Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, August 14, 2016

Hari terakhir Program Pengkarya Guru di IAB

Tajuk punyalah panjang kan...sebab memang aku nak tekankan yang hari ini alhamdulillah...adalah hari terakhir aku berkursus....memang seronok kursus ni. Bagi yang sukakan dunia penulisan bolehlah mohon sebab banyak input berguna boleh diperolehi di samping dapat mengeratkan silaturrahim. PG (pengkarya guru) kali ni terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada guru sekolah rendah dan menengah, ada pk petang, ada pk koko, ada dari KPM dan lain-lain lagi. Juga dari banyak negeri. Sabah pun ada. Nampak kegigihan di situ kan...mereka sanggup datang jauh-jauh untuk menuntut ilmu.

Siri ke empat  dan terakhir ni aku memandu sendiri pergi dan balik. Sebelum ni ada cikgu dari Klang menumpang. Disebabkan dia ada urusan di Manila dan hadir lewat, baliknya pula dia menumpang orang lain ke komuter...makanya aku memandu sendiri. Dia tak nak menyusahkan aku hantar dia sampai rumah sebab dua siri sebelum ni dia menumpang aku dan keretanya tinggal di rumah aku. Kalau kali ni dia menumpang aku, katanya nanti aku terpaksa hantar dia ke rumah.


Sampai dua gambar yang sama aku letak sebab suka sangat dapat sijil dan buku Doktor Umum tu...peewit...

Bergambar dengan pg yang sudah ada nama...pg Zulaiha yang kanan tu ialah penulis buku KOMSAS...yang kiri tu pun penulis dan juga sama batch di UM dulu. Kira macam jejak kasih jugalah ni...jumpa di sini.

Ni pula senior PALAPES aku...dia pun mengikuti kursus ni...alangkah kecilnya dunia ini..

Meja tempat aku makan maggi malam-malam, minum milo dan berkarya selepas jam 10.30 malam setelah habis kursus...sayup-sayup di belakang aku tu puncak Genting keriangan...hehe...



Kawan-kawan satu penerbit bergambar dengan Dr Halis dan editor DBP. Aku dipilih berada di bawah penerbitan DBP. Rakan-rakan penerbit lain menggelarkan kami munsyi.


Ini pula kesemua pg yang telah mengikuti kursus ini. 60 orang semuanya. Manuskrip belum siap lagi...tapi sukanya bukan main lagi...akulah tu...hehe...telah diberi peringatan oleh DBP sehingga hujung bulan ini untuk hantar manuskrip. Akan diusahakan...insyaAllah...

Gambar riang ria lagi walau hati tak keruan manuskrip tak siap lagi...


Depan sekali ni pun...penulis antologi cerpen. Hebat-hebat mereka ni kan.



Bunga ros mudah didapati di sini dan mekar segar semuanya...yang aku ala-ala cium tu besar sangat bunganya. Belum pernah lagi aku tengok...memang sejuk dan damai di IAB ni...

Di sini...aku nak ucapkan terima kasih pada tenaga pengajar Dr Halis dan editor DBP, pihak KPM dan MBKM serta Kak Lynn sebagai urusetia program kerana beri peluang mengikuti kursus ni.

Tidak dilupakan...rakan-rakan di sekolah yang banyak mengganti kelas aku semasa ketiadaan aku...budi kalian tidak dapat dilupakan. Paling aku nak terima kasih ialah pada suami aku yang benarkan aku pergi dan jaga anak-anak walaupun aku balik tadi ada kesan jatuh di dahi pada si kecik...em...tak boleh kata apa-apa...em...lagi...
Lagak macam dah ada buku terbit je ucapannya...hehe...kalau buku dah diterbitkan lagi panjang ucapan...oklah...oklah...bye bye...









No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014