Dari cermin kereta jalan nak masuk...
Sebenarnya hari Ahad dah pergi dengan Mr Z dan anak-anak tapi tak jadi masuk sebab penuh kereta beratur nak masuk maklumlah cuti hari minggu kan. Kebetulan cuti sekolah ni bolehlah aku pergi semalam bawa anak-anak. Si baby Aniq aku hantar taska. Nak hantar Ammar sekali tapi dia tak nak mungkin sebab nampak abang dan kakak dia tak sekolah...geleng-geleng dia tak nak pergi lagipun dia macam tak sihat je...batuk-batuk...hari ni aku tak hantar semua sampai Jumaat...duduk dengan mamalah di rumah...nanti kita pujuk ayah pergi zoo. Hari ni pakat batuk dan muntah semua termasuk si abang...membasuh cadarlah aku pepagi hari. Ok sambungan jalan-jalan di Aeon Plazza...aku kalau jalan tak makan tak sah kan...lainlah Mr Z...tak makan tak apa dia.
Makan dulu sebelum teroka apa yang ada...
Sale di Brands Outlet...
Tempat rehat pun banyak...siap dekorasi lagi untuk ambil gambar. Puas jalan kami pun balik...tak ada membeli apa-apa pun....balik tu hujan nasib aku parking dekat dengan pintu di tingkat 4. Walau kereta tak beratur macam hari Ahad tu tapi masih penuh dengan orang ramai...sana-sini sale...sedia duit je lah...
No comments:
Post a Comment