Aku pergi hospiital selepas solat Zohor di rumah. Entah kenapa, aku boleh 2 kali salah masuk lorong hendak ke hospital. Maka 2 kali jugalah aku pusing mencari laluan yang betul. Aduhai entah kenapa aku pun tak tahu. Banyak sangat pikir kot. Sampai hospital, jam dah menunjukkan pukul 2.40 petang. Aku dapat nombor 5. Tak pernah aku dapat nombor awal-awal macam ni, selalu belas-belas je. Dah dekat pukul 3.30 petang pun nama aku tak dipanggil siap dah berborak dengan salah seorang ibu mengandung di situ. Rupa-rupanya nombor 2 pun tak dipanggil lagi dan rupa-rupanya Doktor Siti di atas sedang menyambut bayi. Huhu...patutlah lambat. Patient pula ramai sungguh hari itu. Dengan ditambah para suami dan anak-anak mereka. Macam di Salam medical Centre ni, checkup ibu mengandung dan baby bersebelahan sahaja.
Jam 4 petang, baru nama aku dipanggil. Tak sempat aku nak ke toilet. Aku 2 minggu ni memang rajin ke toilet sebab batuk berterusan ni menyebabkan aku asyik nak terkucil je. Bayangkan pad 60 sheet boleh habis seminggu je tapi aku redha dengan dugaan Allah bagi ni. Boleh dikatakan setiap kali aku mengandung, aku akan kena batuk ni. Penghapus dosa-dosa kecil orang kata. Sambung cerita, Doc Siti kata bp aku naik. Selalu atas tu 120 je namun hari ni 2 kali check masih tinggi 140++. Maka dia kata aku kena tahan dah. kena paksa bersalin sebab darah tinggi ni bukan boleh bawa main-main. Orang lain batuk juga dia kata, tapi tak adalah sampai bp naik. Aku anggukkan ajelah. Memang aku dah pasrah pun kalau kena tahan hari tu. Dia scan baby pula dan dia kata kalau bukan sebab bp aku naik pun, memang kena tahan dah sebab air ketuban aku dah kurang. So dia akan induce katanya. Dia bukakan jalan 3cm untuk aku.
Pukul 5 petang aku check in masuk bilik 206. Lebih cantik dari bilik aku tahun lepas. Selepas diberi ubat berak dan uniform, aku disuruh masuk labour room. Suami aku sampai ketika itu tetapi tak boleh masuk labour room lagi untuk prosedur di labour room. Aku dicucuk di lengan sebelah kiri untuk dimasukkan ubat antibiotik dan induce. Selepas itu, proses pecahkan air ketuban dilakukan oleh nurse kecil molek yang juga buat untuk aku tahun lepas. hehehe. Gigih dia menyeluk...tapi bagusnya tak sakit langsung dia buat. Bukaan ketika ini 4cm. Ubat induce dimasukkan jam 5.30 petang. Suami aku dipanggil untuk menemani aku. So tak adalah boring sangat suami ada di sisi...rasanya kontruksi lambat sangat. Jam 7.30 malam baru start kontruksi. Namun macam sebelum ni lah bila induce, tak ada dah sakit selang sejam...dia main selang 5 minit je terus. Doktor Siti masuk check bukaan masih 4cm...aduhai kenapa lambat sangat pula bukaannya. Aku dah risau kena tahan sakit lama-lama. Doktor Siti balik kemudian nurse kecil molek tu pun balik juga. Tukar nurse India. Kali pertama dia seluk, sakit betul. Bukaan dah 5cm. Dia suggest cucuk punggung sebagai tambahan sebab lambat bukak. Start pukul 7.30 malam tu aku memang dah pakai gas yang ada di sebelah. Tak lepas ok. memang aku nak guna sebaik mungkin kali ni. Selepas cucuk punggung, tunggu setengah jam, datang sakit yang teramat maka tak henti aku menyedut gas...sakitnya Allah je yang tahu. Setiap 5 minit...huhu. kali kedua nurse India tu seluk, bukaan dah 7cm. Nurse India tu terus suruh call Doc Siti.
Doc Siti sampai, seluk lagi. Bukaan dah 8cm. Jam masa tu dah pukul 11.++,tak ingat pula aku sebab sedang menahan sakit. Aku dah terpusing-pusing menahan sakit. Ya Allah, memang ayat kursi tak lekang di bibir. Tak tahu masa bila, aku seperti berada di dunia lain, aku sekadar dengan Doc Siti suruh terlentang semula daripada kedudukan miring dan terus meneran. Aku rasa aku tak meneran pun sebab aku rasa macam baby tu keluar sendiri je. Tiba-tiba dah keluar dan baru aku tersedar dari lamunan dan buka mata. Baby didakapkan pada aku kemudian, suami aku azankan...sayu je rasa. Aku rasa tersangat letih bersalin kali ni. Walhal berat baby 3kg je. Em Doc Siti kata koyakan kecik sangat tapi dia kata dia nak jahit juga so dia beri bius dan start jahit. Aku dah tak hirau dah walau still rasa cucukan-cucukan tu. Alhamdulillah aku dan baby selamat akhirnya. Baby lahir jam 11.59 malam. Siap dapat tarikh cantik lagi. Memang aku nampaklah jam dekat dinding tu.
Malamnya, suami aku tidur di wad menemani aku. Anak-anak terpaksa bermalam di rumah pengasuh. Nasib aku bekalkan baju tidur pada mereka. Sampai wad memang aku terus tidur sebab tersangat letih. Dapat minum sekotak air milo dan makan roti terus aku tidur. Nurse hanya datang masa hantar baby dan ambil tekanan darah sahaja. Suami pun tidur sebab keletihan dan mengantuk. Kesian juga dia...walaupun aku yang menanggung sakit kan. Esoknya jam 2 petang (hari ni lah)aku dibenarkan balik...alhamdulillah.
sekian dulu...babai...