Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, July 31, 2016

Starbuck vs Zawaracoffee

Ok...aku ni suka sangat minum ice blended tau. Aku memang suka pergi Zawaracoffee...sebulan sekali mesti rasa nak pergi walau mahal mencekik leher...pada akulah mahal...orang lain tak tahulah. Rasanya dah 4 kali kot pergi sana take away sebab tak ada kawan nak duduk makan minum di situ. Aku dah try chocolate macadamia frappes, green tea latte frappes, flat white...green tea latte frappes aku dah ulang beli kali kedua. Makanan pula aku dah try spaghetti thai beef, midnight chocolate mille crepe, churros with butterscotch, churros with chocolate, scallop & clam chowder dan nutella choc toast. Ikutkan menu macam banyak kali dah aku pergi beli...Hehehe...air frappe semua rm 12. Harga lain-lain boleh refer laman web zawaracoffee sendiri ye...

Bila order di kaunter, dia akan bagi buzle ni untuk pegang. Bila buzle ni bunyi tandanya order kita dah siap, bolehlah ambil di kaunter ye. Layan diri saja di Zawara ni.


Minggu lepas pula aku teringin nk minum starbuck. Boikotlah...okey...okey...aku memang boikot itu sebablah ini yang pertama dan terakhir aku beli. Memang sedap...aku drive thru je. Tak tahu nak order mana satu aku google tengok orang-orang order yang mana satu? So aku decide order Javachip...dengan comfident aku order macam biasa order je...dia suruh try perasa baru mango dan strawbery tapi aku tak nak...Harga air je dah rm18 termasuk gst.


sekian...


P/s: teringin nak kacang pool..tengok wallet...sedih...ptptn dah start potong gaji kot nanti.



Saturday, July 30, 2016

Gadget baharu di dapurku...

Memperkenalkan gadget baharu di dapurku...hehe periuk noxxa dari Amway. Akhirnya aku dapat memilikinya dengan harga RM 700. Beli dengan wife kawan sekerja. Gigih kumpul duit ni nak beli benda ni. Beli bulan Julai dapat free dish rack tapi aku tak pasang lagi dish rack tu. Masakan pertama guna periuk tu ialah masak nasi impit kemudian nasi ayam kemudian goreng tempe dalam tu sebab gas habis kemudian nasi goreng cina...dalam tempoh seminggu je tu...sebab Jumaat lepas baharu dapat. Hehehe nampak kegigihan di situ apabila menggunakan periuk noxxa...





Nasi goreng cina yang sedap sangat kata Aziz...esoknya aku buat lagi...hehe...bertambah-tambah mereka makan...


Hari Raya Aidilfitri anak-anak di tadika dan taska.

Anak-anak aku beraya di tadika dan taska. Macam abang dan kakak baru lepas buat Jumaat lepas...Ammar dan Aniq pula Jumaat minggu sebelumnya...aku bawakan kuih raya choclate chip untuk abang. Untuk Ammar dan Aniq aku bawakan nuget dan kuih raya je. Emaknya tak ada masa nak masak-masak. Lagipun bilangan budak tak ramai dan memang ada juadah tadika dan taska sediakan tapi yang seronoknya buat pertama kalinya si kakak menang pertandingan mewarna. Tempat pertama pula tu. Layan gambar je lah...








sekian...








Open house...makan apa ye?

Lama sungguh tak bersiaran kan...almaklumlah musim raya,banyak makan. Bila dah banyak makan...jadi malas. Bila dah malas memang tak bertulis lah jawabnya. Berhabuk, berdebu semua ni. Lagi satu, bila hadap screen hp atau komputer mesti nak buka laman web dramacool atau dramago. Banyak sangat cerita Korea baharu-baharu tau. Sekarang tengah layan cerita Doctors dan Two World. Drama Two World tu memang lain dari yang lainlah...tak sangka kita boleh masuk dalam komik. Eh, melalut sampai ke cerita Korea pula dah!

Berbalik tentang juadah hari rayalah pula. Minggu lepas hari Ahad, aku ada jugalah buat open house kecil-kecil jemput kawan-kawan aku dan Zaki pun ada jemput kawan-kawan dia yang berdekatan. Menu apa aku masak? Aku masak nasi ayam, nasi impit dan kuah kacang aku beli di Sate Kajang Hj Samuri di PKNS. Kuih nona manis macam biasa aku order dengan Kak Mila. Ni ada sikit gambar aku ambil buat kenang-kenangan orang kata...







Ni pula cerita raya taman aku. Tahun lepas, kami beraya rumah ke rumah setiap malam. Tahun ni kami beraya sekali. Tempah khemah, pa sistem bagai. Juadah bbq kambing dan ayam. Setiap rumah dialu-alukan bawa juadah. Tengok sahaja list yang dibuat di whatsapp ni...



Banyak sangat makanan sampai akhir sesi tu mak-mak ni buat sesi bungkus-membungkus pula. Memang happening dan yang tak tahan tu,ada sesi pengenalan keluarga...buat pertama kalinya aku dengar Mr Z bercakap guna mic. Nama saya Mohd Zaki asal Selangor, ini isteri saya bernama Aryana...bla...bla...sangat skema okey...Hehehe...palinv banyak aku makan rasanya kuaci dan minum jus mangga...Terbaik sangat...perut aku masih kenyang juga ni sebab siangnya potluck di sekolah...aduhai jalan merangkak lepas ni...ni ada juga gambar sebagai kenang-kenangan...



sekian raya...raya...







Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014