Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Monday, April 29, 2013

Masak Ketam dan Bikin Pavlova di hari minggu

Hari minggu lepas buat apa?Em...pepagi lagi aku dah ke NSK nak cari bahan. Bahan apa plak kan?Ha...bahan hiasan untuk pavlovaku yang pertama kali...Ye, aku bercita2 nak buat pavlova tapi sebelum tu aku ambil ketam 2 ekor dengan siakap sekor...terliur plak tengok bahan basah banyak sangat pagi tu..sampai rumah terus masak lemak cili api untuk ketam tu. Dah lama teringin nak makan ketam. Ada lah setahun sekali makan ketam. Cakap dengan hb aku teringin pun dia lupe dan buat2 lupe. Sekarang ni kalau aku teringin nak makan sesuatu aku sendiri jek cari...Lainlah minggu lepas, aku teringin minum abc, dialah carikan...masa siang ketam tu, hb cakap nape dibuang semua...alah...macam janggut tu. Apa ntah...aku jawablah aku siang mana yg aku tahu...nama pon setahun sekali makan...siang ketam manalah nak tahu sangat.hehehe...Pukul 1.30 selesai makan dah...sedap isi ketam tu...2 ketul rm10 hengget ko...ketam biru tapi memang besau le...hb aku kata 2x yg aku pilih tu jantan. Agak kurang isi berbanding betina. Manalah aku nak tau beza jantan ke betina...lepas makan, wat pavlova plak...

Cerita pasal pavlova ni, 2 kali aku wat. Memula tu aku masuk oven, aku terset 250 c, 10 minit  jek pastu hangus...(walawei sayangnya telor 4 biji aku tu...) Macam mana leh aku terpusing sampai 250 tu dengan begitu komfiden sekali. Patutnya antara 100-120 c sahaja selama 1jam hingga 1 jam 15 minit...maka dengan gigih aku wat lagi acuan tu...dan masukkan dalam oven dengan berhati2 sekali...Aku rajin ni pun sebab dah lama mixer yg hb redeem tu xdibuka2.

Aku ambil resepi tu kat blog http://www.azlitamasammanis.com/ .memang terer dia ni. Kakak Ngah aku yang rekomen blog ni. Masa tu sibuk nak buat cheese tart. Memang dia tunjuk satu2 cara buat. Kakak aku terer wat cheese tart tau...siap demo kat kami adik-beradik...sedap!!!

Resepi pavlova

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita ( nama Tuan blog tu ) letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.


adunan yang bawah  xkeras macam sepatutnya...lembik jek...hehe tp sedap gak cume manis ya amat...

sekian dulu...


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014