Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, June 15, 2014

School Holiday...Bandung

Walau sudah meninggalkan bumi Bandung 2 hari yang lalu namun hati masih terkenang-kenang akan negeri orang tersebut. Pengalaman itu memang cukup berharga bagi diriku. Terima kasih kepada suami yang mahu bersama-samaku. Kami 5 beranak sahaja yang pergi. pada mulanya mahu ikut rombongan bersama kakak ipar tapi tak jadi sebab mahal.hehehe...lg satu ikut rombongan dengan anak-anak kecil ni leceh sikit. tau-taulah kan...

bulan 12 lagi semasa aku berpantangkan Ammar,aku dah tengok2 mana pakej ke Bandung yang paling murah. memang xpikir panjang pun aku ambil sahaja pakej dari Kembarailmu Travel. Memang mudahlah berurusan dengan mereka. tp rasanya kalau pergi lagi, aku nk cari sendiri je. maksudnya booking tiket flight sendiri, hotel sendiri n pak supir sendiri. lg jimat...leh melabur ke shopping...

aku ambil school holiday bertarikh 3 hb jun hingga 6 jun...cuti minggu ke 2. memang excitedlah kan...ke bandung kali pertama, naik flight kali pertama. mana x double keterujaan aku tu. 

pakej:
dewasa : 2 x RM888
kanak2 : 2 x RM777
infant : RM150
baggage : 40 kg-RM96

Yang x bestnya, flight aku kol 6.50am...huhu.kol 3 aku dah terpacak kat KLIA2 tu.Pulak tu nak ke pesawat kena jalan dekat 1 jam. warga emas macam mana ye. penatnya lah hai kena jalan....oh ye!kami naik Airasia dah nama pon naik kat KLIA2 kan...em lepas ni nk naik MAS pula. suami kata naik MAS best. include makan n cara pengurusan baggage pon ok. beg aku yang bawa ke sana habis zipnya patah2 mungkin dibaling dengan kuat semasa penyimpanan. balik pula bagasi sedikit terkoyak. nak kata apa lagi kan...nama pon tambang murah tapi xdelah murah sanagt kan...

Day 1
Aku punyalah excited kot2 ada kertas or board welcome note yang tertulis nama aku n suami tapi hampeh wei, xde pon nama aku. tunggu dekat setengah jam dekat airport Bandung yang macam stesen bas tu kan amat sedih nak cerita. masa tu suami dah terpaksa beli simkad yang berharga rm20...bengang je dia. suami pon dah buat muka. itulah siapa suruh aku yang cari pakej travel. ade salah sikit2 tu maafkanlah aku. Pak Ujang manager situ mohon maaf sebab bagi salah info pada pekerjanya. Selepas pekena air alpukat @ air avocado di kedai seberang jalan tu, pak supir yang namanya pak Dede pon sampai...masa tu jam sudah 8.40am. lebih sikit rasenya. 

Pak Supir tanya terus kata nak pergi jalan Dago...misi untuk cari baju2 raya anak. memang bestlah...sungguh sibuk bandung ni. jalannya sempit. tempat pertama ke FOS Anakecil tapi tak banyak pon boleh dibeli di sini plus baju mahal2 pulak tu. keluar dengan sehelai jeans untuk abang dan sehelai tshirt untuk kakak. ambil gambar terus ke FOS yang lain2. Habis melawat FOS di jalan dago, berhenti makan di Karumba Resto. kami makan gurame ikan bakar memang best dan sedap. terjumpa pula kakak ipar dengan rombongannya, wah happy sungguh!!xsangka jumpa di sini...restoran ni pon memang untuk pelancong rasanya sebab makanannya xadalah murah2 sangat. habis ambil gambar dan whatsapp orang Sg. Tengi, kami terus ke jalan Riau pula. FOS paling suka pergi Heritage. tempatnya cantik n pakaiannya banyak pilihan n murah2. suka tempat tu. bayangkan ada pokok dalam tu n disusun baju kanak2 di bawah pohon rendang tu...hehe sungguh kreatif. selepas habis menjelajah FOS yang berada di situ, badan pon dah penat. sebelum maghrib kami minta check in bilik. Hotel kami namanya Victoria Guest House. memang cantik hotel ni tapi biliknya kecil je. tapi yang penting dah memang disediakan extra bed kat bawah. bolehlah si Ammar golek2.

Day 2
Selepas sarapan jam 7am...pukul 8 am kami turun untuk ke Tengkuban Perahu. pak  Supir sudah menunggu. dekat satu jam untuk ke Tengkuban Perahu, namun perjalanannya tidak jem membuatkan ianya lancar je. Bayaran masuk aku xtahu kerana dah termasuk dalam pakej. Memang cantik Tengkuban Perahu ni. Keajaiban ciptaan Allah S.W.T. separuh masa pertama ok je namun masuk separuh masa kedua anak aku yang nombor 2 mula buat perangai. minta didokong, meregek nakkan mainan, menangis buatkan aku hilang mood aje.huhu...Kata Pak Supir bau belerang di situ selamat untuk pengunjung. baunya kuat tau...belum sampai pon dah mula berbau. Ok anak aku dah mula nangis, aku pon ajak balik. oh lupa! sini banyak kuda...macam terasa rugi pula xnaik kuda...huhu sedih...

Sini penjaja sangat ramai. betullah kata orang2. turun2 sahaja dari kereta,penjaja dah datang dengan gelanglah, pelekat keretalah, sourvenir macam2 lagi dan sepanjang2 jalan tu memang ada gerai jualan.
janagn start tanaya harga maka orang tu akan ikut je ke mana sahaja korang pergi macam akulah. start tanya harga rasberry comel2 tu. dah dia ikut aje kan...kata sedap baru dipetik.tapi akhirnya beli juga, dari RM15 sekotak jadi RM5 sekotak....sedap...n manis.

kami teruskan ke destinasi seterusnya ke Ciater Hot Spring...bayaran masuk seorang Rp22,000. kami kena bayar untuk 3 orang. tempat ni besar betul...macam2 dalam ni ada. contohnya macam massage, mandi-manda dan sebagainyalah.kmai berendam kaki je. itupun anak2 aku pada mulanya takut2. lama kami di sini berbanding di Tengkuban Perahu mungkin tempatnya relaks, xpanas macam di Tengkuban Perahu.

Next destination...kami ke Ladang strawberry...namanya Kavling Strobery.dengan Rp24,000 seorang dapat 1 cawan jus strawberry n petik 10 biji strawberry. oklah...anak2 aku aje yang petik...habis di situ kami ke Kg  Daun untuk makan tengah hari tapi xmakan pon di situ sebab ramai dan terpaksa ambil nombor tapi serius menyesal xmakan aje di situ sebab nak ke tempat makan lain makan masa lama tu. jauh...aduh menyesal sebab perut memang dah lapar. jam dah pukul 2.30pm...cantik kawasan tu tau...memang pelancong akan datang situ. Akhirnya kami makan di Sangkuriang Resto.makanan Sunda lagi...kali ni kami makan gurame ikan masak masam manis. Sebelum balik ke hotel, jalan2 di jalan Cihampelas...em tempat jual banyak jeans n baju2...kami sampai hotel sebelum maghrib. sempat tunaikan jamak Asar n Zohor...relaks...

Day 3
Pepagi lagi dah siap...kes excited dan xdapat tidur sebab muntah2 n cirit birit naqsib pagin ni aku dah ok...anak2 aku jenis bangun cepat. pukul 5 dah bangun. kalau di Malaysia pukul 6am. siap mandikan diorang lalu pergi makan dulu di bawah. makanan di hotel kebanyakannya memang selera orang Malaysia sebab pengunjungnya pun memang ramai dari Malaysia. Siap jumpe orang Malaysia sama kapal pula tu. dari Puncak Alam...excited hari ni sebab nak ke Pasar Baru kan...tempat orang gila shopping. Eh bukan!!bukan orang gila. janji pukul 8.30am tapi Pak Supirnya sampai jam 8.45...sakit juga hati.rupanya daripada kereta Arena bertukar ke kereta Avanza. anaknya pakai kereta katanya.

Di Pasar Baru memang dah tau nak pergi mana...kedai kain sulam Seruni Jaya dan Tja Collection untuk borong telekung.Seruni Jaya tak buka lagi makanya terus ke Tja Collection. Naik atas turun balik pun Seruni Jaya tak buka2 lagi...Aduh...pergi Sir Cinta untuk cari kain sulam tapi mahallah pula...dapat Rp180,000 sepasang. nak borong banyak ni. ambil jugalah 3 pasang kain sulam Rp110,000 sepasang.Suami hantar dulu barang2 ke kereta yang diparkir di tingkat 7.Waktu ni si Amni anak aku dah mula nak buat perangai. minta dokong je.dah belikan jajan,dah belikan minuman pun masih mengada2...Aduh...nasib si Abam n baby ok2 saja...

Turun semula ke lantai 1 mengharapkan Seruni Jaya dah buka.tokenya sedang mengemas. suami dan anaknya sedang makan. makanya aku dapat pecah telur kedai tu...memang murah dan cantik2 designnya..tokenya sangat peramah.berbaloilah shopping di sini. selepas barang wajib dah dapat baru mula cari barang2 sampingan tapi xboleh sangat sebab si Amni dah xok...siap duduk kat lantai dan menangis. geram aku dibuatnya.cuba turun lantai paling bawah kemudian xbeli apa2.cuma dapat thirt bandung untuk budak2 dan fridge magnet.naik ke tingkat 6 untuk rehat di food court dan cari bagasi di tingkat yang sama.aku beli satu beg tangan Rp50,000.itu sahaja aku shopping kat Pasar Baru rupanya. duit Rp masih ada lagi tp xboleh nak shopping.Aduh...

Sebelum balik singgah Amanda(tempat jual kek)...beli 2 jenis kek.pisang bolen dan brownies coklat+keju...sedap...balik bilik pengsan.

Day 4
Bangun sarapan dan lepak2 di lobi hotel...Pak Supir akan ambil pukul 10am...menyesal xsuruh ambil awal sikit, boleh pergi jln Mode tp tengok rupa suami macam xnk layan dah walau hati teringin nk pergi rumah mode, dipendamkan saja. Pak Supir sampai terus ke Kartika Sari untuk borong cookies dan jajan.selepas tu terus ke airport jakarta..dapatlah tengok bandar jakarta dari highway...jadilah.si Amni start berak2 time ni. Suami pon dah penat melayan....dengan aku sekali dia tarik muka n marah. kecil hati aku. dahlah ni kali pertama aku.dia dah masuk ni kali ke3 ke Indonesia. Patutnya dia janagn buat aku hilang mood suka. Aku pun penat juga mengendong si baby Ammar.sampai airport jam 3pm,flight kol 8.30pm lagilah suamiku buat muka dia yang xlaku tu...aku yang stress tapi cuba cool. aku ajak anak2 aku pergi kids zone. seronok aje anak2 aku main kat situ dengan budak2 Indon. sejam selepas itu,baru suami aku datang.hehehe...aku siap lunjur2 kaki dah kat sini...suami aku kata day 2 dan day 3 je yang ok. pada aku pula, semua ok...hahaha...nampak,xcerewet kan aku...janji aku dapat juga berjalan negara orang...


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014