Berbalik tentang juadah hari rayalah pula. Minggu lepas hari Ahad, aku ada jugalah buat open house kecil-kecil jemput kawan-kawan aku dan Zaki pun ada jemput kawan-kawan dia yang berdekatan. Menu apa aku masak? Aku masak nasi ayam, nasi impit dan kuah kacang aku beli di Sate Kajang Hj Samuri di PKNS. Kuih nona manis macam biasa aku order dengan Kak Mila. Ni ada sikit gambar aku ambil buat kenang-kenangan orang kata...
Ni pula cerita raya taman aku. Tahun lepas, kami beraya rumah ke rumah setiap malam. Tahun ni kami beraya sekali. Tempah khemah, pa sistem bagai. Juadah bbq kambing dan ayam. Setiap rumah dialu-alukan bawa juadah. Tengok sahaja list yang dibuat di whatsapp ni...
Banyak sangat makanan sampai akhir sesi tu mak-mak ni buat sesi bungkus-membungkus pula. Memang happening dan yang tak tahan tu,ada sesi pengenalan keluarga...buat pertama kalinya aku dengar Mr Z bercakap guna mic. Nama saya Mohd Zaki asal Selangor, ini isteri saya bernama Aryana...bla...bla...sangat skema okey...Hehehe...palinv banyak aku makan rasanya kuaci dan minum jus mangga...Terbaik sangat...perut aku masih kenyang juga ni sebab siangnya potluck di sekolah...aduhai jalan merangkak lepas ni...ni ada juga gambar sebagai kenang-kenangan...
sekian raya...raya...
No comments:
Post a Comment