Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, November 22, 2014

Kursus CPD@IPG Teknik&Politeknik Bandar Enstek, Nilai

Selepas hi tea 16hb tu, aku kena pergi kursus CPD di Bandar Enstek. 17 hingga 21 hb. So semalam berakhir kursus tu.Alhamdulillah...Berjaya juga habiskan kursus selama 5 hari tersebut walaupun sedang sarat. Jadual memang padat. 30% input 70% daripada kumpulan. Nasib kumpulan sinergi (kumpulan akulah tu) memang gila2...seronok pula rasanya. Banyak input dapat daripada kursus ni. Memang tak dinafikanlah. Sambung belajar. Ramai juga pensyarah yang tekankan supaya sambung belajar. Kita perlu sentiasa transformasikan diri kita. Macam rakan aku izma dan kak zurina yang sedang future study master memang dari segi fikir mereka nampaklah perbezaannya daripada kami ni. Lagi- lagi aku yang mengajar tahun 1. So selepas ini, kenalah pikir masa hadapan. Tak kan nak duduk mengajar di sekolah selamanya atau duduk di tahun 1 selamanya. In Sya Allah, perancangan dah ada di pikiran nak buat apa. Kita target untuk jangka masa terdekat dulu. Apa tu? Lain kali aku cerita ya.




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014