Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, October 15, 2016

Hobi pakai baju sama

Siapa suka pakai baju sama? Sama warna,sama corak. Selalunya orang suka pakai baju sama ni ketika buat kenduri kan? Biasa kita tengok macam tu. Kata orang lebih meriah...aku pun suka je nak meriah-meriah ni...meriah pakai baju sama je lah...nak meriah lip lap-lip lap belum mampu lagi...hehe

Kalau di sekolah...meriahnya sukan bila cikgu semua pakai baju sama...ni gambar kami berbaju sama ketika sukaneka tahap 1. Masa sukan tahunan pun ada baju sama tapi aku baru perasan xde gambar...kalau jumpe nanti aku tepek sini...






Friday, October 14, 2016

JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI 2017

Sudah hujung-hujung tahun ni aku mulalah nak intai-intai jadual persekolahan dan cuti tahun 2017. Bolehlah merancang apa yang patut. Bawa anak jalan-jalan tu dah ada dalam perancangan tapi belum tahu ke mana. Cuti penggal kedua persekolahan sebelum ni aku sekeluarga pergi bercuti di Rumah Persekutuan Port Dickson dan Bandar Hilir, Melaka tapi disebabkan memory card dalam kamera hilang...terus mood nak buat entry khas bercuti tu hilang, Semua ni salah Mr Z sebab gatal-gatal tangan keluarkan memory card dari kamera aku tu lepas tu salah letak. Puas cari dah tak jumpa. Nangis air mata darah pun aku tak dapat balik dah memory card aku tu. Sedih sangat tau sampai aku rasa nak makan banyak-banyak...stress mengenangkan dalam tu ada gambar raya 2016, gambar di Muzium Art Gallery, gambar di Muzium Kapal perang. Kira semua gambar di Port Dickson dan Bandar Hilir hangus macam tu aje...stress aku...stress stress...lepas kejadian ni harap-harap dia tak usik lagi benda aku sayang. Penat tau bergambar...dan kenangan tu hilang dah...lagi best bila ada banyak............................ gambar anak-anak posing. Suka tengok mereka posing di Muzium Art Gallery hari tu. Oklah tak mahu cerita lagi sebab sedih.

Belum sempat aku masukkan di mana-mana pun gambar-gambar tu. Facebook pun aku belum sempat masukkan yang ada hanya sikit sangat tak sampai 6 keping gambar pun ambil guna handphone...Eh..eh cerita lagi ye,,,tak mau cerita dah...sesak dada aku mengenangkannya...sobs...sobs...sobsss

ini jadual aku ambil di web KPM










Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014