Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Monday, April 24, 2017

Wetworld Shah Alam - 23 April 2017

Kembali bersiaran....
Cuti kelmari sempat jugalah bawa anak-anak ke Wetworld Shah Alam selepas menghadiri kenduri rakan sekolah Mr Z di Seksyen 7. Ni pertama kali kami jejak ke sini. Dari harga tiket murah sampai dah jadi mahal. Tengah hari yang panas-panas tu juga kami redah ke wetworld...semua perancagan atas akulah. Kalau tak, tak berjalan ke manalah kami. InsyaAllah bulan Ogos ke Port Dickson lagi...aku dah booking hotel dan Mr Z dah bayarkan...hehehe...ala...murah je patut dia tak berkira. Aku dapat booking rumah persekutuan lagi...yahuuuuu....rezeki kan...apartment satu bilik just RM100 je ko...cadang nak intai-intai rumah persekutuan di Cameron Highlands hujung-hujung tahun nanti. Kot-kot ada rezeki aku booking kan...Felda Residence Hot Spring pun cadang nak pergi tahun ni...

Okey, best ke tidak wetworld Shah Alam??? Jawapannya best la...aku rasa boleh pergi lagi lain kali. Memang leceh sikit sebab nak kena salin-salin baju bagai tapi tempat mandi dan salin baju okey, so no hal...boleh je...bilik salin pakaian banyak...tak payah nak tunggu lama-lama...

Disebabkan anak-anak aku ni yang paling besar pun baru darjah satu, makanya kawasan kolam yang paras-paras diorang je lah aku pergi. Sebelum berendam aku dah siap-siap sewa loker dan double tube. Selepas tu aku solat dulu. Surau ada bersebelahan kolam. Sebab dah pukul 1.30 tengah hari, Alang-alang tu solat dululah sebabnya aku tau dah mesti melarat ke waktu Asar. Memang betul pun.

Muka pun dah belang...badan pun dah penat...tangan anak-anak pun dah kecut...Mr Z ajak naik. Aku dan anak-anak masih nak mandi...hahaha...terpaksalah juga naik. Langsung anak-anak aku tak meragam kat sana. Tu sebab aku kata seronok mandi-manda dekat sini. Gelongsor semua main kecuali yang pakai double tube yang kena beratur panjang tu...aku malas nak beratur tapi yang guna double tube dalam terowong tu aku naik sampai 3 kali...hehehe...aku siap jerit-jerit...si abang gelak-gelak je...cehhh...

Siapa nak sewa cabana pun okey kalau yang datang dengan famili besar...aku tak sewalah sebab anak-anak aku bukan nak duduk pun...jimat...duduk dekat tepi-tepi kolam tu pun banyak yang teduh. Di sini aku bagi kos untuk kami 6 beranak ye.

Tiket dewasa : RM30 sorang (mykad)
tiket kanak - kanak : RM25 (mykad)
bawah 90cm free
double tube : RM25 satu ( deposit RM25 akan dikembalikan bila tunjuk resit di kaunter lepas hantar semula )
loker : Rm5 

total : RM140 aku kena bayar...anak aku yang dua orang tu tak payah bayar...bayar untuk 2 orang kanak-kanak dan 2 dewasa dan aku yang belanja ye...lain kali nak suruh Mr Z belanja...sebab dia baru dapat bonus. tapi katanya nak simpan untuk guna beli MPV...Okeylah-okeylah...jalan-jalan biar aku support sebab MPV punya pasal kan...no hal,..

Gambar? gambar tak banyak sebab lupa bawa plastik handphone...so sikit je gambar ada pun...aku simpan handphone dalam loker sebab nak join sekali mandi-manda...mana boleh tengok je beb,,,lepas ni pastikan jangan lupa bawa plastik tu ye...boleh bawa terjun kolam sekali.

3 jam jugalah dalam kolam...habis mandi semua tidur dalam kereta. Ayah tapaw nasi Arab. Si abang request...mama tumpang sekaki...favourite kami sekeluarga...lupa pula makanan tak boleh bawa masuk...mineral boleh lah kot. Aku bawa air milo dalam botol untuk bebudak ni. Namun sesiapa yang nak membeli makanan, banyak je kiosk jual makanan dekt dalm tu. Kami sekeluarga dah makan nasi minyak dekat kenduri...

Anak-anak aku tanya tak tidur hotel ke? Aduhai...rumah kita bukan jauh sangat pun...huhu...lain kali ye nak...

1 comment:

  1. Assalam sis. Tq byk info wetworld dlm blog. I nak pergi lusa. Wesak day kan. Kalau nak pergi lg better sis beli kupon RM29.90 dpt 2tiket dewasa free, 2tiket kanak free, 5kupon diskaun 50% dan 5 kupon buy 1 free 1. Sy pun beli tu je.

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014