Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, December 13, 2014

Anak ke 4@putera ke 3

Alhamdulillah segalanya dah selesai. Kini aku sudah berada di rumahku syurgaku...bersama anak-anak aku yang lain. Dapatlah merasa duduk wad best semalam. Jadilah selepas berhempas pulas melahirkan puteraku yang ke3 ni. Alkisahnya semalam jadual antenatal aku macam biasa. Selalu hari Khamis tetapi disebabkan Selangor cuti, checkup antenatal aku pun berubah berganjak ke hari Jumaat petang. Sebelum pergi, hati aku sudah berkata-kata yang aku akan ditahan. Itu sebab aku tak bawa Aziz bersama untuk temankan aku. Aku biar aje dia menangis tak mahu pergi rumah pengasuh. Dah tersedap duduk rumah sendiri bila suruh duduk sekejap rumah pengasuh, menangis pula. Biasa pun macam tu, nasib si Amni adik dia tu tak macam tu. Ok je kalau suruh pergi.

Aku pergi hospiital selepas solat Zohor di rumah. Entah kenapa, aku boleh 2 kali salah masuk lorong hendak ke hospital. Maka 2 kali jugalah aku pusing mencari laluan yang betul. Aduhai entah kenapa aku pun tak tahu. Banyak sangat pikir kot. Sampai hospital,  jam dah menunjukkan pukul 2.40 petang. Aku dapat nombor 5. Tak pernah aku dapat nombor awal-awal macam ni, selalu belas-belas je. Dah dekat pukul 3.30 petang pun nama aku tak dipanggil siap dah berborak dengan salah seorang ibu mengandung di situ. Rupa-rupanya nombor  2 pun tak dipanggil lagi dan rupa-rupanya Doktor Siti di atas sedang menyambut bayi. Huhu...patutlah lambat. Patient pula ramai sungguh hari itu. Dengan ditambah para suami dan anak-anak mereka. Macam di Salam medical Centre ni, checkup ibu mengandung dan baby bersebelahan sahaja.

Jam 4 petang, baru nama aku dipanggil. Tak sempat aku nak ke toilet. Aku 2 minggu ni memang rajin ke toilet sebab batuk berterusan ni menyebabkan aku asyik nak terkucil je. Bayangkan pad 60 sheet boleh habis seminggu je tapi aku redha dengan dugaan Allah bagi ni. Boleh dikatakan setiap kali aku mengandung, aku akan kena batuk ni. Penghapus dosa-dosa kecil orang kata. Sambung cerita, Doc Siti kata bp aku naik. Selalu atas tu 120 je namun hari ni 2 kali check masih tinggi 140++. Maka dia kata aku kena tahan dah. kena paksa bersalin sebab darah tinggi ni bukan boleh bawa main-main. Orang lain batuk juga dia kata, tapi tak adalah sampai bp naik. Aku anggukkan ajelah. Memang aku dah pasrah pun kalau kena tahan hari tu. Dia scan baby pula dan dia kata kalau bukan sebab bp aku naik pun, memang kena tahan dah sebab air ketuban aku dah kurang. So dia akan induce katanya. Dia bukakan jalan 3cm untuk aku.

Pukul 5 petang aku check in masuk bilik 206. Lebih cantik dari bilik aku tahun lepas. Selepas diberi ubat berak dan uniform, aku disuruh masuk labour room. Suami aku sampai ketika itu tetapi tak boleh masuk labour room lagi untuk prosedur di labour room. Aku dicucuk di lengan sebelah kiri untuk dimasukkan ubat antibiotik dan induce. Selepas itu, proses pecahkan air ketuban dilakukan oleh nurse kecil molek yang juga buat untuk aku tahun lepas. hehehe. Gigih dia menyeluk...tapi bagusnya tak sakit langsung dia buat. Bukaan ketika ini 4cm. Ubat induce dimasukkan jam 5.30 petang. Suami aku dipanggil untuk menemani aku. So tak adalah boring sangat suami ada di sisi...rasanya kontruksi lambat sangat. Jam 7.30 malam baru start kontruksi. Namun macam sebelum ni lah bila induce, tak ada dah sakit selang sejam...dia main selang 5 minit je terus. Doktor Siti masuk check bukaan masih 4cm...aduhai kenapa lambat sangat pula bukaannya. Aku dah risau kena tahan sakit lama-lama. Doktor Siti balik kemudian nurse kecil molek tu pun balik juga. Tukar nurse India. Kali pertama dia seluk, sakit betul. Bukaan dah 5cm. Dia suggest cucuk punggung sebagai tambahan sebab lambat bukak. Start pukul 7.30 malam tu aku memang dah pakai gas yang ada di sebelah. Tak lepas ok. memang aku nak guna sebaik mungkin kali ni. Selepas cucuk punggung, tunggu setengah jam, datang sakit yang teramat maka tak henti aku menyedut gas...sakitnya Allah je yang tahu. Setiap 5 minit...huhu. kali kedua nurse India tu seluk, bukaan dah 7cm. Nurse India tu terus suruh call Doc Siti.

Doc Siti sampai, seluk lagi. Bukaan dah 8cm. Jam masa tu dah pukul 11.++,tak ingat pula aku sebab sedang menahan sakit. Aku dah terpusing-pusing menahan sakit. Ya Allah, memang ayat kursi tak lekang di bibir. Tak tahu masa bila, aku seperti berada di dunia lain, aku sekadar dengan Doc Siti suruh terlentang semula daripada kedudukan miring dan terus meneran. Aku rasa aku tak meneran pun sebab aku rasa macam baby tu keluar sendiri je. Tiba-tiba dah keluar dan baru aku tersedar dari lamunan dan buka mata. Baby didakapkan pada aku kemudian, suami aku azankan...sayu je rasa. Aku rasa tersangat letih bersalin kali ni.  Walhal berat baby 3kg je. Em Doc Siti kata koyakan kecik sangat tapi dia kata dia nak jahit juga so dia beri bius dan start jahit. Aku dah tak hirau dah walau still rasa cucukan-cucukan tu. Alhamdulillah aku dan baby selamat akhirnya. Baby lahir jam 11.59 malam. Siap dapat tarikh cantik lagi. Memang aku nampaklah jam dekat dinding tu.

Malamnya, suami aku tidur di wad menemani aku. Anak-anak terpaksa bermalam di rumah pengasuh. Nasib aku bekalkan baju tidur pada mereka. Sampai wad memang aku terus tidur sebab tersangat letih. Dapat minum sekotak air milo dan makan roti terus aku tidur. Nurse hanya datang masa hantar baby dan ambil tekanan darah sahaja. Suami pun tidur sebab keletihan dan mengantuk. Kesian juga dia...walaupun aku yang menanggung sakit kan.  Esoknya jam 2 petang (hari ni lah)aku dibenarkan balik...alhamdulillah.








sekian dulu...babai...

Monday, December 8, 2014

kasut pertama

Pasal kasut pun nak cerita??biasalah...tadi si suami balik kerja cakap pada dia nak cari kasut sekolah budak-budak dan teringin pizza...tak sangka pula dia nak melayan. So order pizza thru online tapi kena pergi pick up kat pizza lah...cumanya tak perlu menunggu. Sebelum ambil pizza, sempat pergi beli kasut si abang dan kakak. Nasib tak susah carikan diorang kasut. Ada je saiz. Kedai pun banyak dekat Meru ni tapi kami pergi satu kedai je Hyper Shoe...ingatkan jual kasut je tapi beg sekolah dan baju sekolah pun ada jual. Pekerjanya pun ok juga. Si abang dan kakak pun tak banyak karenah. Ialah tak tahu apa-apa lagi kan...ikut je apa mama pilih untuk korang ye. Ingat nak beli kasut rm10 je sebab pakai waktu bersukan je kan...tapi tak ada. Ko pun agak-agak ye...jaman sekarang nak cari kasut sekolah rm10 mana ada. Kasut jaman ko sekolah ye ada...tak silap namanya karipap. hahaha...balik rumah siap pakai lagi tak sabar. Harganya rm45 untuk 2 pasang. Oklah kan...mama siap belikan kapur dan stoking lagi...


Kasut si kakak saiz 24...



Abangnya saiz 30


Kapur dan kasut...teringat pula waktu-waktu aku di alam sekolah.huhu...anak-anak mama semakin membesar. 





Friday, November 28, 2014

mainan baru abang dan kakak...

Malam tadi ajak suami ke Giant...nak rembat container rm8 lagi dan rak kasut murah-murah...adalah ambil buah-buahan sikit. Aku bawa semua askar ye. Si Ammar memula nak duduk dalam trolley, tak sampai 10 minit minta dukung. Bergilirlah dengan suami. Bayangkan 2 trolley dengan 3 orang budak nak handle...huhu. Aku hilang cari container, si suami pun ada agenda tersendiri. Apa yang dibeli? Ni hah...

X suka aku beli mainan macam ni...semak ok. Rumah kami bukan besar pun. Laman rumah pun dah penuh dengan mainan. Sakit mata aku tengok, tapi diamkan je lah...mungkin masa kecil tak merasa main...

PENGARUH BLOG:BeautyOat

Dengan rasminya aku start cuti sekolah hari ni. Tanpa mengadap kerja-kerja sekolah ok. Boleh tengok tv dengan riangnya, leh baring-baring jika penat di rumah. Dekat sekolah, penat xboleh baring ok...hihi. Namun hobi shopping walau dah 36 minggu ni still ada. Semalam pergi checkup, baby ok. Berat aku 97 kg, nak menangis sekejap. Baby 2.8kg. Nampaknya kandungan yang ni pun cecah 3++ jugak. Meneran sekuat hati ye bila tiba tarikhnya...huhu.

Nak cerita minggu lepas order BeautyOat...hasil dari terpengaruh dengan blog walking lah ni. So order, cepat jek sampai...ni hah makanan tu. Makanan ye+minumam pun boleh. Konon- konon nak buat sarapan masa berpantang nanti. Kata nak kuruskan badan. Ayat serta azam jaman-berjaman...kapan mahu terlaksana.







Monday, November 24, 2014

Baju paling mahal...

Masuk tahun ni dah 5 tahun aku menjadi guru. Nak cerita yang hari ni parcel aku dah sampai. Parcel apa...ok batik yang aku beli melalui online. Harganya rm320. Huhu...baju paling mahal aku pernah beli ok. Ni semua pengaruh nafsu dan pengaruh berkursus hari tu. Tengok orang tayang baju batik cantik-cantik, kita pun nak juga. Tertawan ok...so semalam aku godek2 internet, cari batik desa murni. Dapatlah sehelai. Jualan penghabisan stok katanya. Kalau tak, harganya rm420. Discount rm100. So grab selai dulu. Dulu?? Macam akan ada next episode jek. Beringat2 ye Aryana...ok design apa aku pilih. Meh tengok..







Sunday, November 23, 2014

mee tarik warisan asli...

Assalamualaikum...kembali bersiaran.

Kol 6 petang tadi pergi makan mi tarik warisan di Padang Jawa Shah Alam. Ramai orang wo...in semua gara-gara pengaruh kawan-kawanlah ni. Chinese food ni kadang sedap jugak. My hubby yang start kenalkan makanan chinese ni.




Wah...hp baru ni boleh guna untuk update blog lah...sukanya...hihi...tq my darling...

Saturday, November 22, 2014

Kursus CPD@IPG Teknik&Politeknik Bandar Enstek, Nilai

Selepas hi tea 16hb tu, aku kena pergi kursus CPD di Bandar Enstek. 17 hingga 21 hb. So semalam berakhir kursus tu.Alhamdulillah...Berjaya juga habiskan kursus selama 5 hari tersebut walaupun sedang sarat. Jadual memang padat. 30% input 70% daripada kumpulan. Nasib kumpulan sinergi (kumpulan akulah tu) memang gila2...seronok pula rasanya. Banyak input dapat daripada kursus ni. Memang tak dinafikanlah. Sambung belajar. Ramai juga pensyarah yang tekankan supaya sambung belajar. Kita perlu sentiasa transformasikan diri kita. Macam rakan aku izma dan kak zurina yang sedang future study master memang dari segi fikir mereka nampaklah perbezaannya daripada kami ni. Lagi- lagi aku yang mengajar tahun 1. So selepas ini, kenalah pikir masa hadapan. Tak kan nak duduk mengajar di sekolah selamanya atau duduk di tahun 1 selamanya. In Sya Allah, perancangan dah ada di pikiran nak buat apa. Kita target untuk jangka masa terdekat dulu. Apa tu? Lain kali aku cerita ya.




Friday, November 21, 2014

Hi-tea@Holiday Inn Glenmarie

Hi- tea utk tahun ni dibuat di Holiday Inn. wah, makanan memang best!!sampai sakit pinggang aku makan. Sangat sedap ok!Acara bermula pukul 12 hingga 4 ptg. Aku pergi awal sikit sebab aku bahagian pendaftaran tapi aku balik dalam pukul 3 macam tu sebab dah tak larat.Dah start sakit pinggang. Tahap nk duduk @ berdiri pun dah tak larat oo...




Sunday, November 9, 2014

BELI PANDORA INSPIRED

Sekarang kan sedang demam pandora...so aku ada dapatkan Pandora inspired...nak dapatkan yang original sayang duit...huhu.Banyak lagi benda lain nak beli tapi teringin nak beli pandora emas.Ok ini design aku pilih.


Ini untuk anak dara aku...RM22

Aku punya, dah kena bukak 2 biji sebab xmuat. Oleh itu, kalau pakai saiz 17cm contohnya...untuk Pandora ni,kita kena lebihkan cmnya ye.Aku punya RM34. Beli di azuecollection.




P/s: dah boleh tulis blog dalam hp.hihi



Sekian dulu...




Saturday, November 8, 2014

HAPPY ANNIVERSARY...

8.11.2008~8.11.2014.

 Genap sudah 6 tahun kami melayari kehidupan berumah tangga dengan kehadiran 3 orang cahaya mata dan akan bertambah lagi hujung tahun ni, In Sya Allah...mudah-mudahan selamat semuanya. Banyak onak dan duri kami tempuhi bersama terutamanya dalam menjaga dan mendidik anak-anak kami yang sememangnya rapat. Kami banyak gaduh juga tapi alhamdulillah jarang berlanjutan. Kami selesaikan dengan baik. Suamiku seorang yang pendiam namun sesekali kalau bersuara, memang jadi gaduh. Huhu. Hadiah? Banyak dah suami aku bagi hadiah. Tak terkira. Dia suka bagi gadget kat aku. Ok semalam...dia ada karnival sukan. Bila balik dia bagi kejutan...hehe...dia hulur aku casing handphone...kemudian kotak handphone. Terharu aku wei..rasanya memang setiap tahun dia bagi aku handphone baru. Hahaha...untung2...so dia ambil handphone lama aku. Tak lah lama juga...tahun lepas juga dia belikan. Sian dia...aku setakat belikan dia minyak wangi Body shop, seluar dan baju kerja. Banyak seluar dia dah tak elok so sebagai hadiah aku belkikanlah...aku tak pandai nak belikan gadget2 ni kat dia walau aku tahu dia suka gadget2 ni...Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan suami sepertinya. Menjadi suami aku di dunia ini. Terima kasih abang sebab menerima aku seadanya walau kekadang ada komplen sikit sana sini...






hadiah apa??hehehe...handphone baru...yeayyyyy....








tq uolls....






sekian dulu...



Sunday, November 2, 2014

MY BREASTPUMP HISTORY

Ok, kali ni aku nak cerita tentang gadget mak-mak breastfeeding ye. Inilah breastpump aku@peneman aku sepanjang aku breastfeeding anak2 aku.


~google~

Ok...ini adalah breastpump aku yang pertama digunakan untuk anak yang pertama.. Pureen manual breastpump. Botolnya sangat gebu ok. Untuk kesan mengepam amatlah mengecewakan...sakitlah bila guna pam ni. Nasiblah murah aje dalam 50++. Aku guna sekejap saja pam ni. Lepastu hilang entah ke mana. 

~google~

Ok...ini adalah pam kedua aku. Tanpa pengetahuan dan bacaan...aku terjah kedai beli pam lagi. Kali ni jenama snow bear menggunakan battery dan elektrik. Namun entah kenapa nasib aku terima macam aku guna pureen manual sebelum ni. Dapat sakit tapi susu tak keluar juga. Makanya anak aku yang pertama awal2 lagi dah menyusu formula. Malam sahaja breastfeeding dengan aku. Sian abang...dahlah lahir tak cukup bulan. Huhu


Ok ni pam ketiga aku yang aku beli untuk anak kedua. Masa ni aku sudah berjinak-jinak dengan review di internet so ramai yang suggest pam ni dan Alhamdulillah aku dapat menyusukan anak kedua aku selama 2 tahun. Aku beli package ni dekat Little Whiz melalui seorang rakan Kak Ija. Harga semua sekali dalam 600++. Sekarang aku tengok dah murah sangat dah...Pengeluaran susu pun cepat. Memang berbaloi beli pam ni.


Ok...ini adalah pam keempat aku untuk menyambut anak keempat nanti. Anak ketiga aku, aku masih gunakan pam spectra 3 lagi namun disebabkan tak hantar servis...pam tu macam kureng dah. Disebabkan kemalasan nak hantar, aku beli pam baru. Ini hah Medela Harmony. Dah cuba...macam ok. Tunggu baby lahir, kite operasi ye. Harga aku beli RM165 termasuk postage di mymommashop. Harap2 dapatlah aku menyusukan anak keempat ni lama sikit. Anak ketiga tak dapat nak menyusukannya sehingga 2 tahun sebab aku dah mengandung dan susu aku merundum. Dapat exclusive breastfeeding 4 bulan je. Seterusnya breastfeeding dia campur2 dengan susu formula. Malam memang aku susukan dia. Kadang2 je bagi formula. Hope dengan bantuan pam ini dan izin Allah, aku dapat susukan anak keempat ni lama sikit. Exclusive ye bermaksud tak campur langsung. Huhu...










Sekian dulu...






MY AMMAR ZAKWAN 1 TAHUN KINI

Anak aku yang paling bongsu sudah genap 1 tahun. Alhamdulillah dah boleh jalan jalan jatuh...jalan jalan balik...jatuh. Dah pandai main dengan abang dan kakak dia. Sekejap sahaja jadi baby sebab dia akan ada adik bulan 12 nanti. Sian Ammarku...tapi Ammar kuat. Sebenarnya dia bukan jenis budak meragam. Agak senang menjaganya. Nak menyusu, nak tidur baru dia meragam menunjukkan aksi kalau tidak, dia main sendiri dan mamanya membiarkan sahaja sambil baring-baring main handphone...Ammar yang bijak...mama doakan Ammar jadi anak yang soleh ye...bahagia dunia dan akhirat. Amin...mama sayang semua anak mama dunia akhirat...walau kekadang mama terkasar tangan dan mulut sebab kamu semua sangat nakal tetapi jauh di sudut hatiu mama, mama selalu doakan yang terbaik untuk kamu semua... cemerlang dunia dan akhirat. Moge2 anak2 mama dijauhkan penyakit merbahaya dan penyakit hati.




mama sayang Ammar Zakwan...muuuuah....


Saturday, November 1, 2014

MOM & BABY EKSPO 2014@IDCC MALL

Semalam punya cerita...aku mengajak suami pergi mom&baby ekspo di IDCC mall. IDCC mall ni bangunan belum siap sepenuhnya. Ekspo ni dibuat di bahagian atas sekali. Aku tak tahu so parking bawah dan menapak naik sampai tingkat 6 ko...huhu..dahsyat sungguh!!Tu pun parking berdekatan pintu masuk...ada yang parking lebih jauh. Kasihan pula tengokkan. Memang ramai tak tahu ianya dibuat di bahagian atas sekali. Kalau tahu, mungkin ramai yang parking di atas. Ini pertama kali dibuat di situ. Sebelum ni di SACC mall. Rasanya di SACC mall lebih baik kot. Sebab bangunan ni belum siap sepenuhnya, 6 tingkat...3 eskulatornya tak berfungsi maka dengan gigih mak buyong ni menapak lagi ko...huhu...geram pula rasa. Mesti ramai lagi mak buyong macam aku dok menapak tangga...(tinggi wo)...memang pihak penganjur kena ambil pusing hal ni. Lif memanglah tak ada kan...ramai lagi pekerja sedang berkerja untuk bangunan tak siap lagi tu. Sampai atas oklah...banyak tempat duduk boleh duduk melepaskan penat. Ramai yang duduk2 termasuk mak2 buyong macam aku. Ni first time aku pergi ekspo mom&baby...dan rasanya aku x pergi lagi kot lepas ni. Baiklah ke Jusco atau Sogo shopping. Dengan ramai orangnya...dan barang-barang yang dijual memang agak murah tetapi nak mengharungi lautan orang dan tempat yang agak tak memuaskan tu baiklah aku ke shopping2 mall. Namun berpuas hati jugalah apa yang aku cari dapat, kalau tak lagi meroyan aku dibuatnya...penat wei menapak...sian aku dan padan muka aku. Nasiblah anak2 tak ikut, ayah dia jaga dalam kereta. Oklah ni saja pasal mom&baby ekspo...ni hah barang2 yang aku beli...dari hall 1 sampai hall 8 ni ajelah yang aku beli. Sesiapa nak pergi boleh parking kat bahagian atas ye kalau tak kenalah menapak macam aku kalau eskulator tak berfungsi,,,penat wei...lagi2 yang bawa anak kecil...



Botol mam tu memang aku nak cari pun. Kalau di ekspo2 macam ni memang murahlah berbanding di kedai.

ambil 12 month punya...budak kan cepat besar...


Gambar atas yang aku beli...ini goody bag yang aku dapat lepas register. Tentang goody bagnya ni aku suka. Tambahan lagi ada 3 kotak air kotak Enfagrow A+ perasa coklat. Sampai kereta aku sekotak, anak  aku berdua tu sorang sekotak. Nasib goody bag dia best...tak mengandung tak pergi...





sekian dulu...


Sunday, October 26, 2014

Kakak comel Amni...

Kakak Amni ni anak aku nombor 2...sangat nakal kalah lelaki tapi tak apelah...dah besar nanti dah tahu malu, sopanlah dia nanti. Umur baru lepas 3 tahun. Sekarang dah xpakai pampers dah. Kerja seharian dia main je. Sekarang suka selfie.Tahun depan aku nak sekolahkan dia sekali dengan abang dia. Hope ada sikit perubahan pada diri dia. Puas dimarah dia ni tapi perangai em...ikut perangai sape gamaknya,,,





Tengoklah tu...



Baby Ammar pun nak masuk dalam cerita kakak...



sekian dulu...bye...



JAKEL : Jualan ubah suai kedai

hari ini hari Ahad...so tengah hari tadi aku ajak si suami pergi Jakel Seksyen 7...dia duduk dalam kereta je dengan baby Ammar. Aku dengan abang dan kakak naik atas ye. Tingkat 1 di mana terdapatnya kain-kain chiffon dengan harga menjunam...hehe. Aku terpaksa ajak juga sebab last date sale 31 hb ni. Aku nak borong kain chiffon untuk buat shawl again n again...heheh. Sebelum ni dah berjaya buat shawl halfmoon n butterfly. Kali ni nak buat lagi shawl halfmoon beso punye... penatlah bawa budak berdua ni. Asyik hilang je...jenuh terjerit tak hirau orang ramai dah tapi dapat juga rembat 6 helai dalam kekalutan tu kan. Ni warna-warna yang aku pilih.

paling mahal pun RM8 semeter...aritachi nombor 2 RM5 semeter tapi x banyak warna yang aku suka.

Turun daripada tangga...ada happy hour untuk kain pasang 4 meter RM88 menjadi RM40. Untuk tak berputih mata dan terkenang-kenang nanti, rembatlah juga satu. Sibuk salesgirl tu suruh ambil lagi sebab dia kata bukan selalu harga macam tu. Eleh macam aku tak tahu, banyak kali je buat lagi-lagi time gaji kan...pandai dia. Aku pun kata dengan baik nak satu je...banyak kali jugalah cakap 'saya nak satu je'...nasib tak tambah...gaji bulan ni awal so duit gaji saya dah habis. Macam-macam wooo beli bulan ni,



sekian dulu...bye...




Bila aku ber aidijuma

kandungan nak masuk 8 bulan dah...dah start check up di SALAM Medical Centre pun...dengan bantuan GL suamiku.


Aku : (menyanyikan lagu Jong jong inai untuk kelas muzik)
Murid : sedaplah suara cikgu
Aku : Memang pun...
Murid : Saya punya suara pun sedap. Masa sekolah tadika saya masuk pertandingan nyanyi...
Aku : (Nak jugak angkat bakul sendiri)hihihi...


Rupa aku bila ber aidijuma...seronok pula pakai gaya macam ni...tak kira pula dah berapa helai tudung aidijuma aku ni...


sekian dulu...bye...

loose item Tanamera

Hari Khamis minggu lepas dapat 2 parcel. Apa parcel tu ye? Em...ok ini hah...

ni parcelnya...

Secara berjemaah...


VIRGIN COCONUT OIL / MINYAK KELAPA DARA 100ml
Membantu memudahkan proses kelahiran.Mengurangkan rekahan pada kulit dan melembabkan. Ia membantu juga mengurangkan berat badan, paras kolestrol dan memperbaiki keadaan kencing manis.

Cara guna untuk mereka yang sedang hamil.
Apabila kehamilan memasuki minggu ke 20, mulakan sapuan di kawasan perineum/vagina. Sapuan boleh dibuat sekerap mungkin atau setiap kali selepas ke tandas. Tidak perlu dibilas apabila sudah membuat sapuan, biarkan ia meresap. Ini akan melembutkan dan memudahkan pembukaan kelak.
Pada minggu ke 37 dan ke atas, mula minum 1 sudu pagi dan malam. Ke dua-dua rutin ini dibuat hingga hari bersalin.
selain itu sapukan juga pada strechmark /rekahan pada kulit.
Selepas bersalin pun masih boleh guna 
Mengurangkan rekahan pada kulit dan melembabkan. Ia membantu juga mengurangkan berat badan, paras kolestrol dan memperbaiki keadaan kencing manis. Juga sebagai sapuan pada kulit baby

HERBAL BATH 10g x 12 paket
Menyegarkan dan memulihkan tenaga sambil melegakan otot-otot yang lesu. Menyahbau badan.

Sesuai untuk :
- Semua wanita.
- Ibu yang sedang berpantang.

BROWN FORMULATION SOAP 125g
Menanggalkan kulit mati/kesan hitam pada kulit seperti celahan ketiak, kelengkang. Membuatkan badan rasa bersih dan segar.

Boleh digunakan semasa kehamilan
Membantu menghilangkan kesan kehitaman di celahan kelengkang, ketiak dan pada kulit akibat perybahan hormon semasa kehamilan

** Aku beli 3 barang yang famous ni je berdasarkan pilihan pengguna. Aku  nak campur-campur produk dengan nona roguy. Dengan belian ini, aku dapat free black soap kecil untuk cuci muka. beli di http://www.ardentloveonline.com/...sangat puas hati.

Ok...lagi satu parcel ini hah...

WL cup cake
WL ribbon eiffel
GL lips


sekian dulu...bye...


Big book Linus literasi..

Ok... ni hasil tak seberapa aku untuk konstruk 4...untuk konstruk 1 hingga 12 dibahagi2kan kepada semua guru BM. Untuk menyediakan satu buku besar macam ni memang memerlukan kerjasama kumpulan. Kalau jenis kreatif memang tak payahlah kan...hehehe. Ini pun jenuh nak buat sebab memang tak kreatif kan...esok nak hantar untuk dibukukan bersama. Maaflah i punya tak cantik pun.
Ada yang tak tahu LINUS tu apa?

Apa itu  Program LINUS? 
  • LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
  • LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
  • LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Aku ambil dari sini http://riangrialinus.blogspot.com/p/pengenalan-linus.html



Wednesday, October 22, 2014

meja kerjaku...

ni meja kerjaku...jarang sangat kemasnya tapi minggu lepas gigihlah plak mengemas sebab dah terlalu semak...hihi...meja kerja aku ni dah masuk 2 tahun aku gunalah...dasar malas memang meja aku selalu semak tak macam meja rakan sebelah dan belakang.

Berselerak kan? rasanya cik t pun boleh sembunyi dalam tu...hihi...









sekian dulu...


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014