Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Wednesday, October 21, 2015

Jerebu oh jerebu..

Termasuk hari ni sudah 3 hari aku bercuti dan esok bakal bercuti lagi disebabkan jerebu. Jerebu kali ni rasanya yang paling buruk aku rasa. Indonesia sekarang dah isytihar darurat sebab kualiti udara mereka sangat teruk. Bayangkanlah bila di Malaysia dan Singapura teruk jerebu walaupun jiran apatah lagi di tempat kejadian. Bacaan sehingga pukul 5 petang tadi di Shah Alam ialah 198 dan Klang 192...Aduiii sangat membimbangkan.

Anak-anak memang aku tidak hantar ke taska. Lagipun Ammar dan Aniq selsema dan batuk. Biarlah aku pantau di rumah aje. Tak ada apa-apa kalau mama tak boleh keluar rumah dan tak ada apa-apa kalau mama hari-hari penat melayan karenah anak-anak. Si abang dan kakak pun bercuti sebab tadika mereka memang ikut KPM. Makanya aku kurung mereka di rumah.

Stok makanan semalam aku dah pergi beli. Nak ke kedai je dah pedih muka aku. Memang terasa sangat dan rata-rata kenderaan memasang lampu di jalan raya. Stok makanan macam biskut dan roti memang perlu ada sebab anak-anak aku ni kejap-kejap ke dapur minta cemilan..Dioran tengok tv, main je lah cuti-cuti ni. Ada masa aku ajar abang membaca dengan 'Bacalah Anakku'...sekarang dah buku 3.
Nasib aku pun cuti. Susah juga yang kerja pejabat. Ada yang terpaksa bawa anak-anak ke tempat kerja. Namun tanggungjawab jaga anak-anak tu memang tanggungjawab ibu bapa kan...tak kan nak biar anak kita terdedah dengan jerebu. Diharapkan jerebu ni tidak berpanjangan. Sesak nafas dah aku rasa...

Cuti best?Huhu awal cuti bestlah tapi bila ingatkan exam budak bertangguh, rasa nak cepat ke sekolah pula...banyak kerja kena pikir ni...laporan bagai...


Ps: banyak minum air dan jangan terdedah dengan udara jerebu. Semalam nampak anak jiran elok main basikal dan duduk di luar rumah dalam tempoh yang lama. Nak tegur diorang ada mak ayah dan dah besar...kebal sangat siap tak pakai mask pun. Jaga diri ye semua...

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014