Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, February 27, 2015

AJ Black label

Kata tak nak beli tudung lagi kan tapi aku kalah dengan tudung aidijuma@aj. Aku bukanlah fanatik sangat sebenarnya tapi disebabkan design kali ni sangat memikat kalbu, akhirnya aku tertewas dengan nafsu boros. Amboi ayat...hari ni jam 10am aku dah ngadap hp tunggu Aj release tudung baru. Namun dekat sejam tak dapat habiskan transaksi. Punyalah slow web tersebut. Dengan aku tersalah pilih payment method...em akhirnya dapat beli pink label sakura dengan ester je. Bila refresh, black label dah sold out. Em...terpaksalah beli dengan seorang adik di FB dengan upah beratur. Katanya beratur dari pukul 6.30pagi. Oh tidaklah aku sanggup buat macam tu. Akhirnya aku dapat juga memiliki 2 design black label seperti di bawah...suka-suka.



Nama skirt ni twist & wear maksudnya boleh guna luar dan dalam. Aku pilih lilac lace. Oh sangat cantik! Dah dapat pun. Cepat kan, semalam order hari ni dah sampai depan pagar rumah...he he dan duit pun menyusut. Padan muka...

Aku beli AJ love in Paris tone ni sekali dengan skirt di Blossomboxstore...release semalam pukul 11pagi di online. Dapat beli sebab tak jem sangat macam web AJ..

Rasanya tudung AJ ni dah jadi fenomena. Dekat IG, group FB sakan bercerita. Hari ni je di semua concept store orang dah beratur panjang nak beli sejak pagi lagi. Aku belum lagi pernah buat. Ada yang bawa anak beratur sekali pun ada.

Segala update dari pihak Aj boleh tengok dekat IG:





Tuesday, February 24, 2015

Resepi overnight oat #misidiet2015

Untuk menu #misidiet aku seterusnya, pagi ni aku bersarapan overnight oat. Padahal dari tahun lepas lagi makanan ni dah popular tapi aku baru tahu kan...nampak sang at sebelum ni kurang mengendahkan makanan-makanan sihat macam ni kan. Ok resepi aku ni mudah sangat-sangat dan versi diet. Hehehe. Resepi asal letak susu aku tak letak pun. Ok mari lihat resepi di bawah. Buat malam, esoknya boleh makan.

Bahan-bahan
Oat ( ikut suka banyak mana)
Yogurt (low fat-berperisa@tak)
Madu (optional)
Buah-buahan (ikut suka)
Air (orang lain letak susu)

Cara-cara:
- masukkan oat, masukkan yogurt...selang selikan sehingga suku bekas. Kemudian letak madu sikit dan curah air. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk. Buah- buahan tu potong dadu...nak diet so aku guna epal hijau aje. Buah-buahan tu seeloknya masa nak makan baru masukkan.

Sebatikan dulu baru makan...memang rasanya mengancam. Mulai Sekarang, I love oat.

Aku pakai shaker je...itu je yang ada. Lagipun lagi senang nak sebatikan...just shake je. Orang lain pakai jar. Nampak cantiklah.





Monday, February 23, 2015

On diet 2015

OK...ni hari kedua aku on diet. Harap-harap boleh istiqamahlah kan. Memang kena kuruskan badan ni sebab dah gemuk sang at. Dalam pantang pun turun 11kg lepas tu statik tak turun-turun dah. Itupun ke berat asal sebelum mengandung. Obesiti tahap 2 ko...amik!!Dengan penuh keinsafan...sebab sayang keluargalah nak diet ni. Ada juga yang cakap, takpe gemuk janji sihat. Kalau dah gemuk nak sihat apanya ye tak. Darah tinggi, diabetes, penyakit jantung singgah dengan mudah je. Nak jalan pun tak berapa nak larat. Nak bergaya pun macam tak berapa nak cantik. So untuk permulaan, ini menu lunch aku.

Sayur brokoli+ayam+lada Hiram+garam+kukus

Minum air putih+3 liter ( setakat ni baru Berjaya 2 liter )

Untuk breakfast...aku makan oat+madu sikit. Banyak juga aku dah cari resepi oat ni. Banyak rupanya resepi oat ni. 



Hope aku Berjaya kurus...


Thursday, February 19, 2015

Jalan-jalan shopping CNY

Dekat fb, dekat WhatsApp memasing update balik kampung. Bestnyalah ye. Aku baru lepas balik kampung, kalau tak nak balik juga. Pagi tadi ajak Z pergi IKEA tapi dia tak nak siap bebelkan aku kata ramai oranglah, pergi weekdays ajelah. Dia ni cakap tak pikir pun. Sedih aku tetiba. Yang paling sedih cepat betul dia bantah dan tinggikan suara. Aku diam je dan terus masuk bilik. Bukan aku minta duit dia pun beli barang. Ligat kepala otak aku pikir nak pergi mana. Kali ni kena bawa baby Aniq. Boleh keluar lama sikit. Yang bertiga tu sedang tidur. Tak ada sibuk nak ikut. Siap-siap mandi aku keluar bawa kereta baru@first time ni. 

Nasib baik baby Aniq sangat behave...ni dekat Setia City Mall. Tak ramai orang pun mungkin sebab CNY.

Shopping d Watson


Di Daiso tak tahu nak beli apa...sesaje masuk.

Pergi cs Bukit Jelutong. Rak dah kosong. Ini je yang ada. Merasa juga Wl love baru. 



#Best jugalah bawa Axia ni. Rase tinggi sikit cuma berbanding Saga best Saga lagi kot. Namanya pun kereta compact. Ingin juga merasa bawa kereta import. Mungkin suatu hari nanti.






Tuesday, February 17, 2015

My new car

Semalam petang Z balik awal nak pergi ambil kereta sebab dah sampai. Yahuuu...em kereta Produa Axia je. Itu pun 4 bulan tunggu order baru sampai wei. Huhu agaknya kalau aku beli kereta mahal, cepatlah kot sampainya. Den tak mampu lagi. Ini pun dah bersyukur boleh bawa pergi kerja hari-hari. Sebenarnya bukan nak sangat beli kereta tapi disebabkan tuntutan keadaan sekarang.  Buat apa nak tambah hutang yang sedia ada kan?

Tunggu Z settle dengan Jinggo si salesman.

Siapa yang memandu ni?

Sementara menunggu, sempat mama dan Ammar berselfie dulu with my bokitta hijab the first n last Bokitta. Hihi sebab mahal.


Akhirnya, buat kali pertama parking dengan selesanya sebab dah bertuan. Nampak si merah itu? Sian dia. Aku pula yang sayu. Banyak berjasa tu...Nanti aku besarkan pagar bolehlah kamu berdua lepak bersama ye. Borak- borak bagi tak boring ye. Si merah jangan sedih-sedih ye. Tengah kumpul duit ni. Alhamdulillah sebab akhirnya dah ada kereta sendiri. Moga dipermudahkan untuk besarkan pagar untuk masa akan datang.







Saturday, February 14, 2015

Our lunch-steamboat homemade

Bersiaran dari rumah mertuaku di Sg.Tengi. Kami sampai maghrib tadi. Waktu ni aku dalam bilik dah dengan baby Aniq. Dekat luar tu Ammar sahaja yang belum tidur. Menangis aje dia. Dugaan untuk kami...Ammar sejak demam dan selsema lama ni agak sensitif, kuat nangis dan tak boleh bersendirian. Ni aku sedih dengar dia nangis. Mungkin tak selesa sebab selsema dan batuk tu kan. 

Mama telah alaminya lebih dulu sayang...sabarlah...em, aku dah start bagi antibiotic kepada Ammar dan Amni sebab memang lama sangat ni mereka selsema dan demam. Kesian pula. Tadi dapat petua daripada adik ipar, diorang amalkan air beras perang untuk pulih demam dan sebagainya. Boleh cuba ni. 


Berbalik tengah hari tadi, suami rajin nak buat steamboat. Memang rajin dan banyak kali sudah dia buat. Lebih best steamboat di rumah dari di luar tu. Serious aku tak bohong. Kena try tau. Sedap pun sedap...bebas melayan anak makan. Tak kesah anak nak bermain sudu, tertumpah kuah ke...boleh buat ikut kuantiti kita nak.

Chef Z 




Esok keluarga Z nak buat BBQ...Rajin diorang ni buat makan-makan macam ni. Sempena birthday Akif dan Humaira juga.

Friday, February 13, 2015

Progress Abang@Aziz

Aku suka sebab Aziz dah boleh sebut apa yang dia belajar di sekolah. Hari ni dapat aku rakam dia nyanyi lagu Rukun Iman. Aku risau Aziz tak dapat apa-apa semasa di sekolah sebab cikgu-cikgu dia cakap dia ni pendiam...tak nak buka mulut pun. Samalah dengan Amni adik dia tu tapi alhamdulillah, masuk bulan 2 ni nampaknya ada sedikit perubahan. Aziz dah mula berzikir dan nyanyi lagu Rukun Iman. Hari ni dia cakap dia belajar doa masuk tandas.

 Sebelum ni kalau tanya belajar apa mesti jawabnya tak belajar apa-apa. Makan apa di sekolah mesti jawabnya tak makan apa-apa. Kalau di rumah dialah hero tapi kalau dengan orang luar susahnya la hai nak bukak mulut. Kalau makcik-makcik dia tanya pun macamtu, tak adanya dia nak jawab. Sengih je lah...

Ni video ketiga...aku suruh ''abang nyanyi kuat sikit''


Ni video kedua

Video ketiga paling ok...video pertama dan kedua suara tak keluar. Video kedua aksi tangan je lebih, suara halus beno. Mama doakan Abang mudah faham dan ingat apa cikgu ajar. Begitu juga dengan Amni...

Hari ni Amni tak ke sekolah akibat buat perangai pepagi tadi. Anak aku yang sorang ni memang tak boleh ditegur. Kita tegur, dimarahnya kita balik. Hari ni melepek je lah dia dekat rumah. Sebenarnya dia ni pun kurang sihat macam Ammar. Batuk dan selsema budak berdua ni tak baik-baik lagi.

Diy Project brooch cincin

Kesahnya aku nak pakai brooch cincin dekat tudung bawal aku ala-ala gaya makcik- makcik tapi aku tak jumpalah pula tempat orang jual sama ada offline atau online. Cantik-cantik aku tengok tapi orang seberang yang jual. Terpikir pula nak diy aje sebab ada jumpa satu blogshop ni jual barang-barang kraf macam ni. Dekat sini aku beli benda-benda yang diperlukan.

www.megatdincrystal.com/shop/


Buat dalam bilik takut Ammar kacau. Kejap aje buatnya pun...hehehe


Hah dah jadi pun...


Xde gam tembak-tembak tu...aku pakai je gam ni, lekatan yang kuat. Saya beri 5 bintang. Esok boleh pakai brooch baharu.
















Sunday, February 1, 2015

Ammar demam

Ammar  tak sihat masuk hari ni dah seminggu dah. Lamanya kali ni. Ni pun belum pulih sepenuhnya. Hari pertama hingga kelima demamnya turun naik. Paling tinggi 41°c. Hari kedua pergi klinik doktor kata chicken pox sebab tanda biji-biji di badan Ammar. Ok dengar macam tu lagi gerun. Takut berjangkit dengan yang lain terutama baby Aniq.


Disebabkan demam Ammar tak kebah juga, kami bawa lagi Ammar ke klinik. Check semua ok. Doktor yang ni pula cakap bukan chicken pox tapi fungus je. Tak tahulah yang mana satu. Biji- biji tu macam chicken pox, berair kemudian jadi kudis. Sikit je adanya kat badan Ammar. Ada banyak pun dekat celah peha sebab lembap kan. Tempat lain tak ada sangat. Ke blister tu sembunyi...huhu

Untuk demam...aku cuma basahkan kepala dan ketiak je sebab takut gatal pula badan dia yang berbiji tu kalau lembap. Basahkan dengan air asam jawa pun aku ada buat. Untuk selsema, ubat titik dan kunyit (gosok kat anak lesung+minyak) sapu dekat batang hidung sambil beri ubat klinik.

Sapu dengan calamine....

Hari keenam demam Ammar dah kebah so aku tak bagilah antibiotik doktor bagi masa hari kelima tu. Cumanya sekarang ni selsema tak baik-baik lagi. Tambah pula semalam start batuk-batuk sampai muntah. Aduh pening!

Anak-anak tak sihat ni memang merisaukan hati. Kasihan tengok budak kecil-kecil kena tanggung sakit. Perangai Ammar pula sekarang ni asyik merengek dan nak nangis je. Harap-harap minggu ni baiklah sebab nak balik kampung Johor...

Nak meleset je kerjanya... Tu kain batik mama dialah tu.





Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014