Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, April 20, 2013

Pureen Warehouse sale 2013

Siang tadi aku menjengah ke pureen warehouse sale yang diadakan di Summit Co di Pj...nak merasa juga warehouse barangan baby. sebelum ni aku sudah ke Stadium Shah Alam. Ini yg kedua aku pergi baby warehouse sale...rajinnya aku tahun ni. sebelum ni aku tak pernah lagi pergi baby warehouse sale. Namun awal tahun ni sahaja dah 2 kali pergi. Insya Allah dalam tahun ni keluarga kami nak sambut ahli keluarga baru. Tentang Pureen Warehose sale tu aku sebenarnya terpandangkan iklan Pureen tu, lepas tu mula search tentangnya. Ramai yang pergi n update blog mengenainya dan semestinya ada gambar barang apa yang dibeli. Ada yang berhabis beratus-ratus ringgit kat situ. So aku pergilah tadi .


Iklan...mari...mari...mari...


 Aku bertolak jam 10 pagi...sampai sana memang teruja sangat. Anak-anak suami yang jaga. Mereka pergi mana ntah. Memang xda parking dah. Punyalah ramai orang...macam piranha gamaknya. Suami berhentikan aku depan pintu masuk. Maka masuklah aku dengan penuh semangat. Lagi bertambah piranha...hahaha termasuk aku. Capai je mana yang boleh. Masa dah beratur pun sempat lagi lari ambil detergent. Suh kakak belakang aku jagakan tempat beratur n beg aku. Masuk2 tu diorang bagi beg macam beg Ikea. Em memang seronok tapi meletihkan.

 Kesian aku tengok bebudak kecil yang masuk sama. Berlanggar2 you...ada yang dah menangis. So far masa bayar nampak macam panjang sangat tapi disebabkan banyak kaunter pembayaran dibuka, maka proses bayar cepat jek. Ada petugas yang ramai. Maka ini sahaja hasil sambaran aku yang secepat kilat itu. Malas nak tengok yang lain2 tu walhal hati dah meronta2 tapi disebabkan kepalaku mula pening dengan sesaknya orang, maka stop situ ajelah dulu. Nak tengok baju baby bukan main payah...lastly aku dapat 2 helai je.

Nasib dapat barut n sarung tangan bergetah yang memang dah ingat nak beli. Aku beratur depan kakak yang memang setiap kali warehouse sale die datang sampai pekerja Pureen pun leh kenal dia. Dia yang rekomen detergent tu. Selama hari ni aku pakai sabun untuk baju sama jek. Baik baju aku n baju bebudak. Pasni tukar sikit...hehehe. Terima kasih ye kak jagakan line beratur... Aku kira2 aku berada dalam tu selama sejam jek...memang xlarat nak membelek lama...tapi memang best...



refiil pack tu rm22 untuk 2 pack
detergent tu warna biru rm17
warna merah rm15
barut rm3
sarung tang+sarung kaki rm5 satu
baju selai ade rm12
baju selai rm3
wet tissue rm3
puting rm5 kot (dah lupa) bpa free untuk abg, adik
madame maternity rm9
tikar lupe


Aku ni malas betul nak update kan...sampai dah berhabuk blog ni...xpelah bukan ada org bace pun...follower pon xde...syok sendiri aje...hehehe...sekian dulu....

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014