Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Monday, November 23, 2009

Selamat Tinggal IPG...

Salam...

Tarikh 25 hb jam 5.45 petang...

Selepas menduduki exam KISSM, aku meninggalkan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan dalam hatiku yang sarat dengan suka dan duka sepanjang berada di sini. Selamat tinggal bangunan-bangunan kelas, bilik kuliah, padang-padang tempat berlarian, jalan-jalan di IPG. Selamat tinggal rakan-rakan...bersamalah kita menempuhi hidup baru selepas ini. Selamat tinggal pensyarah-pensyarahku...Selamat tinggal Pensyarah dan pentadbir IPG. Selamat tinggal cafe Azmi dan Cafe Aida...Selamat tinggal semuanya.

Ucapan terima kasih kepada Allah S.W.T kerana diberi kesempatan sehingga ke hari ini. Terima Kasih semuanaya...Selamat tinggal kenangan...Selamat tinggal IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan...

Dedikasi ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan dari unit KPLI BM 2 seperti Liza, Ros, Eiza, Along, Wawa, Izatul, Nooridah, Che Ku, Uya, C-tah, Ja, Izan, Ah, Kak Zue, Kak Idah, Kumari, Zurin, Mardiana dan Fadil...dan semua yang dikenali, dan yang mengenali diri ini.

Selamat menjadi guru yang berdedikasi dan selamat bertugas di mana sahaja anda ditempatkan...Bagi yang bakal menimang cahaya mata kelak, diucapkan tahniah...

wassalam...

CERPEN 1: Pegawai Kadet 7518


Penat, letih bagiku semua ada… tak tahu mana satu mahuku katakan. Aku sangat letih. Pulak tu staf kata nak kena ada latihan setiap minggu. Aduh…penatnya. Menyesal aku masuk koke yang satu ini. Orang lain senang-senang sahaja dapat 2 jam kredit. Beban bertimpa-timpa. Mana mahu fikir kuliah, mana mahu fikir latihan. Penat, penat aku penat. Macam AADC pula. Kaki yang sakit akibat berlari pusing padang kawad masih terasa. Kadang-kadang mahu sahaja aku angkat kaki. Keluar baris…. Memandangkan aku dah jadi senior ni, maka aku tahankan sahaja. Alah, tak sampai setahun saja lagi…. Malah, aku selalu memikirkan untuk ponteng latihan. Berehat di bilik, menyiapkan assigment yang bertimbun atau tidur sahaja seperti kebanyakan orang. Itu lebih menyenangkan bagiku. Sungguh senang. Buat-buat sakit pun boleh. Yang penting ada surat…tapi aku fikir kawan-kawan…tentu mereka sekalian kena denda akibat ketidakhadiran aku. Mesti tatkala aku sedang enak tidur di atas katil, mereka sedang mengerah tenaga berlari, membuat front support atau pt 10 yang entah berapa dikenakan.
Tentu aku tak mahu mereka menerima hukuman akibat kegagalan aku menghadirkan diri. Aku tak sanggup makan tulang kawan. Sudah banyak yang kami harungi bersama. Agaknya mereka masih ingat masa mula-mula mendaftarkan diri sebagai anggota PALAPES darat. Bukankah kita sama-sama saling berkenalan, saling bertegur sapa, membuat ujian kecergasan bersama-sama. Masing-masing ada cita-cita untuk menjadi seorang pegawai suatu hari nanti. Bukankah akan bangga nanti bila masing-masing sudah dapat seketul paku. Alangkah indahnya waktu itu. Mesti kawan-kawanku ingat sewaktu khemah tahunan di Sungai Telemong. Pernah satu pagi pukul 3 kita berendam di sungai yang airnya begitu sejuk sehingga menggigit tulang-temulang. Namun, kita dapat hadapinya. Entah berapa lama kita direndam. Dari situ banyak nama tercipta...hingga sekarang nama-nama dari peringkat satu masih lekat. Ingat nama Cikgu Murni?
Cik kita kata muka Murni di ic macam pelakon wanita yang menjadi cikgu dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Ada lagi, geng 6 jahanam, kura-kura patah kuku, ahli falak, dan banyak lagi yang sebenarnya untuk membuat suasana jadi ceria. Mesti kawan-kawnku yang punya nama ciptaan tersenyum saja. Ada yang tertidur kukira. Tertidur di sungai. Macam mana tu? Kelakar sungguh. Mungkin kepenatan menggali kubu siangnya. Tetapi kepenatan di peringkat satu dahulu kukira tidak sepenat kita di peringkat dua bukan? Menggali kubu sehingga jauh malam suatu yang luar biasa kulakukan. Hingga paras pinggang hampir ke dada. Terima kasih kepada rakan sekubu aku.
Pengalaman berpuasa di hutan sebenarnya banyak mengajarku. Masak rangsum sudah menjadi kebiasaan bagi kita bukan? Suka aku mengingatkan kita bersama-sama ketawa tak kurang juga bersama-sama bersedih. Dahulu untuk membuat suasana ceria selepas kena hell, kita menyanyi. Ramai yang berbakat di kalangan kita ini rupanya. Ingat Kapten Rani? Bukankah dia seorang yang suka bila tiba bab menyuruh kita menyanyi? Tetapi dengannya tidak lama. Kenangannya bersama kita akan selalu di ingatan. Bukankah dahulu kita selalu melakukan segala-galanya bersama. Namun, strengh kita makin sedikit. Kita ditauliahkan di tempat sendiri tetapi strengh kita sedikit. Wanitanya cuma ada 19 orang. Tetapi kita akan berusaha. Semangat semasa di peringkat satu dan dua akan kita kumpul. Masakan tidak boleh kita tempuh masa yang singkat ini sedangkan dahulu kita boleh melaluinya.
Aku masih dan mahu bersama kalian. Aku akan buang sikap malas pergi latihan. Aku mahu ditauliahkan bersama kalian semua. Bukankah kita menjadi tuan rumah? Tuan rumah tidak boleh kalah. Sekurang-kurangnya mesti ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Kita akan berjumpa kawan-kawan kita dari universiti lain, malah ada yang akan berjumpa dengan kekasih hati yang mungkin juga Palapes. Siapa agaknya? Namun, perjuangan belum selesai. Kita berjuang dengan megah untuk universiti dan nama Palapes masing-masing.
Berlari aku berlari mengikut rentak rakanku yang lain yang semangat datang entah dari mana. Pagi yang hening kami pecahkan dengan suara nyanyian semangat kami. Lagu Gagah Setia, lagu Kesatria kita nyanyikan bersama. Yang lain memandang kami. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran mereka tetapi kita tetap meneruskan langkah walaupun penat dan letih menguasai. Demi pentauliahan di tempat sendiri, kita gagahkan jua. Kadang-kadang aku takut akan cabaran yang mendatang. Mampukah aku? Menghadapi latihan yang semakin keras. Juga menyeimbangkan pelajaran dengan latihan. Bukankah tujuan asal aku ke sini untuk belajar? Tetapi aku pasti kini bahawa sesuatu perlu aku capai bukan setakat ijazah yang akan kuperolehi … kerana aku akan rasa lebih bangga jika ada segulung watikah. Segulung watikah yang hanya boleh diperolehi apabila masuk Palapes.
Dahulu kakak aku ada menyuarakan pandangan untuk aku masuk Palapes sebabnya yang dia tahu, pelajar yang masuk Palapes ada jaminan untuk menginap di kolej. Aku antara dengar dengan tidak. Tetapi semasa dalam minggu orientasi pelajar junior, aku entah macam mana mendaftarkan diri. Walhal aku kabur dengan nama ini. Walaupun sudah diterangkan oleh seseorang yang ada sebutir paku di bahunya. Aku kabur tentang latihan yang akan diadakan. Malah, ujian yang terpaksa aku lalui untuk sesi pemilihan aku tempuh kesemuanya walau hati masih kabur kenapa aku di situ? Hari pemilihan semacam ramai sahaja tetapi semasa minggu orientasi sedikit cuma. Mungkin ada yang keluar dan sememangnya fenomena ini selalu berlaku. Ada juga yang keluar baris. Mungkin terkejut, mungkin mula berfikir untuk mengikuti koke lain atau mungkin berminat tetapi tidak larat. Dahulu kekuatan kita di angka 7 tetapi sekarang kita di angka 6…tak kisahlah yang penting semangat dan gaya mesti ada.
Melihat budak-budak junior masuk Palapes dengan ramainya terasa suka pula. Di UM inilah anggota Palapes yang paling sedikit tetapi melihatkan sambutan yang semakin hangat dari tahun ke tahun menyenangkan aku. Insya-Allah akan terus begini. Masuk Palapes tidak rugi. Siapa kata masuk Palapes akan menjejaskan pelajaran? Tidak dapat berseronok Sabtu dan Ahad? Terpaksa bangun pagi Rabu untuk roll call malah ada yang kata masuk palapes tidak bebas. Bila difikir semula, banyak faedahnya. Sebenarnya ramai anggota Palapes yang cemerlang dengan pelajarannya. Tanyalah mereka-mereka yang telah mendapat penganugerahan kelas tertinggi. Sampai bila mahu berseronok? Tidak cukupkah setelah umur kita mencapai 19,20,21,22,23 ini berseronok?
Tidak jemukah asyik ke Midvalley sahaja? Carilah sesuatu yang lain untuk kita mencapai keseronokan….Masuk Palapes misalnya banyak boleh kita belajar. Forward roll boleh belajar, side roll boleh belajar, skuad jam boleh belajar, stajam boleh belajar, menembak senjata besar pun boleh. Tak perlu bayar…. sedangkan orang lain sanggup bayar mahal untuk main tembak-tembak di Mines. Apa sangat bangun pagi seawal pukul 6? Lepas sembahyang pergi roll call. Tak susah. Mungkin ada yang masih mengantuk atau malas kerana berjaga malam menyiapkan assigment. Itu adat. Kawan-kawan yang lain faham. Sebab aku pun berjaga malam untuk menyiapkan assigment yang sudah hendak dihantar. Tetapi ada kawan-kawan yang sengaja tidak mahu turun. Itu menganiaya kawan namanya. Tidak pasal-pasal kena dengan yo. Tetapi aku tengok kebanyakan kawan-kawan aku sekiranya kena hell akan tetap gembira. Sebolehnya buat dengan gembira. Itulah yang bagus. Benda yang susah jadi senang. Ingat tak semasa khemah tahunan, masa tengah kena denda dengan CI, kita siap diambil gambar lagi oleh yo. Termasuk aku. Kita tak berdendam kerana masing-masing tahu itu satu latihan sebenarnya dan sepatutnya sesuatu kesalahan ada hukumannya untuk mengajar kita. Kita sayang cik kita, sayang staf kita, sayang pegawai kita, sayang rakan-rakan seangkatan… maka langkah perlu diteruskan untuk mencapai kegemilangan. Pentauliahan Pegawai Kadet pada 2006 perlu kita harungi dengan tabah.
- Ryanazali -

Sunday, November 22, 2009

makanan berbuka puasa...



Salam....

Hujan di luar sana begitu menggigit tulang-temulang...dirasakan begitu sejuk hingga menusuk ke tulang...em..kain yang disidai daripada semalam juga tidak menampakkan keringnya...tinggal beberapa hari sahaja lagi aku di bumi Kuala Lipis ini, dalam kehidupan di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai guru pelatih yang perlu dilatih...




Sudah lama tidak berjumpa dengan suami, teringat pula cerita makanan buka puasa...pertama kali bersama suami menghadapi bulan Ramadhan bersama 2 bulan lepas sungguh menyeronokkan. Tidak disangka suami rajin membantu di dapur dalam menyediakan juadah berbuka bersama-sama. Malah ada pula resepi-resepi istimewa telah disediakan sehingga yang mudah-mudah seperti air asam sebagai pencecah ikan bakar...

Bila Ramadhan akan kembali lagi??Tidak sabar mahu menantinya lagi...InsyaAllah akan bertemu lagi Tahun hadapan...



Mi bandung yang disediakan oleh aku, rempahnya dibeli daripada seorang guru pembimbing semasa menjadi guru praktikal di Sekolah Jambu Rias, Karak...memang sedap(puji diri sendiri nampak?hehehehe). Apapun, kenangan ini tidak dapat kulupakan hingga bila-bila...
Wassalam...

Saturday, November 21, 2009

Tarikh 19 hb November...

Tarikh 19 hb yang menakutkan...x segementar semasa temuduge KPLI sewaktu ketika dahulu..namun bile dah masuk, melihat muka2 panel penemuduga yang xseganas mane tu, hilang segala kegugupan dan segala soalan dijawab dengan yakin cumenya xpasti akan lulus @ x....berserah kepadaNya...usaha telah dilakukan serta doa telah beberapa kali dipanjatkan dlm solat hajat. keputusan terletak di tanganNya...diharapkan temuduga untuk sah jawatan tetap ini lulus hendaknya. Doa dipanjatkan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama telah meredah onak duri, suka dan duka sepanjang berada di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan...

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014