Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Wednesday, March 4, 2015

Emergency Couple-Hasangae...



Saje nak cerita yang aku tengah layan cerita Emergency Couple. Cerita ni best. Setiap scene tak boring lebih-lebih lagi sebab diselitkan kehidupan di hospital. Heroinnya ialah Song Jin Hyo...alah pelakon Running Man tu (walau 2 episod je aku tengok). Dia ni dah 33 tahun tapi still nampak muda kan. Biasalah artist Korea kan cantik-cantik. Sekarang ditayangkan di tv9 jam 6.30 petang pada setiap hari. Bagi yang tak sabar nak tahu kesudahan cerita bolehlah online macam aku. Itu dulu...bye...

Monday, March 2, 2015

Tips kewangan

Tajuk tak boleh blah...nak cerita pasal kewangan sedangkan diri sendiri suka boros. Bukan bulan lepas baru lepas borong sampai 10 helai tudung aidijuma. Ok, aku tahu aku ni suka boros dan atas sebab itulah aku buat entry ni. Aku dah sedar dan bertekad nak mencapai target aku untuk tahun 2015 ni. Wallpaper hp aku pun aku dah tukar k.


Ok untuk tips kewangan :

1. Simpan sebahagian daripada gaji anda.
Ok, yang disyorkan ialah 10%. Kalau gaji besar bolehlah simpan lebih lagi. Jika bulan tu dapat bonus pun boleh disimpan sedikit. Banyak manfaat kita simpan sebahagian dari gaji kita contohnya kalau ada kecemasan memerlukan duit bolehlah digunakan. Kecemasan macam kereta rosak ke apa kan...juga untuk anak nak sekolah esok-esok boleh digunakan.

RM2900 x 10/100= RM290
290x12 bulan=3480

Sebaiknya simpan di bank yang susah nak ambil. Contohnya macam Tabung Haji. Kalau yang pakai Tabung Haji masih juga boleh keluarkan dengan kad ATM lain , sila sembunyikan kad tersebut atau beri suami pegang (macam aku sembunyikan). Macam aku dah siap-siap buat potongan gaji ke TH.

Dengan mempunyai simpanan, jiwa kita akan rasa tenang berbanding dengan orang yang tak menyimpan. Main kutu dengan kawan-kawan pun ok macam aku.

2. Rancang perbelanjaan bulanan

Sebagai contoh : Gaji RM2900

Mak 300
Rumah 400
Pengasuh 700
Ptptn 180
Kereta 430
Simpan 290
Elektrik+air 200

2900-2500= 400 (tolak yang wajib siap-siap kemudian ambil kira pula tol, minyak, makan dan sebagainya-elakkan berhutang kalau tak lagi panjang senarai wajib tu)

3. Kawal nafsu membeli belah
Ya, ini sesuai untuk aku. Kalau boleh tak payah tengok dah blogshop ke, pergi window shopping ke. Bolehlah sesekali tu pun atas keperluan bukan kehendak semata. Sebagai reward untuk diri sendiri. Kumpul duit untuk beli. Jangan dikacau gaji bulanan. Gaji bulanan tu khas untuk beli barang keperluan macam susu anak, barang dapur...bla bla bla...Bila ke pasaraya silalah buat list barang apa nak dibeli supaya tidak terbabas membeli barang-barang Latin.

4.Berjimat cermat
Ok, berbelanjalah secara berhemah. Guna elektrik dan air dengan cermat. Kurangkan makan di luar dan berjalan di luar. Kalau balik kampung tak apa. Alhamdulillah sekarang aku tengah berdiet so boleh kurangkan perbelanjaan di sekolah nanti.

5. Barzakat dan bersedekah
Aku percaya yang rezeki tu tak akan kurang kalau kita rajin bersedekah. Masuklah ke tabung masjid ke, belanja kawan minum ke kan...hihi...dan berzakat tu wajib. Jangan lupa tu. Nanti Allah akan beri lebih lagi ganjaran kepada kits.

6. Jana income
Sesiapa yang pandai meniaga tu bolehlah mulakan perniagaan kecil-kecilan macam buat roti ke, jual pada kawan-kawan kerja. Bisnes online pun makin membiak. Boleh try...aku memang tak pandai bab ni.




OK, Itu sahajalah tips kewangan aku. Banyak-banyak pun buat apa ye tetapi yang penting istiqamah.




Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014