Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, June 14, 2015

Menjelang Ramadhan

Tak sangka Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. Harap-harap Ramadhan kali ni lebih membuatkan aku lebih sabar, lebih beribadat dan berjaya melawan nafsu jahat. Sebelum Ramadhan menjelma ni aku sempatlah balik kampung hantar buah kurma. Mr Z belanja...beli kurma setiap tahun di Mahnaz food cuma kali ni Mr Z nak belanja kurma Ajwa. Rasanya kurma ni paling mahal kot. Harganya sekilo 90-100 ringgit. Setahun sekali kata Mr Z. Tak apa kan...dia kan baru dapat bonus. Dekat mana-mana pun sekarang barang dah naik kan sebab gst begitu juga dengan barang-barang di Mahnaz food Shah Alam ni. 

Sebab beli banyak dapatlah sekilo 85 ringgit. Macam biasa bila pergi Mahnaz, ada je yang lain nak dibeli.

Kismis ni rm10.60 ( sebelum ni rm10)

Barley peanut candy rm21.20 ( sebelum ni rm20)

Aprikot ni Mr Z rajin beli harganya rm21.20 (sebelum ni tak ingatlah pula )

Ramadhan ni selalu dikaitkan dengan amalan baca Quran dan in syaAllah tahun ni aku nak lebih mendekatkan diri dengan Quran. Sebelum ni segan-segan  je nak dekat. Sebenarnya kan...bila difikir-fikirkan, baca Quran tak susah mana. Sebabnya selain Quran tu sendiri, kita boleh guna smart phone (kena install lah) tapi tu pun masih malas lagi. Aku tak cakap orang lain tapi aku ni. Kalau alasan penat jaga anak (akulah tu)...boleh je apa sebelum tidur tu baca sekurang-kurangnya 10 baris ayat tapi tu lah aku, lebih sayangkan tidur. Jangan nanti Allah tarik nikmat boleh baca Quran sudah.

Untuk tahun ni, insya Allah semoga Allah permudahkan urusan aku sepanjang Ramadhan dan dapat aku menunaikan ibadah puasa dengan sempurna di samping ibadah lain dengan lebih istiqamah. Semoga juga Allah tetapkan hari aku dan mengawal nafsu amarah.


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN, KELUARGA DAN SELURUH UMAT ISLAM...






Tuesday, June 2, 2015

Drama Korea:Who Are You:School 2015

Korea!!Ada je cerita best...ni aku nak suruh semua tengok cerita bebudak sekolah dalam drama Who Are You. Aku tengok dari first episode n still ongoing. Dekat web pun masih ongoing lagi. Tak sabar aku nak tahu penghujung cerita ni. Cerita budak sekolah tapi penuh warna-warni. Ada persahabatan,misteri,percintaan,kasih-sayang ibu bapa,kisah guru...macam-macamlah. Aku rasa berbaloi tengok cerita ni.

Aku cerita sikit ye...mengisahkan tentang kembar Go Eun Byeol dan Lee Eun Bi yang terpisah. Eun Byeol dijaga oleh ibu tunggal sementara Eun Bi dijaga di rumah kebajikan. Dua watak yang berbeza. Seorang daripadanya selalu dibuli di sekolah sementara seorang lagi popular dan arrogant. 

Watak berkembang apabila Eun Bi ingin bunuh diri tetapi diselamatkan Eun Byeol. Eun Byeol dikatakan mati tetapi sebenarnya tidak. Eun Bi menyamar menjadi Eun Byeol. Ada misteri di sebalik kehilangan Eun Byeol.

Apa misteri tersebut?Aku pun tak tahu sebab belum habis...ok sesiapa yang minat cerita Korea jom tengok cerita ni sama-sama-KBS world jam 9 malam setiap hari Isnin dan Selasa. Kalau nak tengok dari mula boleh tengok dekat Dramago.Sesiapa yang tak tahan nak tahu next episode macam aku pun boleh tengok dekat web tu...huhu.





Gambar google images...


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014