Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, February 14, 2016

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti korang pergi mana? Sekarang ni jam 1.15 pagi dan esok dah start sekolah semula tapi aku belum boleh tidur sebab anak-anak aku yang nombor 3 dan 4 tidur lambatlah pula hari ni..ni pun budak berdua tu baru tidur...siangnya dah tidur lama...cuti raya cina seminggu tapi mr Z, abang dan kakak cuti dua hari je sebab tu balik kampung tak lama...hari Sabtu balik, hari Isnin dah balik semula ke sini ingatkan nak elak jem rupanya Isnin pun jem...5 jamlah kami...tu tak singgah mana-mana pun cuma berhenti solat. Selalu pun macam tu, memang tak rajin menyinggah tapi hari Sabtu baru-baru ni kami ke Muar pula...Nampak kegigihan di situ balik Johor semula sebab mak cik aku buat kenduri. Ni kira kenduri kahwin pertama@anak sulung...Tahniah pada sepupu aku Mimi semoga perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan Allah cahaya mata soleh solehah...maknanya 2 kali bulan ni aku balik Johor...huhu...tunggu bulan 6 lah kot nak balik lagi...

Pergi kenduri kahwin tapi gambar pengantin tak ada sebabnya panas...lepastu aku sibuk makan dan jaga anak-anak...yang ada pun selfie aku dan anak-anak je...


Aniq tengah selsema...so adalah gambar dia ditemani hingus hijo macam tudung mama dia tu...huhu sian Aniq asyik nak melekat je dengan aku.



Korean style konon-konon ni...

Kakak diikatkan rambut...susah betul nak suruh dia ikat rambut. Cubaan Ammar untuk buat peace tak menjadi lagi...

Balik rumah je jajan...jeling rumah orang sebelah cari kawan...
Ni kembar aku dengan baby baru dia...si tembam Faiha

Anak sulung kakak Ngah aku...dah besar dah boleh diharap...


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014