Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, September 27, 2014

Gambar pasport anak2

tadi pergi buat gambar pasport untuk Aziz n Amni...susah pula diorang ni nak ambil gambar. Geram betul. Uncle kedai siap bagi jajan kat diorang...selalu ambil gambar punya senang. Hish geram...ambil gambar ni sebab nk daftar tadika...





Semalam punya cerita...

Semalam pergi sekolah awal semata-mata nak singgah Aidijuma...so sesampai di consept store Aidijuma di Bt. jelutong tu ramai pula nurse2 sedang membelek tudung white label. Aku pun cadang nak beli yang white label je sebab comel2 design dia kali ni tapi banyak yang tak ada tapi yang comel still ada lah...yahuuu sukanya. Tudung white label ni rm10 jek...hehehe...kalau yang balck label ke..green label ke...mahal sikitlah. Bezanya aku rasa dari segi kainnya...yang black label tu lembut sikit kalau white label ni keras sikit tapi yang penting senang pakai dan comel. Aku tak kesah pon. Pekerjanya semua lelaki berbaju hitam sedondon...


First time beli di kedainya...selalu beli di online jek...tapi baru kutahu black label baiklah beli di online sebab di kedai lg mahal. kalau white label ni harga sama di online mahupun di kedainya...selamat ber aidijuma...

sekian dulu ...bye...


Saturday, September 20, 2014

KINDERGARTEN HUNTING...

Tajuk...hehe...

Dalam kesibukan menjaga anak2 dan suami yang belum pulih sepenuhnya...(jagalah sangat ye),minggu cuti sekolah ni dimanfaatkan dengan menjejak beberapa buah tadika untuk anak aku yang berdua. Sudah tiba masanya mereka ke sekolah...mengenal ABC...123 dan berkawan. Aku tak mahu mereka duduk rumah pengasuh lagi. Mahal dan xberbaloi aku rasa...tapi Alhamdulillah juga sepanjang dengan pengasuh tiada perkara buruk berlaku macam yang selalu kita dengar bila anak dihantar ke taska. Beberapa buah tadika yng aku research dan ada yang datang sendiri tanya antaranya Genius Aulad, Little Caliph, Tadika Al Fudhail, Tadika Kemas, Tadika Pasti dan Tadika Integrasi Al Fateh. Itu sahaja

Little Caliph dan Genius Aulad
Litte Caliph aku tanya di FB je. Current monthly fee RM230, annual fee RM800++ depend on age. Will update on this page when we open registration for next year. InshaaAllah...ni lah yang dibalas. Ini yang di Meru...di tempat lain aku tak tahu sebab kalau di Seksyen 13 Shah Alam tu annual fee sahaja 1000 ++.
monthly rm250.Kalau setakat sorang yang nak sekolah bolehlah kan tapi aku cadang nak sekolahkan Aziz dan Amni sekali. Kopak poket kalau macam tu. Lagi satu Little Caliph jauh dari rumah. Genius Aulad pun lebih kurang sama...waktu belajar setakat 8-12 tgh sahaja untuk 200++ tu so memang tidak ada jodoh dengan kedua2 tadika ni walau teringin sangat nak anak sekolah sini,.

Tabika Kemas
Tabika Kemas ni aku dan suami pergi sendiri tanya. Berhampiran rumah ni ada Tabika Kemas. Kebetulan cikgunya ada so tanyalah tapi tiada rezeki juga sebab dah penuh walau di online masih belum tutup tarikh permohonan. Aku cadang kalau dapat, bolehlah transit taska di hadapan tabika tersebut. Jalan kaki pun boleh. Pergi pula Tabika Kemas lagi satu. Agak jauh sikit tapi katanya ada transport. Tabika tersebut ambil budak umur 5 dan 6 tahun sahaja so aku rejectlah walau ada kekosongan. Keputusan nak tahu dapat ke tak tu lambat plus persekitarannya tak menarik langsung pada aku.

PASTI
Pasti ni banyak di area rumah aku ni tapi masalahnya pengambilan untuk umur 5 tahun sesi petanglah pula. Untuk 4 tahun tiada pengambilan untuk tahun depan so xde jodoh juga. Jiran2 sini ramai yang hantar anak ke PASTI ni. Lagipun mereka xbekerja. Bulanan rm60 sahaja. Jimat kan dan mereka kata budak2 senang penerimaan ilmunya di situ,

Tadika Al-Fudhail(since 2000)
Tadika ni pun aku datang sendiri tanya. Persekitaran memang menyeronokkan. Kawasannya luas. Memang aku dah cadang nak masukkan anak2 aku di sini. Masalah di sini pengangkutanlah pula walaupun disediakan transport rm50 sebulan untuk 2 hala dan rm30 untuk sehala. Namun rasa tak yakin pula nak suruh bebudak tu naik van. Ada disediakan transit juga. Memandangkan waktu sekolah 8-4,lebih pukul 4-7 tu dikira transit. rm50 sebulan siap makan dan mandi. rm30 untuk transit sahaja. Masalah kalau transit, tiada disediakan van selepas pukul 4 petang dan ayah dia xsanggup nak ambil.Huhu....makanya carilah tadika lain ye...Bayaran bulanan rm180 dari pukul 8-4 petang. Jadual pun siap diberikan. Annual fee 900++ termasuk uniform+nov+january fee. Kalau masukkan dengan adik dia sekali, untuk adik dapat potongan 700++ untuk annual fee.

Tadika Integrasi Al-Fateh
Tadika ni baru sahaja ditubuhkan...rasanya baru setahun. Baru sangat kan. Guru ada 5 orang. Masa aku datang tu...mereka sedang bersihkan tadika. Kawasan luas+ ada pentas besar di sebelah tadika tersebut. Annual fee termasuk uniform 600++. Monthly rm160 dari pukul 7.45-5 petang. Selepas pukul 5 dikira day care sekejap. Aku cadang nak masukkan anak2 aku di sini memandangkan tadikanya pun tak jauh dari rumah. Pagi aku boleh hantar dan balik nanti ayah dia boleh ambil. Ayah dia pun dah menunjukkan tanda setuju. Borang pendaftaran aku dah ambil cuma perlu sediakan 4 keping gambar berukuran pasport untuk setiap anak. Bilalah nak ambil gambar bebudak ni...aku harap ini pilihan yang betul dan bijak...hehehe...kita tengok progressnya nanti ye. Mama yang feeling excited anak nak masuk sekolah...


***aku tulis ++ tu sebab aku malas nak ambil kertas catatan yang diberikan.



sekian dulu...bye...


MENGANDUNG LAGI????

Bila aku tau aku mengandung lagi untuk anak ke 4 sedangkan anak ke 3 aku baru masuk 10 bulan aku menangis...lagi2 bila tahu kandungan aku dah 21 minggu????huhu....sungguh aku tak sangka selama ni aku mengandung rupanya,Mual semasa bersahur sebelum ni rupanya petanda bahawa aku sedang mengandung. aku menangis bukan aku tak suka tapi aku memikirkan anak aku yang ke 3, kepenatan, sakit bersalin dan macam2 lagi...Aku siap salahkan si suami lagi sebab melanggar peraturan...huhu.Namun minda kena positif...xmahu stress2. Ini semua rezeki Allah nak beri. In Sya Allah ada hikmah di sebaliknya....mak aku aritu ada offer nak jaga Ammar masa aku berpantang nanti tapi tengoklah dulu, Takut aku yang kerinduan nanti.


First check up di UMRA, Shah Alam...



sekian dulu...bye...


AJ lagi...

Bilalah tabiat boros shopping aku ni nak henti ek...2 minggu lepas aku menambah koleksi tudung AJ aku yang xseberapa banyak tu. Kekadang best juga pakai bawal ni...kali ni aku pilih army dengan reben...cantik sesangat tapi bila aku yang pakai...xtaulah cantik ke tidak...jadi biasa je cuma ada kengkawan puji kata nampak muda...wahahaha...

welcome to my gerobok...




sekian dulu...bye...


HAPPY BIRTHDAY AISYAH AMNI...

Kesian anak2 kami...kami belum sempat nak buat birthday anak2 dengan sepupu2 diorang. 17 hb aritu selepas hantar suami pergi follow up kat KPJ, si suami ajak beli kek untuk amni...aritu kan birthday dia yang ke 3 tahun. Selepas makan berdua di food court Tesco...kami beli kek untuk Amni di KING. Kecil comel je untuk budak comel tu...Aziz len kali ye...cian...


 
Happy birthday Aisyah Amni yang comel...yang baik...yang bijak...huhu...mereka ni memang suka makan kek terutamanya si abang tu. Amni panggil abang dia Abam...hehe...setakat ni sorang ni perempuan tapi muka bercalar2...sebab nakal dan suka mengusik abang dia tu. Abang dia kalau dah marah bukan kira, Moga anak2ku ini menjadi penyejuk hati kami sekeluarga...menjadi anak yang soleh dan solehah...amin...



sekian dulu...bye...

suamiku jatuh motorsikal...

Cerita ni dah seminggu lebih cuma baru nak post...Em...9/09 pukul 11.30 pagi jiran aku Kak Ija whatsapp aku kata zaki excident. Menangis terus aku masa tu. Menurut dia, Zaki tak bagi beritahu aku  tapi dia tetap beritahu sebab aku isteri kan. Huhu melampau betul suami aku tu. Em jatuhnya pukul 7.30 pagi on the way pergi kerja katanya. Nasib kawan dia nampak.

Ambulans bawa ke Hospital Klang...Selepas letak telefon, terus aku telefon suami dan aku menangis lagi. Mana tak terkejut...inilah pertama kali sejak kami kahwin suami aku mengalami excident macam ni. Aku memang berterima kasih dengan rakan-rakan pejabatnya yang menghulur bantuan masa suami aku dalam kesusahan terutamanya Kak Naz yang merupakan bos lama dia. Dalam hati dah meronta-ronta nak tengok suami di wad kecemasan tapi apakan daya, hari itu pengasuh minta cuti...anaknya masuk hospital. Terpaksa aku jaga anak aku yang bertiga tu...aku beritahu keluarganya dan kakak dia di Pulau Indah menjenguk di wad. Alhamdulillah ada yang dekat. Kak Mah siap send gambar dalam whatsapp.


Petangnya suami aku minta tukar ke KPJ. Rakan pejabat dia yang uruskan pemindahan semuanya. Alhamdulillah, Aku nekad ajak jiran aku pergi tengok tetapi adik ipar aku Nik mesej supaya tunggu dia dan kami pergi sekali ke wad kecemasan di KPJ. Keadaan lebih baik dari di Hospital Klang. Suami aku sudah baring dan ditukarkan baju. Mak, Nik dan suami, Dik Lan dan isteri...terima kasih banyak-banyak sebab ada di samping sewaktu keadaan suami macam tu. Nasib keluarganya dekat untuk mengadu, Alhamdulillah Ya Allah Kau telah selamatkan suamiku...bersyukur sesangat suami tidak ada apa-apa yang serius cuma tangan kanannya langsung tidak boleh gerak. Menurut doktor patah belakang jari kelingking.





Hari esoknya aku minta keluar awal dari sekolah untuk melawat suami. Cadangnya boleh keluar tetapi atas masalah GL...suami dapat keluar keesokannya pula. Rakan-rakan pejabatnya ada datang melawat. Alhamdulillah...Aku ambil suamiku keesokannya selepas waktu sekolah pukul 1 tengah hari. Alhamdulillah tak payah operate katanya tapi kena pakai simen tu untuk tempoh 2 minggu. Malamnya jiran aku Iza datang...




Hari Sabtu kakak ipar sekeluarga datang...hari Ahad pula mak aku dan Along datang sehingga hari Selasa...Terharu aku. Memang penat aku jaga budak bertiga ni dengan perut aku macam ni. Termengah-mengah aku dibuatnya...Nasiblah cuti sekolah seminggu. Emak aku balik aje, abang ipar dan isteri datang...Alhamdulillah tak putus saudara datang melawat suami...Syukur...

17/09 - Hantar suami follow up di KPJ...Dr Sim cakap 24 hb nanti bolehlah bukak...dan appoinment dengan fisioterapi. Oklah tu...setakat ni suami aku dah boleh gerak tangan kanan...tapi tak boleh pusing2 sangat. Masih sakit katanya.

18/09- Bapak dan mak suami datang melawat tapi sekejap aje...hihi. Kira bertuahlah tu sebab bapak memang susah nak diajak ke mana-mana.hihi...

Hope suami akan kembali pulih seperti sedia kala...cadang nak beli kereta kedua untuk kegunaan selepas ini. Rasanya tak nak dah suruh suami bawa motor pergi kerja. Dia bawa bukan pandai nak perlahan...sebab lajulah tu dia excident.



Bye...



Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014