Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Tuesday, March 15, 2016

Drama Korea-Descendants of the Sun (DOTS)



Tengok gambar ni pun dah membuatkan hati aku melonjak-lonjak nak tengok sebab pelakonnya memang aku sukaaaaaa sangat. Siapa tak kenal Song Jong Ki dan Song Hye Kyo yang sangat cantik tu...kalau yang tak kenal  Song Jong Ki bekas pelakon Running man ...Song Hye Kyo pula dulu popular dengan drama Full House dan Autumn in my Heart...



Lagi aku suka bila cerita ni berkisar tentang ketenteraan yang membuatkan aku terimbas kembali zaman remaja aku...hehehe...campur-campurlah cerita ni, ada percintaan juga. Sesiapa nak tahu lebih lanjut boleh klik sini je lah...lagi detail kan...

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Descendants_of_the_Sun

Sekarang ni dah episod 6...tak sabar nak tunggu episod 7. Kalau yang nak tengok tu boleh tengok di KBS2 hari Rabu dan Khamis jam 9 malam dan bagi yang tak sabar tu boleh tengok online start hari Jumaat sebab di Korea cerita ni ditayangkan hari Rabu dan Khamis...nak  English subtitles kenalah tunggu sehari. Cerita di Korea lebih awal 2 episod dari di Malaysia...korang paham ke tak ni...huhu...selamat menonton tapi jaga-jaga jangan keterlaluan menonton sebab aku ada terbaca artikel ada peminat drama Korea hampir buta sebab marathon cerita Korea...rehat untuk makan je.Aduhai macam-macam...penangan cerita Korea.





No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014