Namun, kalau dah minat janganlah sampai kehidupan dia pun kita nak ikut...itu tak boleh. Dah nama pun bukan muslim kan...dah tentu-tentu gaya hidup dia pun tak macam kita. Minum arak, warna rambut, pergaulan bebas dengan perempuan tu mungkin dah biasa bagi dia. Cerita terbaru KHJ ni sekarang dia sedang ikut military service kalau di tempat kita ni PLKN tapi di Korea, diorang akan mengikutinya selama 2 tahun. Habis nanti pada Februari 2017. Banyak lagu dia yang aku suka seperti Please, Please be nice to me, Kiss Kiss, Your Story dan Gentleman. Dulu dia bergerak secara berkumpulan dikenali dengan SS501. Lagu diorang pun sedap didengar seperti Because I'm Stupid (ost Boys Before Flower ), Love Ya, 4chance, Calling For You dan Let me be the one...
Sejak 2014, banyak gosip tentang KHJ. Dia dikaitkan dengan kekasaran kepada wanita dan terbaru hubungannya dengan ex girlfriend dia yang dikatakan mengandungkan anaknya. Sekarang masing-masing sedang menunggu keputusan Dna sama ada anak yang dilahirkan anak KHJ atau bukan...kita tunggu 2 minggu lagi cerita tersebut dan bolehlah intai-intai di www.soompi.com/tag/kim-hyun-joong/
untuk mengikuti cerita drama Korea versi real ni...
Ada yang tak kenal dengan KHJ ni ke? Dulu-dulu dia popular dengan drama Boys Over Flower dan Playful Kiss...ini ha dia...
Lahir pada 6.6.1986 (29 tahun)
Bergerak solo start 2011 hinggan kini...
Start berkumpulan 2005-2010
Gambar: ...google...
ps: Korea-Korea juga, solat dan Quran jangan dilupa...
Update : berita terkini tentang KHJ, berdasarkan hasil ujian DNA adalah sah 99% menunjukkan KHJ memang ayah kepada bayi Ms Choi ex girlfriendnya dan dilaporkan mereka pernah tinggal bersama selama 2 tahun serta Ms. Choi pernah keguguran dan menggugurkan bayi mereka. Nauzubillah...macam-macamlah. Moral of the story, cantik di luar tidak bermakna cantik di dalam. Macam buah epal dalam cerita Snow White...sangat cantik dan nampak sedap dimakan namun beracun...KHJ dikatakan akan bertanggungjawab kepada bayinya namun tidak mahu kembali kepada bekas kekasihnya itu. Sambungan cerita mungkin selepas dia kembali selepas training military. Aku pun nak tahu, selepaa kes ni, dia akan sambung karier dia atau sebaliknya sebab bila baca komen-komen selepas keputusan tu keluar memang banyak yang mengecam...idol lah katakan...mesti ramai yang marah.
Masih dengar lagu KHJ? Masih lagi...huhu.
Ok...itu dulu...bye....
No comments:
Post a Comment