Aryana Ali

SALAM PERKENALAN


Kadang-kadang hari yang dilalui begitu susah untuk dihabisi dan kadangkala begitu mudah untuk dilalui namun sebagai manusia biasa yang dikurniakan akal fikiran, seharusnya kita berfikir sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...banyak hal dalam dunia yang penuh dengan kejutan yang tidak boleh diteka-teki...

Saturday, January 22, 2022

Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh Melaka

Kami bertolak ke Hotel Mudzaffar di Ayer Keroh Melaka pukul 10.30 pagi. Dalam 2 jam perjalanan, kami sampai di Ayer Keroh. Ceritanya begini, ke Melaka disebabkan undangan sahabat aku yang dulu sama universiti. Malah, kami sebilik pula. Agak-agaknya sudah berapa lama...hampir 16 tahun sudah tidak berjumpa. Memandangkan buatnya di Hotel Mudzaffar, kamipun buat tempahan satu malam. Dapat harga pengantin katanya. 

Lama tak makan kenduri. Makanannya sedap sangat. Bertahun rasanya tak makan lauk kenduri. Sejak wujudnya covid 19 ni.

Selesai makan, sementara menunggu check in...solat dulu dan duduk-duduk sahaja di kawasan lobi. Tepat jam 3 petang, aku ke kaunter untuk check in.  Bilik kau duduk ni kawan aku dah booking awal makanya cepat je sesi di kaunter. Hanya sebutkan nombor bilik. Dapat bilik ada balkoni menghadap pool, melompat-lompat budak-budak ni nak mandi.


Keadaan dalam bilik. Dalam bilik air ada bath tub. Rehat-rehat dulu baru mandi ya... 

Pool tak adalah besar sangat tapi mencukupilah untuk budak-budak. Bagi yang dewasa sekejap-sekejap sudahlah sebab makin petang, makin ramai. Ada 3 bahagian kolam dekat sinu, yang kiri kanan sesuai untuk budak-budak dan yang tengah sesuai untuk dewasa atau budak-budak yang pandai berenang...

Pukul 6.20 petang ayahnya ajak naik dah sebab masing-masing dah kesejukan. Dari pukul 4.30 petang mandinya, maunya tak sejuk.


Dah gigil. Tuala ada disediakan.

Selesai bersalin pakaian semuanya...masing-masing dah lapar semula. Aku pesan air bublebee. Guna foodpanda je. Self pickup sebab nak cari makan sekali.

 Hanya 3 minit perjalanan dengan kereta. 

Seterusnya, dari Bublebee ke Restoran Bangsawan. Boleh je nak dine in tapi biasalah kami ni...suka bungkus je. Namun, kalau nak makan situ...seeloknya telefon buat booking sebab masa aku pergi tu banyak dah meja kena booking. Menu utamanya nasi geprek. Aku bungkus 4 geprek ayam dan 2 geprek kmbing. Habis RM70 juga tapi sedap nasinya. Tunggupun tak lama. Tak sampai 10 minitpun. Pada ketika itu. 


Mana aku tahu ada restoran tu? Bublebee dan Mydin ada situ? Pasaraya Mydin aku singgah sebab nak beli milo dan biskut untuk kudap-kudapan. Mydin depan Bublebee je dan tempat letak keretanya banyak. Cumanya, biasalah orang beratur nak bayar agak panjang.

Berbalik kepada mana aku tahu tempat-tempat tu walaupun tak pernah menginap di Ayer Keroh ialah, aku tengok di apps Google maps je...sekarang lebih suka guna Google maps. Kedai tu buka atau tutup pukul berapapun ada tulis.

Okelah, habis cerita di Hotel Mudzaffar ni. Biasanya pagi akan sekali lagi mandi dan kemudiannya check out. Biasanya terus balik je. Zoo Melaka semua tu dah pernah pergi dan memang tak rancang nak ke mana-manapun.

Oke, itu sahaja dulu...







Friday, January 21, 2022

Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Awal cuti bulan Disember tahun 2021 yang lepas, aku berkesempatan bercuti dengan keluarga kecil aku ke Pulau Pangkor. Termasuk kali ini, sudah dua kali aku ke Pulau Pangkor. Sebelumnya pada tahun 2020, aku ke sana atas urusan kerja. Rombongan dengan bas bersama kawan-kawan kerja. 

Berbalik kepada percutian ringkas kami ke Pulau Pangkor. Segala tempahan telah dibuat pada bulan sebelumnya. Kalau dah namanya pulau, kenalah buat tempahan awal supaya chalet atau hotel-hotel di sana tidak penuh. Akupun dikira agak lewat menempah dan kebanyakan chalet atau hotel sudah penuh. Nasib baik ada juga. Aku menempah dua malam dengan Hotel MNY.  Perjalanan dari rumah selama 3 jam. 

Tempahan tiket feri dan hotel semuanya atas talian. Kalau dari rumah aku ni, jarak perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Sesampai di Jeti Marina, naik feri 10 minit. Parking kereta di Jeti Marina. Sehari mereka ambil RM20. Walau setengah hari, tetap dikira RM20 juga.

Perjalanan dalam feri memang tak terasapun sebab sekejap je. Sampai di jeti Pulau Pangkor, kenalah cari teksi untuk ke hotel. Teksi semua jenis van berwarna merah jambu. Jangan ditunggu orang teksi tu tanya nak ke mana jawabnya memang ko akan berdiri kering di situ. Itulah yang terjadi pada aku mulanya. Manalah aku tahu kena tanya. He he. Kena rapat ke teksi-teksi tu dan tanya kalau-kalau mereka Sudah ada penumpang atau belum. Tunggu mereka di laluan masuk teksi. Tambang yang dikenakan ke Teluk Nipah tempat penginapan kami ialah RM20. 

Hotel kami namanya Hotel MNY. Dekat je dengan pantai. Dalam 2 ke 3 minit jugalah. Kalau nak lagi dekat, boleh menginap di chalet-chalet seperti  ..........Kawasaan Teluk Nipah ni memang meriah tau. Nak cari makanan senang sangat. Harganyapun biasa sahaja macam di Selangor. 

Memandangkan kami sudah makan tengah hari di Jeti Marina, kami hanya lepak-lepak di hotel sesampainya di hotel. Menunggu pukul 5 petang supaya redup sedikit untuk turun ke pantai. Oh ya, di jeti Marina ada food court! Murah jugalah nasi berlauk di situ. 

Sebelum turun ke pantai, budak-budak mandi di swimming pool dahulu di tingkat atas sekali. Memang seronok sebab tiada orang. Makan malam, kami cari di kedai-kedai melayu yang banyak di sekitar tepi pantai itu. Kos makan malam untuk 6 orang tak kebih 50 ringgit. Kami bungkus makan nasi ayam madu di Kedai Mamah Seafood. Kami memang suka bungkus je makanan dan bawa makan di hotel. 

Hari kedua, hanya bersarapan roti dan jam 8 pagi aku jalan-jalan cari pakej snorkeling. Memang banyak di situ. Pilih sahajalah. Okey, bila da jumpa, aku terus cari suami dan anak- anak yang dah turun mandi pantai seawal jam 7.30 pagi lagi. 

Kmi bergambar dahulu sebelum island hoping dan snorkeling. Punya seronoknya di sini, ko boleh snorkeling sampai lebam. Bila dah penat, baru call mereka suruh ambil. Apa yang seronoknya lagi, batu-batu di sini licin dan karangan melekat di batu-batu tu. Habis betis bercalar sebab tak kena gaya landingnya. Hati- hati ya.  Adik driver  tadipun dah pesan suruh berhati-hati.

Puas snorkeling. Puas cari ikan sebenarnya kerana disebabkan ramai orang, air jadi keruh. Ikanpun tak nampak sangat dah. Puas snorkeling sambung mandi di pantai sehingga jam 1 tengah hari. Nampak tak? Punyalah kami ni hantu air. Aku suruh suami dan anak-anak balik bilik dan aku pergi belikan makanan. Makan tengah hari kami untuk 6 orang hanya RM37. Makan nasi goreng Cina je. Aku pula makan bakso. Sedap. Makanan di situ sedap-sedap aku rasa. 

Ada apam balik sedap pula tu... Dekat Rm50 habis dekat apam balik Ngah tu je. Bamyak kali ulang-ulang beli makan tepi pantai. Plastik sampah kenalah buang di bakul sampah. Aku tengok banyak betul sampah tepi-tepi tu. 

Ingatkan penantlah mandi bila smpau pukul 1 tgh tu. Petang, sambung mandi lagi budak-budak ni di pantai. Suami yang teman. Aku malas dah nak mandi. Pakai lawa-lawa dah. Beli coklat dan air kelapa. 

Malamnya, aku ajak suami ke restoran viral konon-kononnya. Malam terakhir kami, mestilah nak merasa makan tepi pantai. Menapak dalam 10 minit sampai dah tempat tu. Dari jauh memang cantik seperti digembar-gemburkan. Makanan memang sedap dan tip top tapi dalam perjalanan balik tu baru aku tau pemiliknya orng Cina. Itupun sebab anak aku minta ke tandas,  suami temankan. Dia nampak patung dekat tepi toilet tu. Pekerja semua melayu, manalah kita nak tahu pemiliknya Cina. Kenyataan suami diteguhkan lagi bila masa aku buat bayaran,di bahagian cashier tu macam orang Cina. 

Akukan sejenis was-was, kalau korang tak kesah, boleh je pergi. Kalau aku tahu awal, memang aku tak pergilah jawabnya. Banyak lagi kedai melayu Islam. Perjalanan balik sempat juga singgah beli rojak buah. Malam- malampun Teluk Nipah masih meriah. Masih ramai yang berjualan.

Esok pagi hari ketiga, ambil peluang sekali lagi mandi-manda. Pukul 10 pagi bersiap-siap untuk pulang. Pergi je kaunter hotel untuk dipanggilkan teksi. Dalam 5 minit, teksi dah sampai untuk bawa kamu ke jeti Pulau Pangkor. Kami sarapan di sana. Pukul 11.30 pagi naik feri. Memang feri ikut masa yang ditetapkan.

Dari jeti Marina, kami ke Pusat Perusahaan Hasil Laut Jamilah yang tak jauh dari situ. Borong pelbagai makanan laut macam sotong gula, ikan kering dan macam-macam lagu. Di situ je habis RM200 lebih.


Oke itu sahaja untuk kali ini....



Tuesday, January 18, 2022

Kasut Sukan

Disebabkan baru-baru ni terbeli kasut sukan baru...aku buatlah entri tentang kasut yang aku ada. Aku bukanlah pengumpul kasut. Sebenarnya selagi boleh pakai, aku lenjan je. Setakat joging, berbasikal dan sesekali mendaki bukit, guna apa yang ada. Dulu-dulu memang aku beli di kedai Bata je. Sampai sekarangpun. Dulu-dulu juga, aku sekadar beli di pasar malam je. Cuma sekarang, mulalah terasa nak pakai kasut yang berjenama sikit tapi murah. Mampu miliklah senang cerita. Ukur badan sendiri sebelum membeli katanya. 



Dah kata kasut Bata mesti ada. Inilah sepasang yang ada. Bukan nama Power tu...tak tahulah namanya ni. Aku kan baru sekarang tahu kasut-kasut ni ada nama. Dalam jenama, ada nama. Rasanya dah masuk 3 tahun ni. Mula dulu beli sebab nak panjat bukit. Pergilah gudang Bata. Dapatlah dengan harga RM49. Aku lenjan bukan setakat panjat bukit tapi berbasikal, joging dan berzumba juga.

Jenama kasut kedua ialah Adidas. Kasut pertama dari jenama ini aku beli akhir tahun 2018.



Kasut ni memang seronok pakai. Ringan je bila joging dan berzumba dengan kasut ni. Ni lah tapak yang tertanggal tu dan tapaknya entah di mana. Kalau berpeluang betulkan, aku nak tampal tapaknya ni semula. Harga beli RM209.

Jenama kasut ketiga aku ialah Nike. Ada sepasang juga. Namanya Pengasus 36 dan aku belum cuba di atas jalan lagi. Belum dapat nak beri ulasan apa-apa. Harga sewaktu beli ialah RM231. Harga asal RM535.



Kasut ni jenis wide. Sesuailah untuk kaki aku yang lebar ni. Harapnya dapat teman aku lama-lama. Nanti cuti, kita cuba joging dengan kasut ni. 

Kasut keempat ni aku tak tahu jenama apa. Aku beli di Decathlon Shah Alam. Kasut khas untuk mendaki. Beli tahun 2020. Seronok pakai kasut ni. Kurang licin bila lalu kawasan berair. 



Kasut ni aku beli dengan harga RM59. Kalau ada diskaun, boleh dapat lagi murah. Macam-macam ada di Decathlon tu. 

Okey, ini sahajalah 4 pasang kasut yang aku ada. Nampak buruk? Memangpun, aku bukannya suka basuh kasut.

Sejarah beli kasut:

Pasar malam, Bata, Adidas,Decathlon dan Nike. 

Itu sahaja untuk kali ini...



Monday, January 17, 2022

Genting Premium Outlet


Kabus tebal lagi...


Semalam, tanpa rancangan yang hebat-hebat,aku dan geng taman ke GPO. Kami pergi 4 orang. Aku, Kak Yati, Kak Eja dan Kak Nora. Sebab utama ke sana ialah kerana tak pernah pergi lagi. Sebab kedua, aku nak beli kasut sukan. Kami gerak pukul 8 suku pagi macam tu. Jarak perjalanan selama satu jam setengah. 

Sampai di sana, kabus memang tebal sehingga kurang nampak jalan rayanya. Lampu kereta terus dipasang agar kereta lain dapat melihat sama kereta aku.

9.30 pagi, kami dah ada di GPO. Suasana tak usah cakap. Memang sejuk dingin. Kawasan sekitar masih diseliputi kabus. Makan dulu sebiji kuih yang dibawa dari rumah. Kemudian, kami bergambar dulu memandangkan kedai-kedai mula dibuka jam 10 pagi. 

Okelah, setelah puas bergambar...kedai pertama kami tuju ialah butik Nike. Tak perlu beratur panjang lagi masa ni terus boleh masuk. 

Dapatlah aku sepasang kasut lari. Memang dah lama teringin nak kasut sukan jenama Nike. Pemilihan, pembayaran berjalan lancar. 

Kemudian, kami teruskan ke dua buah butik menjual minyak wangi. Dapat juga rembat minyak wangi Be Delicious DKNY 30 ml dengan harga murah sangat.

Sebelum balik, makan dulu di restoran yang ada di situ dan bawa pulang donut sedap. Jadilah me time kami semalam...jauh kami me time kali ni...

Pukul 2.30 petang sudah ada di rumah masing-masing. Baliknya ada salah lorong sikit. Nasib baiklah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. GPO memang tempat yang seronok untuk yang banyak duit kerana berbaloi dengan diskaun yang ditawarkan. Bagi aku, sekali itu sudah memadai...hahaha...tunggulah sehingga kasut aku tu rosak. 

Kalau ke sana, kawan aku kata kena ada strategi. Kalau tidak, akan merasalah beratur panjang di semua kedai hot-hot dekat situ macam kedai Nike ni. Seeloknya sudah berada di sana seawal 10 pagi. Memang betullah kawan aku kata. Waktu pulang tu, memang panjang dah orang beratur. Sama ada di pintu masuk ataupun di kedai-kedai macam Nike, Coach, MK dan sebagianya tu. Haripun memainkan peranan penting. Pilihlah hari Ahad berbanding Sabtu. 



Kedai jual minyak wangi


Waktu smpai...memang tak nampak apapun di belakang tu.






Keadaan sewaktu mula-mula sampai



Itu sahaja untuk kali ini. Pembuka entri tahun 2022 setelah lama malas menulis.


Elegant Rose - Working In Background

Copyright Aryana Ali
Designed by UMIESUEstudio 2014