Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Tuesday, November 29, 2016

Beli pakaian sekolah

Lagi sebulan je nak masuk tahun baharu. Sekolah baharu 4 hari bercuti tapi cikgu-cikgu sekolah aku belum dapat cuti lagi. Tambahan seminggu untuk menyelesaikan tugasan lain-lain dan Ladap (latihan dalam perkhidmatan)...nak tak nak kena hadirkan diri dan tengok cikgu sekolah lain cuti dulu namun ada juga sebilangan sekolah lain macam sekolah aku juga...huhu dan ada juga kawan-kawan aku yang dah balik kampung. Kerja sekolah memang tidak pernah habis.



Hari Sabtu leps aku ajak suami pergi beli pakaian sekolah abang. Dah hari-hari si abang tu tanya bila nak beli baju putih dia. Teruja nak naik tahun 1. Dia tak tahu cabaran mendatang...ceewah...lagi satu aku pun memang nak beli awal takut saiz kasut dan paling utamanya takut duit aku habis ke lain...maklumlah hujung-hujung tahun ni jualan akhir tahun merata-rata. Fossil yang aku intai hari-hari tu aje tak sale...huhu lagi...aku dan Mr Z dah bagi-bagi eh salah...aku yang bagi.Yuran tadika kakak dia settle,yuran dan kelengkapan sekolah abang aku settle...

Beli pakaian sekolah dekat mana?aku beli di Pasaraya Meru je...murah dan berkualiti kata kawan-kawan aku yang dah ramai anak sekolah. Semua saiz dan warna pun ada. Betullah tu sebab dengan RM191... aku dah selesai bab pakaian dan kasut abang termasuk kasut adik dia...aku beli 2 jenis material tengok dulu mana yang ok. Ada 2 jenis material cotton dan koshibo licin. Dulu zaman aku sekolah aku suka koshibo licin tu...senang gosok dan nampak kemas. Lepas tu suka kain yang warnanya macam biru-biru sikit...tak payah nak nila (nila ujala...lah) dah...hehe...

Tinggal nak beli alat tulis dan beg saje. Pasaraya Meru tu semua ada termasuk beg juga tapi tak sempat nak beli...si Ammar dah meragam...geram je. Berpeluh-peluh aku dalam kedai macam lari 100 meter dibuatnya. Tu sebab gambar dalam kedai tak ada. Last sekali ayah dia dukung masuk kereta cakap lain kalilah beli beg budak-budak...aku ikut ajelah...aku macam nak beli di The Store lah sebab kawan aku cakap beg situ pun ok tahan lasak, jenama tak ingat pula kena tanya balik ni,

Nak pergi Pasaraya Meru ni senang je landmark Pasaraya NSK Meru. Bangunan berhadapan NSK Meru hujung sekali dekat jalan masuk.







No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014