Semalam punya cerita...aku mengajak suami pergi mom&baby ekspo di IDCC mall. IDCC mall ni bangunan belum siap sepenuhnya. Ekspo ni dibuat di bahagian atas sekali. Aku tak tahu so parking bawah dan menapak naik sampai tingkat 6 ko...huhu..dahsyat sungguh!!Tu pun parking berdekatan pintu masuk...ada yang parking lebih jauh. Kasihan pula tengokkan. Memang ramai tak tahu ianya dibuat di bahagian atas sekali. Kalau tahu, mungkin ramai yang parking di atas. Ini pertama kali dibuat di situ. Sebelum ni di SACC mall. Rasanya di SACC mall lebih baik kot. Sebab bangunan ni belum siap sepenuhnya, 6 tingkat...3 eskulatornya tak berfungsi maka dengan gigih mak buyong ni menapak lagi ko...huhu...geram pula rasa. Mesti ramai lagi mak buyong macam aku dok menapak tangga...(tinggi wo)...memang pihak penganjur kena ambil pusing hal ni. Lif memanglah tak ada kan...ramai lagi pekerja sedang berkerja untuk bangunan tak siap lagi tu. Sampai atas oklah...banyak tempat duduk boleh duduk melepaskan penat. Ramai yang duduk2 termasuk mak2 buyong macam aku. Ni first time aku pergi ekspo mom&baby...dan rasanya aku x pergi lagi kot lepas ni. Baiklah ke Jusco atau Sogo shopping. Dengan ramai orangnya...dan barang-barang yang dijual memang agak murah tetapi nak mengharungi lautan orang dan tempat yang agak tak memuaskan tu baiklah aku ke shopping2 mall. Namun berpuas hati jugalah apa yang aku cari dapat, kalau tak lagi meroyan aku dibuatnya...penat wei menapak...sian aku dan padan muka aku. Nasiblah anak2 tak ikut, ayah dia jaga dalam kereta. Oklah ni saja pasal mom&baby ekspo...ni hah barang2 yang aku beli...dari hall 1 sampai hall 8 ni ajelah yang aku beli. Sesiapa nak pergi boleh parking kat bahagian atas ye kalau tak kenalah menapak macam aku kalau eskulator tak berfungsi,,,penat wei...lagi2 yang bawa anak kecil...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisvv8ubu4Cxjbjtc9wQNcwyre0rEoVKT7vGNVVfcuxraYwGiTOGgjjzN3yAkCKuUDBnH4mK6mwaFHiwaohGPkx9_-S-J3lRuxSe36A22lT7lJUtdWC7xpGOE7YJg2YRfBrJEoJ54wu5vI/s1600/PhotoGrid_1414850889488.jpg)
Botol mam tu memang aku nak cari pun. Kalau di ekspo2 macam ni memang murahlah berbanding di kedai.
ambil 12 month punya...budak kan cepat besar...
Gambar atas yang aku beli...ini goody bag yang aku dapat lepas register. Tentang goody bagnya ni aku suka. Tambahan lagi ada 3 kotak air kotak Enfagrow A+ perasa coklat. Sampai kereta aku sekotak, anak aku berdua tu sorang sekotak. Nasib goody bag dia best...tak mengandung tak pergi...
sekian dulu...
No comments:
Post a Comment