Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, October 30, 2015

Drama Korea: The Gang Doctor/ Yong pal

Drama Korea Yong Pal sudah pun tamat tayangannya di channel One tapi baru ni aku nak review  sebab memang aku suka cerita ni dan sesiapa yang belum tengok, aku sarankan tengok sebab memang best...setiap scene rasa tak nak lepas pandangan dari kaca TV. Pelakon Joo Won memang berjaya bawa watak dia dengan baik. Menonton cerita ni menjadikan kita sentiasa nak tengok episod seterusnya lagi-lagi bila ending episod mendebarkan kan?

Cerita ni mengisahkan tentang Yong Pal seorang doktor hebat yang membantu merawat luka kumpulan gangster secara haram. Semua ni dilakukan hanya untuk mengumpul wang bagi membantu adik beliau yang menghidap kanser dan membayar hutang bapa yang tidak bertanggungjab.

Cerita dikembangkan apabila beliau menjadi doktor di tingkat 12 Hanshin Hospital bersama Doktor Lee yang juga merupakan tulang belakang dalam cerita ni. Beliau berjumpa dengan Han Yeo Jin ( Kim Tae Hee) yang ditidurkan abangnya Han Do Joon akibat perebutan kuasa. Mereka berkenalan dan bermulalah misi membalas dendam Han Yeo Jin kepada abangnya yang telah menidurkannya selama 3 tahun...

Aku mengharapkan lebih cerita berkaitan Yongpal kerana aku suka dengan kepakarannya membedah orang namun di akhir-akhir cerita memang banyak cerita tentang Han Yeo Jin saja...tapi apa-apa pun aku suka cerita ni...menarik...dan aku merasakan keterujaan menonton setiap episod cerita ni...


Ps: Habis Yong Pal, cerita  Achiara Secret pula...pun best...hihi

Wednesday, October 21, 2015

Ahli baharu: wangian syurga

Alhamdulillah...kembar aku selamat melahirkan anak keduanya pada 17 hari bulan pada pukul 4.30 pagi. Semput-semput dia pun boleh bersalin normal. Banyak kali juga masuk wad dalam tempoh mengandung tu sebab semput/asma. Semua tu rezeki Allah. Harap-harap dia ambillah apa-apa parancang keluarga selepas ini. Bukan apa, memandangkan keluarga kami ni jenis subur terbaik dari ladang eloklah ambil perancangan keluarga. Lagipun aku kesian dia ada asma. Berkenaan perancangan keluarga, nanti aku cerita perancangan keluarga yang sedang aku ambil sekarang.

Nama belum ada...tak sabarnya Mak Andak nak jumpa baby. Bersih muka dia ni...


Jerebu oh jerebu..

Termasuk hari ni sudah 3 hari aku bercuti dan esok bakal bercuti lagi disebabkan jerebu. Jerebu kali ni rasanya yang paling buruk aku rasa. Indonesia sekarang dah isytihar darurat sebab kualiti udara mereka sangat teruk. Bayangkanlah bila di Malaysia dan Singapura teruk jerebu walaupun jiran apatah lagi di tempat kejadian. Bacaan sehingga pukul 5 petang tadi di Shah Alam ialah 198 dan Klang 192...Aduiii sangat membimbangkan.

Anak-anak memang aku tidak hantar ke taska. Lagipun Ammar dan Aniq selsema dan batuk. Biarlah aku pantau di rumah aje. Tak ada apa-apa kalau mama tak boleh keluar rumah dan tak ada apa-apa kalau mama hari-hari penat melayan karenah anak-anak. Si abang dan kakak pun bercuti sebab tadika mereka memang ikut KPM. Makanya aku kurung mereka di rumah.

Stok makanan semalam aku dah pergi beli. Nak ke kedai je dah pedih muka aku. Memang terasa sangat dan rata-rata kenderaan memasang lampu di jalan raya. Stok makanan macam biskut dan roti memang perlu ada sebab anak-anak aku ni kejap-kejap ke dapur minta cemilan..Dioran tengok tv, main je lah cuti-cuti ni. Ada masa aku ajar abang membaca dengan 'Bacalah Anakku'...sekarang dah buku 3.
Nasib aku pun cuti. Susah juga yang kerja pejabat. Ada yang terpaksa bawa anak-anak ke tempat kerja. Namun tanggungjawab jaga anak-anak tu memang tanggungjawab ibu bapa kan...tak kan nak biar anak kita terdedah dengan jerebu. Diharapkan jerebu ni tidak berpanjangan. Sesak nafas dah aku rasa...

Cuti best?Huhu awal cuti bestlah tapi bila ingatkan exam budak bertangguh, rasa nak cepat ke sekolah pula...banyak kerja kena pikir ni...laporan bagai...

Monday, October 5, 2015

Cuti Penggal Ke 2 persekolahan...

Cuti penggal kedua sudah berlalu seminggu yang lepas tapi aku nak cerita jugalah sebab cuti yang singkat tapi best sangat. Aku juga balik sempena Hari Raya Haji yang jatuh pada cuti persekolahan. Memang seronoklah anak-anak main dengan sepupu diorang. Balik Johor walaupun makan masa 5 jam kali ni dan sampai pukul 3 pagi tapi seronoknya dapat balik Allah je yang tahu. Walau rumah mak aku dah tak macam rumah felda yang dahulu tapi tapaknya masih sama...tempat aku membesar. Aku bila tengok je sempadan Johor rasa nak terlonjak-lonjak, tu belum lagi sampai rumah mak ayah aku lagi...

Lepas makan juadah hari raya, aku memang dah cadang nak meroti dengan kembar dan kakak Ngah aku. Apalagi...merotilah kami. Tak ingat aku berapa kali dulang pembakar tu masuk oven...bila kuar oven habis lesap dimakan. Seronok juga macam tu. Oh ye, uli guna bread maker je. Aku punya bawa balik kampung. Emak pun kata lepas ni nak mencanai guna tu. Memang jimat tenaga bila guna bread maker ni. Aku pun tinggalkan ajelah di kampung untuk kemudahan sesiapa nak guna.

Esoknya aku dah tempat bilik di Mersing Beach Resort. Nak melayan anak-anak mandi kolam dan pantai. Next entry ye...memang kena cerita tu sebab memang tak mengecewakan pergi sana.

Ps: entry ni tak ada gambar lagi sebab memory kad problem...aduii...banyaklah gambar dalam tu belum sempat transfer.


Ok bai...




Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014