Ok, kali ni aku nak cerita tentang gadget mak-mak breastfeeding ye. Inilah breastpump aku@peneman aku sepanjang aku breastfeeding anak2 aku.
~google~
Ok...ini adalah breastpump aku yang pertama digunakan untuk anak yang pertama.. Pureen manual breastpump. Botolnya sangat gebu ok. Untuk kesan mengepam amatlah mengecewakan...sakitlah bila guna pam ni. Nasiblah murah aje dalam 50++. Aku guna sekejap saja pam ni. Lepastu hilang entah ke mana.
~google~
Ok...ini adalah pam kedua aku. Tanpa pengetahuan dan bacaan...aku terjah kedai beli pam lagi. Kali ni jenama snow bear menggunakan battery dan elektrik. Namun entah kenapa nasib aku terima macam aku guna pureen manual sebelum ni. Dapat sakit tapi susu tak keluar juga. Makanya anak aku yang pertama awal2 lagi dah menyusu formula. Malam sahaja breastfeeding dengan aku. Sian abang...dahlah lahir tak cukup bulan. Huhu
Ok ni pam ketiga aku yang aku beli untuk anak kedua. Masa ni aku sudah berjinak-jinak dengan review di internet so ramai yang suggest pam ni dan Alhamdulillah aku dapat menyusukan anak kedua aku selama 2 tahun. Aku beli package ni dekat Little Whiz melalui seorang rakan Kak Ija. Harga semua sekali dalam 600++. Sekarang aku tengok dah murah sangat dah...Pengeluaran susu pun cepat. Memang berbaloi beli pam ni.
Ok...ini adalah pam keempat aku untuk menyambut anak keempat nanti. Anak ketiga aku, aku masih gunakan pam spectra 3 lagi namun disebabkan tak hantar servis...pam tu macam kureng dah. Disebabkan kemalasan nak hantar, aku beli pam baru. Ini hah Medela Harmony. Dah cuba...macam ok. Tunggu baby lahir, kite operasi ye. Harga aku beli RM165 termasuk postage di mymommashop. Harap2 dapatlah aku menyusukan anak keempat ni lama sikit. Anak ketiga tak dapat nak menyusukannya sehingga 2 tahun sebab aku dah mengandung dan susu aku merundum. Dapat exclusive breastfeeding 4 bulan je. Seterusnya breastfeeding dia campur2 dengan susu formula. Malam memang aku susukan dia. Kadang2 je bagi formula. Hope dengan bantuan pam ini dan izin Allah, aku dapat susukan anak keempat ni lama sikit. Exclusive ye bermaksud tak campur langsung. Huhu...
Sekian dulu...
No comments:
Post a Comment