Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, October 26, 2014

Kakak comel Amni...

Kakak Amni ni anak aku nombor 2...sangat nakal kalah lelaki tapi tak apelah...dah besar nanti dah tahu malu, sopanlah dia nanti. Umur baru lepas 3 tahun. Sekarang dah xpakai pampers dah. Kerja seharian dia main je. Sekarang suka selfie.Tahun depan aku nak sekolahkan dia sekali dengan abang dia. Hope ada sikit perubahan pada diri dia. Puas dimarah dia ni tapi perangai em...ikut perangai sape gamaknya,,,





Tengoklah tu...



Baby Ammar pun nak masuk dalam cerita kakak...



sekian dulu...bye...



JAKEL : Jualan ubah suai kedai

hari ini hari Ahad...so tengah hari tadi aku ajak si suami pergi Jakel Seksyen 7...dia duduk dalam kereta je dengan baby Ammar. Aku dengan abang dan kakak naik atas ye. Tingkat 1 di mana terdapatnya kain-kain chiffon dengan harga menjunam...hehe. Aku terpaksa ajak juga sebab last date sale 31 hb ni. Aku nak borong kain chiffon untuk buat shawl again n again...heheh. Sebelum ni dah berjaya buat shawl halfmoon n butterfly. Kali ni nak buat lagi shawl halfmoon beso punye... penatlah bawa budak berdua ni. Asyik hilang je...jenuh terjerit tak hirau orang ramai dah tapi dapat juga rembat 6 helai dalam kekalutan tu kan. Ni warna-warna yang aku pilih.

paling mahal pun RM8 semeter...aritachi nombor 2 RM5 semeter tapi x banyak warna yang aku suka.

Turun daripada tangga...ada happy hour untuk kain pasang 4 meter RM88 menjadi RM40. Untuk tak berputih mata dan terkenang-kenang nanti, rembatlah juga satu. Sibuk salesgirl tu suruh ambil lagi sebab dia kata bukan selalu harga macam tu. Eleh macam aku tak tahu, banyak kali je buat lagi-lagi time gaji kan...pandai dia. Aku pun kata dengan baik nak satu je...banyak kali jugalah cakap 'saya nak satu je'...nasib tak tambah...gaji bulan ni awal so duit gaji saya dah habis. Macam-macam wooo beli bulan ni,



sekian dulu...bye...




Bila aku ber aidijuma

kandungan nak masuk 8 bulan dah...dah start check up di SALAM Medical Centre pun...dengan bantuan GL suamiku.


Aku : (menyanyikan lagu Jong jong inai untuk kelas muzik)
Murid : sedaplah suara cikgu
Aku : Memang pun...
Murid : Saya punya suara pun sedap. Masa sekolah tadika saya masuk pertandingan nyanyi...
Aku : (Nak jugak angkat bakul sendiri)hihihi...


Rupa aku bila ber aidijuma...seronok pula pakai gaya macam ni...tak kira pula dah berapa helai tudung aidijuma aku ni...


sekian dulu...bye...

loose item Tanamera

Hari Khamis minggu lepas dapat 2 parcel. Apa parcel tu ye? Em...ok ini hah...

ni parcelnya...

Secara berjemaah...


VIRGIN COCONUT OIL / MINYAK KELAPA DARA 100ml
Membantu memudahkan proses kelahiran.Mengurangkan rekahan pada kulit dan melembabkan. Ia membantu juga mengurangkan berat badan, paras kolestrol dan memperbaiki keadaan kencing manis.

Cara guna untuk mereka yang sedang hamil.
Apabila kehamilan memasuki minggu ke 20, mulakan sapuan di kawasan perineum/vagina. Sapuan boleh dibuat sekerap mungkin atau setiap kali selepas ke tandas. Tidak perlu dibilas apabila sudah membuat sapuan, biarkan ia meresap. Ini akan melembutkan dan memudahkan pembukaan kelak.
Pada minggu ke 37 dan ke atas, mula minum 1 sudu pagi dan malam. Ke dua-dua rutin ini dibuat hingga hari bersalin.
selain itu sapukan juga pada strechmark /rekahan pada kulit.
Selepas bersalin pun masih boleh guna 
Mengurangkan rekahan pada kulit dan melembabkan. Ia membantu juga mengurangkan berat badan, paras kolestrol dan memperbaiki keadaan kencing manis. Juga sebagai sapuan pada kulit baby

HERBAL BATH 10g x 12 paket
Menyegarkan dan memulihkan tenaga sambil melegakan otot-otot yang lesu. Menyahbau badan.

Sesuai untuk :
- Semua wanita.
- Ibu yang sedang berpantang.

BROWN FORMULATION SOAP 125g
Menanggalkan kulit mati/kesan hitam pada kulit seperti celahan ketiak, kelengkang. Membuatkan badan rasa bersih dan segar.

Boleh digunakan semasa kehamilan
Membantu menghilangkan kesan kehitaman di celahan kelengkang, ketiak dan pada kulit akibat perybahan hormon semasa kehamilan

** Aku beli 3 barang yang famous ni je berdasarkan pilihan pengguna. Aku  nak campur-campur produk dengan nona roguy. Dengan belian ini, aku dapat free black soap kecil untuk cuci muka. beli di http://www.ardentloveonline.com/...sangat puas hati.

Ok...lagi satu parcel ini hah...

WL cup cake
WL ribbon eiffel
GL lips


sekian dulu...bye...


Big book Linus literasi..

Ok... ni hasil tak seberapa aku untuk konstruk 4...untuk konstruk 1 hingga 12 dibahagi2kan kepada semua guru BM. Untuk menyediakan satu buku besar macam ni memang memerlukan kerjasama kumpulan. Kalau jenis kreatif memang tak payahlah kan...hehehe. Ini pun jenuh nak buat sebab memang tak kreatif kan...esok nak hantar untuk dibukukan bersama. Maaflah i punya tak cantik pun.
Ada yang tak tahu LINUS tu apa?

Apa itu  Program LINUS? 
  • LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
  • LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
  • LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Aku ambil dari sini http://riangrialinus.blogspot.com/p/pengenalan-linus.html



Wednesday, October 22, 2014

meja kerjaku...

ni meja kerjaku...jarang sangat kemasnya tapi minggu lepas gigihlah plak mengemas sebab dah terlalu semak...hihi...meja kerja aku ni dah masuk 2 tahun aku gunalah...dasar malas memang meja aku selalu semak tak macam meja rakan sebelah dan belakang.

Berselerak kan? rasanya cik t pun boleh sembunyi dalam tu...hihi...









sekian dulu...


GROUP FB KAMI SUKA SUSUN ATUR

Nampak tak tajuk? Terjebak sudah...sekarang ni kalau buka je FB pasti nak tengok group ni dulu...dalam group ni banyak belajar macam2 cara nak menyusun atur sama ada di kitchen dan di bilik tapi ni bukan group dekorasi tau...tapi susun atur...so semalam aku ada memborong di mr diy beberapa stuff untuk mula menyusun. Dimulakan dengan almari si kecik Ammar dan incoming baby...hihi




ni beberapa barang yang aku beli...idea mop tu pun aku dapat dari group kssa tu...



inilah kejadiannya...macam kena beli lagi bakul ni...kena beli warna biru supaya sama...boy kan...memula nak pakai kotak kasut je tapi sebab malas...pergi beli bakul kecil2 ni je senang...warna pun sekali...pasni nak kena letak label supaya lagi senang...semua nak senang ye...hihi



* nak merajinkan diri menyusun atur pasni. In Sya Allah...





sekian dulu...


Saturday, October 4, 2014

TEST DRIVE...BOOKING...???

Cerita seronok ni...hehehe...semalam pagi Jumaat aku ajak suami dan macam biasa berangkutlah bala tentera aku Aziz, Amni dan Ammar pergi Produa cadang nak tengok2 dan test drive Produa Axia yang baru keluar tu.  ...wah best jugak Produa Axia ni.  Pusing taman perumahan dan jalan besar siap terlanggar lubang lagi. Suami yang bawa sebab aku tak beranilah kan...kereta baru. Lagi satu kena pegang si Ammar ni. Kereta yang kami bawa tu jenis Advance. Proodua Axia ni ade jenis E,G,SE dan Advance...Yang E paling basic so aku berkenan yang G. Sedang2 je. Harganya pun boleh tahan...Kalau hutang bank tak menyeksa dirilah...kalau ikat 7 tahun ok lagi...warna pun banyak juga. Ada warna lomongrass, putih, hitam, cherry blossom dan merah. Aku berkenan warna lomongrass tu. Adakah aku akan pergi booking? Booking rm300...


Ni kira2 yang sales person tu buat. Memang baiklah dia ni...nama pun juru jual kan...ok...nak booking ke tak ni?




kereta test drive yang kami naik...jenis advance...jenis2 kereta ni dibezakan dengan accessories je...advace ni complete lah...dengan gps bagai....so tepuk dada dan tepuk wallet ye...




macam Daihatsu Ayla yang diorang cakap tu...


PIN SHAWL COMEL...

Aku ada jual pin shawl comel2 ni...memang terletak je cantik kalau kenakan dengan shawl kegemaran...sesiapa yang berminat bolehlah whatsapp aku ye...ready stock...selamat berpin shawl...
DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL  ADHA...




PIN SHAWL-WHATSAPP- 0196911774

Laman seni Seksyen 7 Shah Alam...

Dah pernah dengar ke belum? Kalau dah pernah dengar, dah pergi belum? Aku dah pergi...hari tu saja berjalan ke Seksyen 7 nak pergi cari tudung tapi tak payah cerita tentang tudung lah ye...asyik tudung je kan...Jom layan gambar2 di laman seni Seksyen 7 ni. Biar gambar berbicara ye. bagi penggemar seni bolehlah datang. Banyak hasil karya seni di sini...ramailah orang-orang kita bergambar dengan hasil seni ni...layan...





Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014