Pepagi lagi hari ni aku dah menjerang bawang putih ni...kasihanlah dengan baby Aniq lama sangat selsema...tidur malam dengan dia, dengan aku sekali tak lena dibuatnya. Ni dinamakan teknik stim @ wap. Masukkan bawang putih tumbuk sikit dan masak kemudian wapkan ke muka anak kita. Pastikan tangan anak kita dipegang erat supaya tidak terpegang air panas.
Selepas wap tu akan keluar lendir dari hidung, kita sedutlah guna benda putih sebelah periuk tu...hasilnya boleh tengok di bawah ni...
Penuh tabung uji dengan lendir hingus...huhu...
Lepas tu, buatlah pula teknik percussion...caranya dengan tepuk belakang dan dada anak dengan menggunakan tapak tangan ( jangan dengan tapak tangan yang rata, sakit tapi tapak tangan yang dibulatkan ).
Jadi mak-mak kena rajin...aku ni kadang-kadang terlebih malas...rumah pun kena rajin vakum...supaya habuk tak bersarang. Kalau kurang paham dengan apa yang aku buat pada anak aku ni, google je memang keluar banyak tentang teknik ni...
No comments:
Post a Comment