Semalam pergi sekolah dulu hantar mc sebab cuti sakit minggu lepas dan hantar buku rekod. Balik sekolah singgah Aeon Mall Shah Alam...tapi banyak borong baju kakak di PDI Consept Store je. Di dalam Aeon tak banyak pilihan. Harga pun mahal-mahal.
Suka betul mereka makan dalam kuali ni...
Hari ni pula...kami pergi Ikea..semua atas keizinan suami Mr Z ye...pergi Ikea nak cari lennart dan mulig je sebenarnya dan nak makan...hehe
Troli sebelum dan selepas...
Suka si Amni tengok aiskrim ni gerak sendiri...ni area beli karipap sedap...nak beli aiskrim lembut ni kena token...boleh beli di kaunter...beli karipap sekali sebab memang sedap.
Habis di Ikea lari ke opis Mr Z hantar karipap dan biskut Ikea...lepas tu ke The Store Alam Sentral...banyak pilihan dan senang nak cari seluar jeans. Sale pun merata-rata tempat. Untuk baju raya anak-anak aku kira settle dah...campur-campur ada Baby Kiko,Binbi,Just Kids.Baju Mr Z aku ambil BUM.Alhamdulillah tak perlu tunggu sale menjeang raya...penat dan sesak masa tu.
Awak semua shopping di mana?
No comments:
Post a Comment