Sebulan adalah dua kali pergi bazar tu pun tak ada apa yang dibeli...paling-paling air soya panas. Suka masak ringkas-ringkas sahaja di rumah. Masak dan makan apa yang ada saja...tak ada beria-ria. Abang dan kakak pun masih belum berjaya berpuasa penuh makanya sarapan, makan tengah hari, makan petang sentiasa makan sajalah...
Semalam Mr Z bawa balik kurma besar-besar...rumah ni sentiasa ada kurma sebab aku dan suami memang suka makan kurma. Abang dan kakak pun suka. Masa ambil report card mereka pun dapat kurma seorang sebekas tupperware. Bulan Ramadhan ni kurmanya mestilah istimewa sikit dan diagih-agihkan juga untuk dibawa balik kampung.
Besar-besar kan? Puas makan satu dah kenyang...berlemak rasanya...macam bawa balik hadiah gayanya sebab kotaknya cantik.
No comments:
Post a Comment