Kabus tebal lagi...
Semalam, tanpa rancangan yang hebat-hebat,aku dan geng taman ke GPO. Kami pergi 4 orang. Aku, Kak Yati, Kak Eja dan Kak Nora. Sebab utama ke sana ialah kerana tak pernah pergi lagi. Sebab kedua, aku nak beli kasut sukan. Kami gerak pukul 8 suku pagi macam tu. Jarak perjalanan selama satu jam setengah.
Sampai di sana, kabus memang tebal sehingga kurang nampak jalan rayanya. Lampu kereta terus dipasang agar kereta lain dapat melihat sama kereta aku.
9.30 pagi, kami dah ada di GPO. Suasana tak usah cakap. Memang sejuk dingin. Kawasan sekitar masih diseliputi kabus. Makan dulu sebiji kuih yang dibawa dari rumah. Kemudian, kami bergambar dulu memandangkan kedai-kedai mula dibuka jam 10 pagi.
Okelah, setelah puas bergambar...kedai pertama kami tuju ialah butik Nike. Tak perlu beratur panjang lagi masa ni terus boleh masuk.
Dapatlah aku sepasang kasut lari. Memang dah lama teringin nak kasut sukan jenama Nike. Pemilihan, pembayaran berjalan lancar.
Kemudian, kami teruskan ke dua buah butik menjual minyak wangi. Dapat juga rembat minyak wangi Be Delicious DKNY 30 ml dengan harga murah sangat.
Sebelum balik, makan dulu di restoran yang ada di situ dan bawa pulang donut sedap. Jadilah me time kami semalam...jauh kami me time kali ni...
Pukul 2.30 petang sudah ada di rumah masing-masing. Baliknya ada salah lorong sikit. Nasib baiklah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. GPO memang tempat yang seronok untuk yang banyak duit kerana berbaloi dengan diskaun yang ditawarkan. Bagi aku, sekali itu sudah memadai...hahaha...tunggulah sehingga kasut aku tu rosak.
Kalau ke sana, kawan aku kata kena ada strategi. Kalau tidak, akan merasalah beratur panjang di semua kedai hot-hot dekat situ macam kedai Nike ni. Seeloknya sudah berada di sana seawal 10 pagi. Memang betullah kawan aku kata. Waktu pulang tu, memang panjang dah orang beratur. Sama ada di pintu masuk ataupun di kedai-kedai macam Nike, Coach, MK dan sebagianya tu. Haripun memainkan peranan penting. Pilihlah hari Ahad berbanding Sabtu.
No comments:
Post a Comment