Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, January 17, 2016

DILWALE...

Wah...bahang filem Hindustan kembali lagi dengan adanya filem Dilwale ni...rata-rata filem Dilwale mendapat tempat pertama carta tayangan di panggung. Maknanya ramai sungguhlah peminat Hindustan ni atau peminat Shah Rukh Khan dan Kajol ni. Sememangnya ramai yang menunggu kemunculan semula gandingan mereka berdua ni selepas filem Kuch Kuch Hota Hai yang berhantu dulu. Aku pun tak terkira berapa banyak kali dah tengok Kuch Kuch Hota Hai tu...

Macam mana boleh tertengok wayang tu? Huhu aku pun tak tahu...seumur hidup aku ni boleh dikira berapa kali je aku tengok wayang...tak sampai 5 kali kot...yang aku ingat pernah tengok cerita Harum Sundal Malam, Rambo 4, Ratatouille dan Dilwale ni...Hah kan betul tak sampai 5 kali pun...tapi seronoklah layan cerita di panggung. Bila tengok di rumah, perasaan tu kurang sikit bila diganggu dengan suara-suara anak lebih-lebih lagi bila kena bangun buatkan susu ke, cuci berak, ambilkan biskut, dengar diorang gaduh...dah terpaksa pause...lagi sadis bila mereka merengek nak tengok cerita mereka...sesekali layan panggung apa salahnya. Semalam aku buat member kad sekali sebab adik tu kata dapat free  1 set popcorn berserta air...dan tambahan 1 set popcorn beserta air sebab aku redeem birthday gift. Wah dah penjimatan di situ. Popcorn tu rm9 tau. Besar makan memang puas. Aku belanja kawan aku Kak Lin sebab sudi temankan...tak dirancang sebenarnya. Akulah memandai ajak lepastu Kak Lin laju je tengok showtime Dilwale...hehe...Dengan RM30 dapat tengok movie Dilwale dengan 2 set besar popcorn+air dah cukup buat aku gembira senyum-senyum sambil dalam hati nyanyi lagu janam...janam...hehe...bila lagi entah nak tengok wayang. Aku ada 2 tiket free katanya...kena tengok dalam tempoh 6 bulan ni. Aku nak ajak Mr Z tak adalah dia nak...Ratatouille tu lah filem pertama dan terakhir kami...wahahaha...layan gambar jom...lagu filem ni best...aku suka betul lagu Janam dan Gedua...si Aliff dan Kila Fairy ada nyanyi dalam versi bahasa Melayu.

 Cantik betul Kajol dalam cerita ni lagi-lagi bila dia pakai sari...umur dah 40++ kot...huhu aku yang sedih sebab aku baru 30++ tapi dah macam nenek-nenek...si bongkok tiga...
Jangan lepaskan peluang menonton cerita ni di pawagam sebab dengan kesan bunyi, lagu dari filem ni akan buat yang menonton mengesat air mata tanpa sedar ( akulah tu...sambil teman sebelah menghulur tisu ). Nasib aku sempat tengok sebelum tamat siarannya di panggung.


Ok...itu dulu...babai...janam...janam...janam...





No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014