Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, July 26, 2015

Kisah raya 2015 aku sefamili...

Dah ke 9 ke 10 Syawal kot rasanya termasuk hari ni. Siang tadi aku dan kawan-kawan, Kak Umi dan Kak Zurina beraya ke rumah kawan lama kami Kak Herlin yang dulunya satu sekolah dengan kami. Memandangkan Kak Umi nak hantar pinggan mangkuk Vantage, diajaknya kami sekali. Dari tak ada apa nak buat hari ni, baiklah ikut Kak Umi beraya. Semalam aku sekeluarga beraya ke rumah Kak Umi, Shakor kawan Mr Z dan dua buah rumah lagi yang merupakan jiran kami.

Ni gambar dekat rumah Kak Umi...ini je pun gambar yang paling elok...lain kali kena lebih proper sikit.

Ni gambar dekat rumah Kak Herlin. Mereka berdua ni memang pandai masaklah. Kak Umi dengan nasi daging+laksa. First time aku makan nasi daging tau. Kalau tak, tak kenal pun. Kak Herlin jamu kami nasi berlauk tomyam seafood,daging masak merah+laksa. Sedap sangatlah diorang ni masak.

Raya tahun ni paling sikit rasanya. Bayangkan balik Khamis petang, Ahad dah habis raya dah. Mr Z cuti 3 hari je. Tahun ni balik Sungai Tengi. Malam tu pula balik Johor. Tahun ni sedih sikit sebab aku ada masalah sikit dengan along aku. Kami belum mesra lagi sebab kes sebelum puasa hari tu. Aku buat biasa je masa balik hari tu dengan harapan hubungan kami kembali jernih. Dengan hati penuh keikhlasan aku nak bagitahu yang aku sayangkan dia. Kalau dah kata sayang dia, dengan anak-anak dialah aku sayang kan..Gila ko tak sayang, darah daging tu tapi aku tak tahulah dia anggap aku adik ke tak kan sebab kes hari tu...

Namun cuti 3 hari tu penuh diisi dengan berkunjung ke rumah saudara-mara. Ke rumah nenek aku memang wajib setiap tahunlah. Nasib akak Ngah aku pun balik awal gak dalam raya kedua petang tu sebab nanti dia nak balik rumah mertua dia lagi untuk majlis hantar tanda.

First time Aniq beraya.


Pandai abang beraya. Masa ni ikut baraan dengan embah dan ayah. Behave anak aku yang ni, alhamdulillah. 


Kebetulan raya hari tu birthday anak sulung aku. Tak belikan pun kek ke apa, cukuplah dia dapat bermain dan beraya. Duit raya banyak juga dia dapat.


Gelagat Ammar yang mencuit hati. Terkedek-kedek berjalan. 
Suka sangat aku tengok dia berlari.

Oklah, tu dulu. Aku belum iron baju bebudak lagi ni. Esok sekolah...




Wednesday, July 8, 2015

Resepi kuah lodeh paling mudah

Berapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari raya kan. Banyak mana dah persiapan kawan-kawan yang dah siap? Aku sekeluarga mana adalah. Nak buat biskut belum berkesempatan. Tunggu hari Sabtu nanti Mr Z jaga anak-anak. Panjang pula tercerita pasal raya. Kisahnya nak cerita pasal lodeh. Aku buat waktu berbuka puasa hari tu. Buat lodeh ni senang je. Hari tu aku masak nasi impit sekali buat makan bersama. Ok tengok resepi di bawah ni. Ni style Jawa mak aku kata. Tak ada tumis-tumis ok...

Bahan-bahan hirisan:
Lobak (hiris panjang-panjang)
Kobis
Kacang panjang (hiris serong-serong)
Lada merah dan hijau (hiris serong)
Sengkuang (hiris panjang-panjang)
Tauhu ( potong 9 )
Tempe (potong kecil-kecil )
Suun
Tauhu kering

Bahan-bahan kisar/tumbuk:
6 biji bawang merah
2 sudu udang kering
Kunyit (kalau nak kuah warna kuning)

Tambahan:
Santan
Garam

Cara-caranya mudah je:

Satukan semua bahan hirisan dan bahan kisar dalam satu periuk kecuali kacang panjang. Kemudian masukkan santan dan air sesuka hati dan masakkan di atas api sederhana.

Last sekali, masukkan kacang panjang. Kemudian letak garam sikit. Dah siap...



Ok bai...



Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014