Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Tuesday, June 4, 2013

Bercuti Ke Pulau Tioman...

Hai kembali...ini cerita minggu pertama cuti sekolah minggu lepas...em...aku n famili (macam ramai jek) pergi Pulau Tioman...percutian yang tidak dirancang. Memula kitorang mandi di Gunung Belumut. Sebelum pergi tu aku call chalet kat Pulau Tioman. Peh, ada kosong! Dengan rm170 semalam aku rasa oklah...malam sebelumnya memang aku dah google banyak tempat dan ambil nombor telefon tapi disebabkan aku nak pergi jugak Kg. Tekek ni so aku call chalet ni. Tengok review pun orang bagi 3 bintang kat chalet nih...Kalau dah namanya chalet jangan nak berangan macam hotel plak kan...nama chalet yang aku duduk tu Babura Seaview...harap-harap memang kat pantaile. Harap-harap buka je tingkap nampak dah pantai...

Esoknya hari Isnin tu aku bertolak kol 9.30 pagi...(awal bebenor ye)...ye lah dengan nak siapkan bebudak lagi...perjalanan pergi ambil masa sejam je. Dari rumah Mak di Kluang dengan Mersing ye...bukan dari Selangor.

Sesampai tu belilah tiket feri n Taman Laut.3 tiket termasuk Aziz anak aku yang sulung. Infant tak kena bayo. Feri pukul 12...Lamalah lagi nak tunggu. Aku pergilah beli makanan ringan untuk bebudak tu...roti, air macam-macamlah( kena beli sebab dalam feri memang sangat membosankan, kena ada makanan )
bording pas

Feri dah ada kat sebelah tu...tinggal tunggu gate bukak je...
Perjalanan lebih kurang 2 jamlah..letih melayan bebudak tak tido...nasib ada makanan. Permandangan nampak laut je lah...sesampai di jeti Tekek selepas melalui Kg Genting n Kg Paya. Tak takut terbabas perhentian sebab anak kapal (betul ke) akan teriak Tekek!Tekek!...

Turun daripada jeti menyeberang jambatan dah ramai yang tunggu offer motosikal, chalet dan kereta...offer nak hantar ke chalet...ramailah yang tunggu kat situ. Kitorang decide ambil motosikal aje. Senang nanti nak berjalan. Kena rm80 (mak aih, baca kat blog orang lain kena rm70 je), malas nak fikir ambil je sebab dia kata kalau pancit pun tak apa,minyak diorang isi...Motor naik 4 org...Kalau dah bertambah ahli keluarga dah tak boleh ni...

pandangan di jety
Terus cari chalet...rupa-rupanya rm170 termasuk breakfast pagi esoknya..bestle...Restoran tepi laut.



view dari tingkap bilik...bilik kami kat bawah...


Petang tu juga kami meronda kampung ni. Dulu sebenarnya aku dah pergi masa zaman di IPG tapi xdelah  namanya bercuti kan...
pengangkutan kami di sini...

Ke Taman Laut...Tempat ni memang cantik...kat jeti Taman Lautlah orang akan snorkling tengok hidupan laut tapi tak pergilah...just layan bebudak ni je ke sini...





Ronda lagi...di sini ada lapangan terbang...selalu orang yang ambil pakej di Berjaya (nama salah satu penginapan di sini )akan sekali dengan  kapal terbang. Ada ATM just BSN, sekolah, dan poliklinik..Kedai makan sangat banyak. Bebudak ni boleh tertido atas motor plak.


Sementara bebudak tido...hb pergi beli abc dan wafle (aku yang minta), memang dah perasan masa ronda. Pas hb balik, aku plak g beli sourvenir dan sotong. Dalam pukul 5 petang diorang bangun ajak terus mandi laut...





Malam pula makan di Restoran Delima. Kawan yang duduk sini suggestkan...makanan memang sedaplah dan service memang pantas. Dalam 5 minit je makanan kitorang dah siap buat...padahal ramai jek customer...kena rm24. kami makan bungkus jeklah memandangkan pemandangan laut sebelah tu waktu malam bukannya nampak pun...kalau kat bilik lagi best (ayat malas nak layan anak ligat kat meja makan, kalau berdua maunya makan di situ saje...). 

Malam tu tido. Terjaga pukul 1 pagi, angin bertiup kuat sangat. Menjengah ke luar rupanya hujan lebat. Habis bangku plastik kat luar tunggang langgang, baju yang disidai di luar pun terjatuh. Pokok kelapa kat sebelah macam nak tercabut....seriau jek...

Sempat juga snap gambar kat luar waktu  hujan tu....

SELAMAT PAGI....hari ni nak balik dah...macam sekejap jek...memang pun.hahaha...tapi tak pelah. Nama pun percutian tak dirancang...Lepas makan pagi, terus ronda ke Berjaya...memang cantiklah laut dia...ke Taman Laut tengok ikan. Suka Aziz bagi roti pada ikan-ikan tu...lepastu habiskan masa dengan mandi lagi....nama pun pulau semestinya aktiviti mandi tu wajib kan...

Berjaya...mahal tp mungkin suatu hari nanti. waktu ni air surut kat sini...
Banyaknya fish...kata Aziz
Mandi lagi...

Berkemas dan nak balik dah...di jety menunggu lagi. Feri dijangka pukul 12 tapi dah kena pergi seawal jam 11 ye...

Penat menunggu...orang semakin ramai...


List:
pergi 27 hb balik 28 hb 5 2013

tiket feri : rm200 (rm70 dewasa pergi balik.rm60 kanak2 pergi balik)
makanan ringan +air pergi balik : rm30 (layan bebudak)
makan malam :rm24
sourvenir+tsihrt 2 helai :rm100
sewa motor : rm80
makan tgh di jeti mersing: rm24
sewa chalet : rm170

total : rm628

ada yang aku bayar...ada yang hb bayar...so tak terasa sangatlah...





SEKIAN DULU...




2 comments:

  1. Wah, survey rate feri masih sama tahun 2017 ni. Baguslah harga tak naik. moto ja ya ada sewa kt sana

    ReplyDelete
  2. Rasa mcm nk pgi jer Tioman tuu..mcm mnarikkk...sesuai utk tnang kn jiwa..rilex kn mindaa knn...stresss kjaa elokk bgii clearr kt Tioman nii

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014