Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, June 5, 2016

JJCM Seoul Garden

Hari Khamis lepas ajak anak aku abang dan kakak pergi makan di Seoul Garden...memang ingat nak pergi pun. Beranikan diri pergi sebab dah teringin sangat nak makan kimci tapi tak tahu nak cari mana. Sekali pergi memang best dan baru tahu rasa kimci macam mana. Rupenya orang Korea ni suka masam-masam dan pedas-pedas juga. Lain kali boleh pergi ajak Mr Z pula...abang kena bayar tapi kakak tak kena bayar sebab di bawah ketinggian 1.9 katanya.

Wah...memang sedap-sedap...aku paling suka daging dan ayam dia. Banyak betul aku makan...main bakar-bakar lagi. Makan tu cicah sos korea. Oh ye,datang terus pergi kaunter bayar dulu. Aku kena rm67 untuk tiga orang dengan 3 cawan diberikan. Air boleh tambah sesuka hati. Macam-macam air ada.

Banyak sangat dah blog letak gambar makanan dekat situ so aku letak gambar yang aku ambil je lah...tu pun ada yang tak tertangkap kerana khusyuk melayan tekak sendiri. Bila dah datang, rasalah semua ya...abc,cendol dan aiskrim pun ada...

Kimci...atas sekali tu macam sayur kobis yang dijerukkan...memang ye kot. Aku pilih tomyam sup walaupun teringin Korea sup dia.

Teriyaki chicken, coffee beef, curry chicken, dori fish...macam-macam lagilah namanya aku dah tak ingat...
Budak berdua ni...baru duduk dah dua cawan air. Lepas tu mengadap aiskrim dengan abc je. 

Kalau yang nak mi goreng dan nasi goreng pun ada...tekak Melayu berpisah tiada. Namun tak berapa nak sedaplah masakan dia tu..hehe...ni aku makan di Setia City Mall. Oklah juga tempatnya...tingkat LG paling hujung sebelah Johnny's Restaurant.


Ok bai...




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014