berdua ni tak baik-baik lagi.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014