Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Friday, October 8, 2010

BaBYku YAng PERtama...@putera pertama

19.07.2010 hari Isnin
Jam 12 malam masuk hari Isnin
Perutku asyik sakit sahaja…ntah berapa kali aku ke tandas namun tak berhasil apa yang dihajatkan lalu aku bergegas berjumpa nurse untuk mendapatkan ubat lawas namun aku hampa kerana nurse tidak membenarkan kerana kandunganku. Setelah sakitku hilang…aku buat milo panas dan makan 2 keping biskut(sempat lagi makan…)
Aku mencapai fail tertulis pergerakan bayiku…ops…alamak!!!Aku mengadu kepada nurse kerana pergerakan bayiku kurang 10 kali pergerakan. Nurse lantas membuat CTG ke atasku namun keputusannya hampa…tendangan hanya sedikit-sedikit dan nurse membuat kesimpulan bayiku tidur…dan CTG dibuka.
Jam 1 pagi
Perutku amat sakit dan aku lantas memanggil nurse sekali lagi…selepas ketandas dan tidak juga berhasil dan kurasakan itu bukan sakit perut biasa…cuak…cuak!!!nurse suruh aku berehat dan selepas itu perutku kembali normal…
Jam 2,3,4,5 pagi
Perutku sakit berulang setiap sejam…sakitnye Ya Allah…palang-palang katil habs kucapai(ketawa mengingatkan itu).jam 4 pagi,nurse datang lagi untu memberi suntikan terakhir untuk menguatkan paru2 bayiku. Melihatkan aku tak keruan begitu nurse panggilkan doctor dan yang datang ialah doctor pelatih. Memeriksaku dan mengatakan saluranku masih tertutup namun dimintanya menunggu doctor. sakitku berulang setiap 5 minit selepas jam 5 pagi. Sakitnya tidak tertanggung lagi…doctor datang dan memeriksaku dan terbukti jalan sudah terbuka 7cm lantas katilku ditolak ke labour room.
Jam 6 pagi di labour room
Aku dipakaikan CTG dan nurse pun ramai di situ dan terdapat juga doctor. Persiapan dibuat. Jantungku berdegup…berdoa banyak2…em..6.30 pagi aku merasakan sesuatu sudah keluar dan aku memanggil nurse dan terbukti sekali lagi kepala bayi sudah keluar maka proses meneran pun bermula…sekali…dua kali…tiga kali….dan…Alhamdulillah…
Jam 6.36 pagi
Aku selamat melahirkan bayi pramatangku yang merupakan anak pertamaku…seberat 2.132kg mencapai 33 minggu kandunganku……..
Tarikh 19 – 24hb julai
Bermulalah kehidupanku sebagai tahanan wad...aku telah discharge tetapi bayiku masih ditahan makanya aku meminta untuk menjaga bayiku di wad kanak-kanak. Suamiku hanya mengetahui aku selamat bersalin pada tengah hari hari Isnin tersebut…sempat diazan dan di iqamahkan anak kami itu…
Bayiku ditahan untuk stabilkan dirinya dan diberi antibiotic kerana kelahiran pramatangnya. Tetapi masuk hari ketiga, bayiku kuning @ jaundis pula. Alahai,nasib diri…maka sambung lagi kehidupan aku di wad ini. Rutin harianku pn bermula. Ada kelapangan atau bila suamiku datang melawat akan aku memerah susuku kerana bengkak kesakitan kerana bayiku tidak boleh menghisap…dia hanya tidur dan hisapannya tidak kuat…aku kasihan maka aku memerah dan memerah untuk diberikan kepadanya melalui cawan kecil(macam cawan untuk makan ubat batuk)…kadang-kadang aku memerah pukul 8 malam, 10 malam, 2 pagi, 4 pagi…ikut kesesuaian…dan setiap 2 jam @ 1 jam aku tak lupa untuk mengejutkannya minum…letih,kurang tidur tidak kuhiraukan kini…aku nak keluar dengan bayiku ini secepat mungkin tetapi rakan-rakan sebelahan katil dari hari ke hari berganti orang…dan aku makin berusaha.
Namun…air mata keluar jua walau aku sudah sehabis mungkin memujuk diri supaya sabar. Di hadapan suami aku menangis. Di telefon apanbila bercakap dengan mak di kampong pun aku menangis.
Terima kasih ibu n bapak mertuaku yang datang melawa\t dan memberi sedikit kekuatan kepadaku…terima kasih juga kepada adik iparku Nik dan kakakku yang tidak putus2 bermain mesej membeeri perangsang kepadaku…dan berbanyak terima kasih kepada suamiku tercinta yang datang setiap hari melawat aku dan anak…
Hari keenam di wad…setelah menunggu keputusan darah anakku…aku memnjat syukur apabila paras kuningnya menurun dan membolehkn anakku discharge…gembiranya aku…telefon dicapai dan``Abang…kite dah boleh keluar…yahooooo’’……….perjuangan masih belum selesai…

Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014