Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, May 23, 2015

souvenir dari London

Semalam dapat souvenir dari London daripada seorang rakan kerja. Semua orang pun dapat. Kak Saniyah ke London sempena convocation anak dia. Alhamdulillah merasa juga souvenir dari London...kalau nak sampai tak tahu bila. Rasa macam nak pakai handbag Harrods lah...sebab dari London. Berangan ko lelebih sangat ni!!



Monday, May 18, 2015

Selamat Hari Guru

Alhamdulillah...berakhir sudah sambutan hari guru. Tak sangka hampir tujuh tahun aku bergelar guru. Siang tadi sambutan di sekolah. Semalam kami makan di Holiday In Glenmarie lagi tapi aku rasa tak berapa mewah makanannya macam tahun lepas.



Siang tadi banyak acara di sekolah sampaikan tak cukup masa nak settlekan persembahan murid dan guru sebab nak beri laluan pada persembahan badut. Ini gambar sekitar sambutan di sekolah pula.



Penyerahan sijil SKK (sekolah kluster kecemerlangan) kepada semua guru.

Diserikan dengan persembahan murid
Persembahan guru pula dan hanya persembahan guru tahun 3 yang sempatnya...sebab kesuntukan masa. Kami punya bakat terpendam terpaksa dipendamkan. Hehehehe...

Hadiah yang aku dapat...banyak juga coklat...


Sekian dulu...Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia...moga kita jadi guru yang baik.




Monday, May 11, 2015

Putera puteriku tersayang@azizamniammaraniq

Nak update cerita anak-anak aku di tadika.
 So far diorang ni rajin buat homework. Tak payah aku tanya, balik je kerja mesti si abang akan buka beg dan kata dia ada homework. Homework Teacher Inalah, Teacher Rozilah, Teacher Nurullah...Dia dah kenal nama-nama guru dia oklah tu kan. Kalau tak dia kenal Teacher Ina je sebab Teacher Ina tu garang dan guru besar kat situ. Since ada FB tadika anak aku dapatlah aku tengok gambar-gambar mereka dalam tu. Aku save dan bolehlah tunjuk pada mereka nanti. Rajin juga cikgu dia update. Terima kasih cikgu. Memang susah nak handle budak-budak ni tau. Macam-macam karenah diorang ni. Macam aku ngajar tahun 1 lah dan mungkin lagi cabaran nak handle budak pra sekolah ni. Ni ada sedikit gambar anak-anak aku di tadika. Suka aku tengok. Ada perubahan dah abang. Si kakak masih banyak main. Mungkin baru empat tahun. Biar dulu, tengok tahun depan macam mana.



Ni masa smart solat...







Ni masa program We Love Teeth. Happy betul Aziz siap dapat berus dan ubat gigi percuma.


Ni Amni..exam baru-baru ni. Kenapa ada kerusi sebelah tu ye? Aku agak mesti teacher dia datang bantu. Masa ni Aziz cuti sebab chicken pox tu.



Sunday, May 10, 2015

Aziz kena chicken pox

Ni nak cerita pasal Aziz kena chicken pox pada 20-24 April hari tu. Memang menduga kami sungguhlah. Bukan apa, kesian tengok dia tergaru-garu. Bila tidur malam tak lena. Minggu tu pula dia exam so tak dapatlah dia ke sekolah. Mr Z cuti 3 hari, aku cuti 2 hari. Ubat dia kami cuma habiskan antibiotik klinik beri dan sapu lotion je. Alhamdulillah...seminggu baik dah. Nasib tak berjangkit pada adik-adik dia. Memang aku marah kalau dia dekat-dekat dengan adik dia.



Hari ni pula kami berjemaah ke klinik sebab aku dan anak-anak selsema dan batuk. Paling teruk Ammar dan baby Aniqlah. Dah berminggu selsema dan batuk. Kesian aku. Aku just selsema je hari ni dan nak dapatkan ubat selsema. Kakak Amni pun baru hari ni nampak dia selsema dan asyik batuk je dari pagi tadi.

Alahai anak...kamu semua ni memang ikut mamalah spesis mudah selsema ni...


Jubah aryana@Jubahsouq

Fuhh lama sungguh tak menulis di sini tapi banyak menulis di tempat lain. Tiup-tiup sawang yang bermaharajalela dulu. Fuh...fuh!!...

Banyak nak cerita sebenarnya tapi semuanya dah terlepas jauh. Nak cerita hari sukan anak aku...kisah chicken pox Aziz, sukan sekolah aku lagi...macam-macam tapi apakan daya malas campur kurang masa nak ngadap blog ni menjadikan blog in terpinggir sekejap.

Nak cerita aku Sekarang suka sangat berjubah. Seronok sangat bila dapat pakai jubah...rasa muslimah terlebih sikit. so semalam aku ada grab jubah aryana from Jubahsouq. Aku pergi sendiri butiknya di seksyen 7. Siap join jubahsouqlovers di FB. Material jubah aryana ni dull satin. Aku yang tak minat pakai satin ni pun tergoda bila pakai jubah ni. Satin dia jenis tak melekat di badan. Cuba punya cuba, aku grab 2 helai terus sebab sale kan...huhu. Rabak duit aku bulan ni. Aku tunjuk Mr Z...dia kata ok jek. Banyak design lain sebenarnya aku try dekat situ tapi macam tak kena...jubah aryana juga ngam dengan aku. Mungkin nama kami sama kot.He he...Ada rezeki nak grab warna lain pula. Kali ni aku ambil emerald dan Palestine. Esok jubah dari Zuzasdotes aku sampai kot. Tengok...pergi butik pun ye...online shopping pun ye.Huhu...

Tenang je shopping semalam. Aku baca dekat IG diorang, Grand opening dekat Shah Alam ni 8 hari bulan tu siap kena ambil angka giliran dan dah tentu-tentu ramai orang. Ada makan-makan lagi kan...Sale dilanjutkan sehingga hari ni. Aku pergi semalam lengang he. Nasib warna dan saiz aku ada. 

Ok...dah tak payah mimpi-mimpi lagi..kalau tak hari-hari buka IG Jubahsouq...dah beli pun. Feeling happy yo...





Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014