Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, November 30, 2013

Menjejak Anggun Zara

Kenal ke Anggun Zara...em. Sesiapa yang xtahu, Anggun Zara ni blogshop yang jual pelbagai jenis shawl...macam Radiusite, Al Humaira, Terbaik dari ladang dan seangkatan dengannya...so aritu aku ada beli 2 helai shawl dari Anggun Zara ni...material yang sangat best, mudah dipakai, besar, panjang...boleh digayakan dengan macam2 gaya...oklah sangat. aku yang baru berjinak2 nak bershawl ni pun boleh pakai dengan mudahnya...


inilah 2 helai shawl yang aku beli...warna black dan dusty grey...nama tudung ni elle...so sambung cerita...dlm fb Anggun Zara ni kata ada pembukaan butiknya di seksyen 7 hari ni, so aku yang belum habis pantang ni pun menggedik ajak si abang...maka terjah lah ke butik ni. time aku pergi xramai orang...aku sempatlah rembat selai shawl corak love kecik2...apa yang besnya...layanan ok (siap buat tutorial)...ada goodies bag best (dapat shawl free yang best jugak) n ada disediakan makan2...xrugi pun pergi...walaupun terpaksa pergi sesorang jek...kalau ada geng lg best rasanya...sebelum pergi Anggun Zara aku menjengah jualan member`s card Ariani.walau dah harga member pun still mahal jugak..aku pun blah...xde kad pun. ingat nak buat tp xjadilah...xminat sangat pun...hehehe..minat nak tgk Wardina jek...



yang biru dan bunga tu dari dalam goodies bag...yg love shawl tu aku beli...rm35 jek...hehe...balik terus try dan sangat best...




Sesiapa nak beli online boleh beli kat sini



No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014