Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Tuesday, May 31, 2016

Suamiku Bukan Chef

Siapa di sini suami dia chef?Untunglah kan...boleh tolong masak dan makan sedap-sedap. Sekarang ni aku suka dengar Dj Brian berceloteh kebanyakannya pasal makananlah kan...dah dia chef selebriti. Mr Z pun pandai masak tau walaupun dia bukan chef...banyak kali dah dia masak...kebanyakannya memang sedap.

Kalau aku tinggal dia di rumah, aku tahu dia akan masak punya...sedangkan aku di rumah pun kadang-kadang dia yang masak...hehe...
Mi sizzling dan ais blend chocolate air tangan Mr Z masa aku ganti pose hari tu...

Spaghetti...hah...kuah korang ada ke letak udang???hehe...sedap tau...

Banyak lagi gambar...nanti update lagi...tapi dia Western type lah...suruh dia masak lemak cili api...idokle...



Blok C IAB Genting Highlands

Saja nak share gambar cantik semasa aku di IAB Genting kerana kursus pengkarya guru. Aku dapat bilik di Blok C. Bila buka pintu balkoni...pemandangan indah gunung ganang yang terlihat. Tak jemu mata memandang...ni yang sempat diambil waktu pagi...sebelum ni dapat Blok A ngadap bangunan je. Masih berkabus...Angin sejuk tak usah cakaplah...memang nyaman...



Cantik kan?pakai hp biasa pun dah cantik sebab memang cantik dah...bawah tu surau. Gambar bawah ni tak tengok pun tak apa...saja gedik nak selfie.

Ihiks...ihiks...ihiks...


Mencari baju raya anak-anak

Berhabuk sudah blog aku ni sejak berkecimpung dalam kursus pengkarya guru...hahaha poyo...sebenarnya malas sangat. Kerja sekolah pun banyak.Cuti pertengahan tahun sudah bermula...seronok tak terkata...kisah cuti sekolah sebelum ni pun tak sempat nak buat. Ok berbalik pada tajuk...semalam dan hari ni ialah misi mencari baju raya untuk anak-anak aku...cukuplah 2 pasang sorang untuk jalan-jalan...baju raya pertama dah tempah. Untuk aku tahun ni dua pasang je...oklah tu...baju kurung ada yang belum pakai sangat pun dalam almari tu...baju kurung tahun lepas sebab tahun lepas kan cuti sekejap je....

Semalam pergi sekolah dulu hantar mc sebab cuti sakit minggu lepas dan hantar buku rekod. Balik sekolah singgah Aeon Mall Shah Alam...tapi banyak borong baju kakak di PDI Consept Store je. Di dalam Aeon tak banyak pilihan. Harga pun mahal-mahal.

Suka betul mereka makan dalam kuali ni...


Hari ni pula...kami pergi Ikea..semua atas keizinan suami Mr Z ye...pergi Ikea nak cari lennart dan mulig je sebenarnya dan nak makan...hehe

Troli sebelum dan selepas...

Suka si Amni tengok aiskrim ni gerak sendiri...ni area beli karipap sedap...nak beli aiskrim lembut ni kena token...boleh beli di kaunter...beli karipap sekali sebab memang sedap.

Habis di Ikea lari ke opis Mr Z hantar karipap dan biskut Ikea...lepas tu ke The Store Alam Sentral...banyak pilihan dan senang nak cari seluar jeans. Sale pun merata-rata tempat. Untuk baju raya anak-anak aku kira settle dah...campur-campur ada Baby Kiko,Binbi,Just Kids.Baju Mr Z aku ambil BUM.Alhamdulillah tak perlu tunggu sale menjeang raya...penat dan sesak masa tu. 

Awak semua shopping di mana?



Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014