Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, November 29, 2015

Best Achievement & Graduation Award Aziz & Amni

Cerita dah berlalu lama dah ni...sebelum Deepavali lagi. Aku dan Mr Z semangat nak pergi hari anugerah kecemerlangan tadika Aziz dan Amni. Sebab hari-hari sebelum hari tersebut abang asyik kata dia tak masuk persembahan. Dia tengok je orang buat tapi hari tu dia kata masuk pula siap buat gaya persembahan. Entah ye entah tak sehinggalah teacher dia masukkan gambar murid yang masuk persembahan siap bersamping dan kopiah biru. Aduh terharunya mama...terharu sebab aku tahu dia ni pendiam di sekolah dan pelik juga dia boleh terpilih.

Ni gambar teacher dia masukkan bersama-sama kawan dia yang lain...

Majlis bermula pukul 2 petang dalam surat dan memang dasar suka hegeh-hegeh menyebabkan pukul 2 baru gerak. Pula tu banyak pula kereta. Dewan yang dekat dah jadi jauh. Sampai-sampai je perkarangan dewan, 
dah penuh kereta parking. Aku masuk dulu bawa budak-budak. Ingatkan dah mula tapi belum. Murid diletakkan berasingan dengan ibu bapa. Namun sekejap je mereka ni dah dapatkan ibu bapa masing-masing. Agak-agak dah bosan dengan persembahan badut.

Acara berselang - seli antara persembahan dengan penyampaian hadiah. Atur cara tu berjalan lancar je. Aku tak tahu pun Amni dapat hadiah juga sebab pergi ni pun sebab nak tengok abang buat persembahan je tapi alhamdulillah...Amni pun dapat naik pentas juga. Makanan pun disediakan juga tau. Boleh makan-makan sambil tengok persembahan. Habis acara abang dan kakak, Mr Z ajak balik sebelum ramai nanti yang hendak keluar serentak. Layan gambar semasa majlis berlangsung...









Budak Ammar ni habis satu dewan dia meronda...mata kena awas. Kalau tak, hilang ke mana dah budak ni.

Ok bye...


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014