Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Thursday, April 2, 2015

Member sekolah tinggalkan jejak di blog picisan ini.

Tak sangka kawan-kawan sekolah boleh baca blog tak semenggah ni rupanya. Mungkin segalanya bermula di sini.



Dari sinilah rasanya mereka mengenali blog ni. Bagi kak hana dan kak umi memang pernah baca dah blog aku. Mereka yang terawal tahu. Rasa seronok lagi bila ada rakan yang tinggalkan jejak. He he...





Tq uolls...



Back to school...

Ok kembali bersiaran...lama tak update cite kan. Apakan daya...banyak kerja campur malas lagi. Malas tu yang utama. Masuk-masuk sekolah je aku dah start gear 3. Tak ada nak slow walk. Masuk sekolah je dah menerima sedikit pembaharuan dengan pentadbiran yang baru sebab guru besar baru dan title sekolah  kluster kecemerlangan yang baru diterima so sedikit sebanyak ada pembaharuan di sekolah. Awal-awal ni macam kurang sangat dapat borak-borak dengan kawan-kawan mungkin kekangan masa. 

Bab sekolah tu kita tinggalkanlah ye. Sekolah mana-mana pun sibuk dengan agenda masing-masing dan tak akan pernah habis. Cuti pun cikgu-cikgu datang tau. Dengan kelas tambahannyalah...dengan keceriaan kelaslah. Ok-ok kita tinggalkan cerita sekolah dulu.

Bermula sekolah maka bermulalah breastfeeding journey aku untuk baby Aniq. Sesi perah-memerah setiap hari. Bergantung sepenuhnya dengan breast pump medela harmony tu. Setakat ni Aniq dah 3 bulan lebih masih exclusive... Alhamdulillah.Harap-harap dapatlah bertahan agak lama. 

Untuk bawa Taska...sebelum ni letak 6 botol selalu berlebih. Sekarang letak 4 botol dah memadai. Tu pun kadang-kadang lebih sebotol.

Susunan ebm terkini


Oh ye...start tahun ni aku hantar anak-anak aku ke Taska je. Lebih senang kot. Hari cuti sekolah pun boleh hantar bila rasa-rasa kena pergi sekolah. Bukan tak sudi nak hantar pengasuh yang lama tapi atas sebab-sebab yang tertentu. Banyak sebab juga...

Z balik...dia akan ambil abang dan kakak dulu di taska kemudian baru ambil Ammar dan baby Aniq di Taska. Kasihan dia. Tahun ni dia penat sikitlah. Pulak tu...hujan lebat sebelah petang dua tiga hari ni. Bukan setakat hujan...dengan lebat dan kilat sekali. Aku balik pun selalu dah maghrib. Minta pindah sekolah tak dapat-dapat. Oh sedihnya hati......(lagu tau ni...he he)

Terkini...baby Aniq dah boleh meniarap dan bergerak sikit-sikit. Nampaknya baby Aniq pecah rekod kakak Amni. 3 bln seminggu dah boleh meniarap. Kakak Amni dulu genap 4 bulan meniarap. Tengok...entry kali ni sungguh berwarna-warni kan. Semua nak masuk.


Harus ada yang baru bila masuk sekolah kan...he he.tq kak hana my lovely friend bagi si comel itu...



Ok...itu dulu...babai...















Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014