Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Sunday, January 24, 2016

Shopping itu terapi...

Siapa setuju dengan aku berkaitan tajuk di atas? Cerita shopping ni memang seronok...kalau sedih...kalau stress...kalau lapar sekali pun kalau aku, bila dapat shopping hilang semuanya...hahaha...hari ni aku ke Setia City Mall untuk menunaikan hajat di hati untuk memiliki kasut crocs original. Bila dah sampai butik, berkenan yang ini sebab murah sikit. Tunjuk ic (birthday hujung bulan) dan member card Aeon...dapat discount 30% menjadikan harga kasut tu RM 132. Kasut Charlie Maryjane aku nak beli online, murah sikit...ada kawan jual original crocs...



Aku beli juga lipstik baru memandangkan lipstik Revlon aku dah habis dan aku carikan Iqra' Aziz dan Amni...jumpa pula kali ni tapi versi Malaysia. Aku suka versi Indonesia lagi rasanya cover hitam...sebab nampak macam tradisional je tapi versi Malaysia ni comellah warna merah jambu.


Rm9.90 sebuah buku


RM34.80 buy 1 free 1...aku rembat je...tak tengok sangat pun janji warna ok, harga pun ok.



Itu je lah dulu shopping...kena menabung baliklah sebab bulan ni nak bayar insurans dan roadtax kereta sendiri buat kali pertamanya...jumlah agak besar juga RM930...huhu nak shopping lagi tapi kena pejam mata dulu rapat-rapat...



Saturday, January 23, 2016

Teknik stim dan Teknik percussion untuk budak selsema+batuk



Pepagi lagi hari ni aku dah menjerang bawang putih ni...kasihanlah dengan baby Aniq lama sangat selsema...tidur malam dengan dia, dengan aku sekali tak lena dibuatnya. Ni dinamakan teknik stim @ wap. Masukkan bawang putih tumbuk sikit dan masak kemudian wapkan ke muka anak kita. Pastikan tangan anak kita dipegang erat supaya tidak terpegang air panas.

Selepas wap tu akan keluar lendir dari hidung, kita sedutlah guna benda putih sebelah periuk tu...hasilnya boleh tengok di bawah ni...
Penuh tabung uji dengan lendir hingus...huhu...

Lepas tu, buatlah pula teknik percussion...caranya dengan tepuk belakang dan dada anak dengan menggunakan tapak tangan ( jangan dengan tapak tangan yang rata, sakit tapi tapak tangan yang dibulatkan ).

 Jadi mak-mak kena rajin...aku ni kadang-kadang terlebih malas...rumah pun kena rajin vakum...supaya habuk tak bersarang. Kalau kurang paham dengan apa yang aku buat pada anak aku ni, google je memang keluar banyak tentang teknik ni...




Tuesday, January 19, 2016

Hebatnya air zam zam

Ok...ini gambar air zam-zam yang selalu dibawa oleh jemaah haji...ketahuilah bahawa air zam-zam banyak khasiatnya. Hebatnya air zam-zam ni bila air ni tidak pernah putus mengalir dan banyak manfaatnya...Dikatakan bahawa air zam-zam ini boleh mengubati penyakit mengikut hajat orang yang meminumnya...kalau berhajat menyembuhkan penyakit,ia akan sembuh...jika berhajat untuk kenyang dan menghilangkan dahaga, Allah akan memberi kenyang dengan meminum air zam-zam...Subhanallah...betapa hebat air ini sehingga banyak kajian dilakukan terhadap sumber air ini dan kandungan yang terdapat di dalamnya...Sekarang mungkin agak mudah untuk dapatkan air zam-zam walaupun kita tak pergi Mekah oleh itu manfaatkan sebaik-baiknya...insya Allah aku nak beri anak-anak minum...dalam masa terdekat ni berniat sangat supaya selsema baby Aniq cepat sembuh...dah lama benar dah...

Monday, January 18, 2016

Resepi Congo Bar...

Siapa tak pernah makan congo bar? Aku first time makan hari ni tu pun sebab habis kelas tadi ada bungkusan atas meja aku...aku terus telan seketul...seketul lagi makan dalam perjalanan balik...Ko makan je tak tahu siapa yang letak?...mestilah aku tahu siapa yang letak...tu sebab aku berani makan,hehehe...siapa lagi kalau tak Kak Hana...dia je yang pandai buat kek macamtu sedap tapi rupanya bukan kek tapi congo bar...ni ada resepi Kak Hana share...nak cuba buatlah. Insya Allah cukup bahan-bahan nanti aku buat...tapi mana nak cari kacang pican tu?Di kedai bakery ada kot...

Versi congo bar yang dah digigit...

Resepi congo bar
Credit: azlita masam manis
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.



Ok...jom cuba...

Sunday, January 17, 2016

DILWALE...

Wah...bahang filem Hindustan kembali lagi dengan adanya filem Dilwale ni...rata-rata filem Dilwale mendapat tempat pertama carta tayangan di panggung. Maknanya ramai sungguhlah peminat Hindustan ni atau peminat Shah Rukh Khan dan Kajol ni. Sememangnya ramai yang menunggu kemunculan semula gandingan mereka berdua ni selepas filem Kuch Kuch Hota Hai yang berhantu dulu. Aku pun tak terkira berapa banyak kali dah tengok Kuch Kuch Hota Hai tu...

Macam mana boleh tertengok wayang tu? Huhu aku pun tak tahu...seumur hidup aku ni boleh dikira berapa kali je aku tengok wayang...tak sampai 5 kali kot...yang aku ingat pernah tengok cerita Harum Sundal Malam, Rambo 4, Ratatouille dan Dilwale ni...Hah kan betul tak sampai 5 kali pun...tapi seronoklah layan cerita di panggung. Bila tengok di rumah, perasaan tu kurang sikit bila diganggu dengan suara-suara anak lebih-lebih lagi bila kena bangun buatkan susu ke, cuci berak, ambilkan biskut, dengar diorang gaduh...dah terpaksa pause...lagi sadis bila mereka merengek nak tengok cerita mereka...sesekali layan panggung apa salahnya. Semalam aku buat member kad sekali sebab adik tu kata dapat free  1 set popcorn berserta air...dan tambahan 1 set popcorn beserta air sebab aku redeem birthday gift. Wah dah penjimatan di situ. Popcorn tu rm9 tau. Besar makan memang puas. Aku belanja kawan aku Kak Lin sebab sudi temankan...tak dirancang sebenarnya. Akulah memandai ajak lepastu Kak Lin laju je tengok showtime Dilwale...hehe...Dengan RM30 dapat tengok movie Dilwale dengan 2 set besar popcorn+air dah cukup buat aku gembira senyum-senyum sambil dalam hati nyanyi lagu janam...janam...hehe...bila lagi entah nak tengok wayang. Aku ada 2 tiket free katanya...kena tengok dalam tempoh 6 bulan ni. Aku nak ajak Mr Z tak adalah dia nak...Ratatouille tu lah filem pertama dan terakhir kami...wahahaha...layan gambar jom...lagu filem ni best...aku suka betul lagu Janam dan Gedua...si Aliff dan Kila Fairy ada nyanyi dalam versi bahasa Melayu.

 Cantik betul Kajol dalam cerita ni lagi-lagi bila dia pakai sari...umur dah 40++ kot...huhu aku yang sedih sebab aku baru 30++ tapi dah macam nenek-nenek...si bongkok tiga...
Jangan lepaskan peluang menonton cerita ni di pawagam sebab dengan kesan bunyi, lagu dari filem ni akan buat yang menonton mengesat air mata tanpa sedar ( akulah tu...sambil teman sebelah menghulur tisu ). Nasib aku sempat tengok sebelum tamat siarannya di panggung.


Ok...itu dulu...babai...janam...janam...janam...





Thursday, January 14, 2016

Hadiah birthday nak beli apa?

Heh tajuk pun...bukan nak belikan orang pun tapi nak belikan diri sendiri hadiah birthday boleh? Bersawang dah blog kesayangan aku ni sampai dah masuk ke tahun baru dah pun... Masuk tahun 2016 baru nak update. Bukan tak nak update tapi disebabkan kesibukan aku di sekolah, sampaikan nak menulis di blog sendiri pun aku rasa penat dan tak sempat. Apa yang aku sibukkan sangat? Em...akhir tahun hari tu aku sibuk dengan orientasi tahun 1 dan sekarang ni sibuk dengan minggu transisi tahun 1 pula...kalau dah penyelaras tahun 1...memanglah kena buat semua tu...dan kalau namanya cikgu tu, kerja sekolah memang tidak akan habis. Habis satu kerja, datang lagi satu kerja lain. Esok nak kena datang awal pula sebab acara merentas desa...aduhai letihnya...tapi benda dah biasa buat pun kan...setiap tahun macam tu. Kadang-kadang dalam takwim sekolah tertulis tarikh lain...tiba-tiba nak dicepatkan pula. Cikgu dah biasa dengan semua tu...kerja jalan juga. Panjang pula cerita pasal sekolah...tak bestlah...jom cerita pasal hadiah birthday untuk diri sendiri ni...

Aku berkenan pula dengan kasut crocs. Semalam cari buku iqra' abang dan kakak di MPH Setia City Mall tapi tiada dijual lalu aku melencong ke tingkat atas menuju ke butik kasut crocs...ecececeh...siang-siang aku cakap dekat adik salesgirl tu 'Akak nak tengok-tengok je...nak cuba saiz nanti senang nak beli...adik buatlah kerja', aku cakap macamtu sebab diorang memang sedang mengemas...nak buka kedai. Lagi satu sebab dalam wallet aku memang ada rm20 hengget je.

Cuba punya cuba...ni yang aku berkenan...




Yang biru dan pink tu koleksi flower maryjane...yang hitam tak ingat nama koleksi apa. Pertama kali ni aku masuk butik crocs tapi sebab sebelum ni aku dah ada baca di blog-blog, taulah serba sedikit...setiap koleksi ada nama tau. Bersempena dengan tahun baru cina akan datang, setiap pembelian kedua akan diberi 50% discount. Kalau beli dua pasang memang untunglah kan...tapi siapa nak beli sampai 2 pasang kan...pandai dia.

Sebelum keluar tu aku tanyalah kot-kot ada sale lain macam birthday sale ke apa ke...adik tu kata birthday sale dapat discount 30% hanya dengan tunjuk ic dan aeon member card...wah...sukalah aku. Akhir bulan ni birthday aku...memang nak grab sepasang. Nasib aku tanya sebab aku ada baca blog sorang tu dia cakap macamtu. Nasib jugalah bertanya sebab adik tu pun tak ada beritahu...cuma adik tu baguslah peramah. Tak malu jadinya aku nak membeli lepas ni. Adik tu kata kasut crocs ni kena ambil 1 saiz extra kalau tak, kaki akan melecet. Sebagai contoh biasa saiz 7, kena ambil saiz 8...semua tu pun aku ada baca dekat blog orang sebelum ni...Nampak tak, ilmu perlu digali...ilmu sangat...Ni ilmu perabih duit namanya...hahaha...lambatnya gaji...aku tak sabar nak berkasut crocs ni...sebab tahun 2016 ni tak ada yang baharu pun...beli kasut murah-murah ingat nak berjimat last-last makan kaki...melecet kaki aku di hari pertama persekolahan....sedih....


Ok bye...itu dulu...


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014