Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Tuesday, November 29, 2016

Ujian Diagnostik sekolah agama

Hari ni banyak perkara berlaku. Pagi-pagi tadi dahlah terbangun lambat (selalu aje bangun lambat)...cepat-cepat aku mandi dulu dan siapkan diri sebab nak hantar abang buat ujian diagnostik sekolah agama. Nasiblah dekat je. Sambil aku buatkan milo dan sapu roti tu aku jerit suruh dia mandi lepas tu jerit pula ke kakak suruh mandi. Mata tak lekang tengok jam. Suami aku dah buat hal sendiri dah...seterika baju sendiri nak pergi kerja, Selalu aku seterika kan...tapi dah cuti, tinggal baju dia je nak seterika, aku jadi malas. Kalau tak, selambak dengan baju anak-anak aku seterika,

Habis siap-siap dah pukul 8. Nak hantar Aniq ke taska takut tak sempat so aku gendong Aniq, Ammar berjalan dengan abang dan kakak dia masuk perkarangan sekolah. Mata yang memandang usah kiralah. Agaknya diorang pikir aku ni ibu tunggal agaknya. Siap pak jaga tu tanya hantar 2 orang ke? Huhu...no hallah pak cik...nak tanya, tanyalah kalau musykil sangat.

Aku terus menuju ke senarai nama yang dilekatkan di cermin papan kenyataan lorong jalan kaki sekolah tu. Berpinar mata aku cari nama anak aku. Rupanya nombor yang ke 179. Lambat sangat mendaftar. Murid ada dekat 200 orang. Lepas tu aku masuk bilik pendaftaran tertulis nama-nama kelas. Yang aku ingat kelas Abu Bakar pertama, kelas kedua Umar, kelima Ali dan terakhir Hamzah. Nama abang di kelas akhir... dah kata lambat sangat daftarnya. Lepas tandatangan menunjukkan kita ni hadir, beraturkan anak iku kelas tadi. Ustazah diorang nak bawa ke kelas untuk ujian diagnostik. Tahun 1 di tingkat bawah tapi untuk hari tu ujian diadakan di tingkat satu mungkin tak nak ibu bapa tolong bagi jawapan ke anak-anak atau terintai-intai macam paparazzi.

Semasa menunggu abang naik ke kelas, ustazah panggil untuk ditampalkan nombor di dada murid. Masa tu pulalah Ammar buat hal merengek tak tentu hala dia tu so aku heret dia ke kereta. Sempatlah abang salam-salam dengan adik-adik dia dan mama dia. Bagus abang tak nangis..

Aku terus hantar Aniq ke taska tapi tak hantar Ammar sebab malam tadi Ammar muntah-muntah sampai ke pagi dan badan dia masih panas. Mr Z yang teman  Ammar tidur di luar bilik. (semalam balik kerja Mr Z berselibung selimut sebab demam, ubat pun aku ambilkan...sian dia)....Pagi ni aku ingat dia nak mc je rupanya pergi kerja sebab dah  baik sikit kot.

Balik rumah, basuh selimut, jemur bantal yang kena muntah Ammar tu. Siap masak nasi dan kemas rumah sikit-sikit. Sampai semula ke sekolah, taklimat daaripada guru besar dah selesai tinggal taklimaat daripada pk hem je,,,hal ehwal murid. Kes murid lelaki cium murid perempuan pun beliau ada sentuh taapi banyak-banyak tu aku notakan masa persekolahan 8-11.05pagi  dan beli buku di kedai buku sekolah bermula 19 Disember nanti hingga hujung bulan dan diingatkan untuk beli awal. Okey ...okey...taklimat habis pukul 10 pagi.

Dalam pukul 11 baharu selesai abang buat ujian. Ujian tu jadi lama sebab ada menulis dan bacaan. Sepanjaang tempoh menunggu tu melayan karenah Ammar susun kerusi dekat dewan, berlari keluar masuk dewan dan suap nasi goreng dekat Amni dan Ammar beli di kantin sekolah tu. Pengasuh abang dan Amni yang dulu pun ada bolehlah borak-borak. Cepat je lah masa berlalu kalau sambil borak ni.

Ada 2 orang budak muntah. Sorang anak jiran aku sebab demam, sian dia, Abang pun cerita dalam kereta kawan dia muntah dalam kelas.

Keputusan kedudukan kelas akan diberitahu bila naik sekolah nanti. Petang tu hantar anak-anak dalam pukul 2 petang sebab mamanya nak bersantai untuk majlis hi-tea sekolah. Itu aku cerita next entry...macam dah panjang je aku tulis...layan dulu gambar sebelum babai....




Masamnya abang...senyum sikit...


Budak tu perasan nak ambil gambar dia,,,siap buat peace bagai...haha



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014